February 28, 2010 35

Tulis, Jangan Tak Tulis.

By in Layan Diri

Salah satu dilemma utama ketika menghasilkan penulisan dalam blog ini adalah sama ada aku akan menulis tentang perasaan peribadi atau sesuatu yang seumpama itu. Memang sudah jelas dari awal lagi konsep blog ini ialah pemerhatian sosial, sama ada penulisan tentang apa yang aku perhatikan, atau gambar sekeliling aku, disajikan dengan sedikit unsur satira, semestinya. (Walaupun ramai beruk yang masih tidak faham konsep satira dalam dunia Melayu ini mungkin.)

Masalah utama yang aku hadapi sekarang ialah kekurangan sumber untuk ditulis. Ilham memang banyak, tetapi semakin hari semakin kurang golongan sosial yang aku boleh gubahkan menjadi penulisan yang menarik. Pembaca sekarang semakin pandai dan arif (kecuali beruk-beruk yang aku sebut di atas), dan kadangkala aku rasa sukar untuk menghasilkan penulisan yang benar-benar boleh mencabar minda ataupun sekurang-kurangnya membuatkan pembaca senyum tanpa menjadi terlampau serius atau berunsur politik.

Aku pernah cerita dahulu, bahawa sebelum blog ini, aku pernah ada blog peribadi, yang banyak menulis tentang perihal peribadi aku. Dan ketika itu apa yang ditulis memang banyak menyusahkan aku, maklumlah aku jenis yang impulsive dan kadangkala tidak berfikir panjang.

Tetapi jika tiada apa lagi perkara lain yang boleh ditulis, bukankah logik jika aku tulis sahaja apa yang bermain di dalam fikiran aku? Maksud aku, secara peribadi, bukan?

Dan disebabkan aku belum ada kamera (rancangan terbantut akibat perbelanjaan yang melibatkan aktiviti berbasikal) jadi mungkin aku tiada pilihan lain selain menulis tentang perkara peribadi.

Ataupun berhenti menulis. Atau jadikan blog iklan (hampir-hampir jadi blog iklan sebenarnya jika kamu perasan) serta jual barang. (Aku ada banyak barang yang boleh dijual sebenarnya.)

(Pembaca tegar pasti bosan mendengar perbahasan dalam kepala aku yang tidak habis-habis ini.)

(World Waits karya Jeremy Enigk berkumandang dalam ‘repeat mode’ iTunes aku.)

Bukan apa, tetapi kebelakangan ini mungkin banyak perkara berlaku dalam hidup aku yang membuatkan aku tertanya-tanya. Mungkin pemangkin awalnya tindakan aku, tetapi aku memang jenis yang jarang menyesal tentang tindakan aku. Kalau aku mahu, aku akan dapatkan. Yang kenal aku semua tahu.

Jadi aku mahu.

Yang lain semua bukan pilihan utama. (Gila abstrak.)

Popularity: 30% [?]

35 Responses to “Tulis, Jangan Tak Tulis.”

  1. Bujang Senang says:

    Aku rasa tak salah kalau kau tulis je apa yhang kau nak dan apa je yang kau suka , bukan ke ni blog kau ?

  2. Datuk Tanpa Nama says:

    tak habis2

  3. kama says:

    sebenarnya dalam hidup aku ramai yang menganggap blog kamu tak mendamaikan sejagat, tapi masih ada yang ingin tanda tangan kamu sebab kamu pandai mengolah ayat dalam jawapan kamu

  4. imlih namri says:

    kenapa kaki dalam gambar itu macam cacat?besar sebelah..ke kaki orang lain? ke sudut pandangan aku salah?ke kau salah ambil gambar? ke kau nak jawabkan? kan kan?

    • sebab gambar ni,kaki sebelah kanan dari pandangan laptop/komputer kau berada kat depan sedikit, kaki sebelah kiri pula ada kat belakang.posisi tuh yang menyebabkan kaki tuh nampak kecik besar.

  5. nonames says:

    oh tak berapa nak ada duit juga ya kau ni
    nak beli kamera pun berbajet2

  6. kenshin says:

    nak peduli orang buat apa…tak pernah dengan cerita luqman dan anaknya berjalan dipasar bawa keldai?kenapa nak biarkan orang rampas kebebasan idea kau..ini ruang kau dan hak kau..tulislah apa saja..

