March 12, 2010 22

Tanya Abang Minimalis Musim 19 Episod 1.

By in Tanya Abang Minimalis

Alanis bertanya…
Sila buat tafsiran tentang cinta. Terima kasih.

Cinta itu buta, bisu, pekak dan bodoh.

JE bertanya…
Apa pendapat kau mengenai Kings of Convenience?

Aku suka. Melodi yang mudah yang disampaikan dengan cara yang mudah. Mesej lagu juga mudah. Aku mahu pergi menonton mereka, tetapi malangnya tiket sudah habis dijual. Sesiapa hendak jual tiket kepada aku