  7. zaleha says:

    yeah.. aku agak setuju kalau kau berhenti menulis, atau suspend kan dahulu blog ni buat sementara, go out pergi menikmati hidup, eratkan lagi silatulrahim dengan org2 keliling kau, bekerja dengan lebih rajin lagi, bila idea menjelma, kau start tulis balik.. peduli kan langau langau dlm nie, mereka takde life tu pasal derang 24/7 365 kat sini.

    • Suessy says:

      that’s kinda harsh and i suppose aku pun terasa w that statement, haha…

      the thing about being here 24/7 even though not that literally is because there are not many people that i know of who are as intellectually hilarious as MM — p/s MM, pls stop including “…. tak ada jedi/stormtrooper/etc yang bernama Melayu seperti Harun bin Hassan whatever…” into the entries of yours “# Sebab Melayu Tak Boleh Jadi Itu Ini” — it’s getting old.

      sometimes, being in the virtual world spares u from meeting face-to-face of the beruks as mentioned above.

      and dearest MM, i hope you won’t stop blogging regardless whatever your thoughts are — impulsive, observations, personals… suggest you to goddamn those so-know-it-all feedbacks of you (include this in ur e-mail to HIM, haha).

  8. kch says:

    Tinggalkan blog, pergi cari Tuhan.

  9. 47 says:

    takkan nak cari tuhan kena tinggalkan blog(atau benda-benda lain)?
    haih…

  10. orido says:

    Kasut saiz apa? Kalau US10 atau US10.5 cantik benarlah. Jual sket kasut2 yg cun.

  11. DN says:

    aku sure yang suruh kau cari Tuhan tu mesti dahi dia ada tanda lebam kuat solat.

  12. langau says:

    stop la cakap pasal tuhan, dah mcm perli pun ada.
    Kata tak suka nak main agama.

    “impulsive dan kadangkala tidak berfikir panjang”, betul la tu.

  13. Benny Blanco fr Bronx says:

    dah makin serius la nukilan MM. aku rindu akutakpeduli.blogspot mcm dulu.

  14. Khairul F says:

    LX3 hang dah juai?? Klu blum nak juai?

    Sorry gua ruang komen utk tanya soalan ni…

    Aku plak lain, slalu sgt delete artikel bila rasa artikel tak cukup ‘kick’. Tapi bila aku tgk balik artikel aku sebelum ni, mmg takde ‘kick’ pun…harap sape pun tak komen…kengkawan aku pun malas nak komen…kata diorg..panjang sgt…

  15. Jay says:

    U asked for God’s email?

    fuck yourself man. patut kena petir je kau ni!

  16. Alanis says:

    Kau tak nak jual ke kasut-kasut Supra kau? Sekarang ni Supra ibarat goreng pisang panas dikalangan budak-budak sekolah/kolej/universiti yang ambil tahu mengenai fesyen. Hasil jualan tu mungkin boleh selesaikan beberapa masalah kau.

    • theberuk says:

      *pisang goreng

      maaf, aku tak suka tengok orang salah tulis pisang goreng

      don’t mess with pisang goreng

  17. ratu says:

    MM, tulis je apa yang kau rasa nak tulis. tak payah nak peduli komen orang di sini. ilmiah, tak ilmiah, lantak lah depa. ini kau punya blog…mana komen yang kau boleh ‘pakai’ untuk memantapkan diri dan apa2 yg sewaktu dgnnya…terimalah dgn berlapang dada, mana yg macam ‘sampah’ buat tak tau jaa

  18. QQQ says:

    masih ramai beruk yang tidak mempunyai sense of humor!

  19. sally says:

    “All the world’s a stage, and all the men and women merely players.”

  20. Ai says:

    Mungkin MM dah boleh start tulis novel untuk dimuatkan dalam ruangan Novel Terunggul tu? That way, boleh tulis pemerhatian yang berunsurkan peribadi. Kononnya dari kaca mata hero lah! Eheh.

  21. WTF7833 says:

    asalnya aku cari cite pasal lip gloss..come to this blog plak..nie dah lekat nak baca each of ur post (cheet..tipu disitu)..anyho..keep it up!!

Leave a Reply

Get Adobe Flash playerPlugin by wpburn.com wordpress themes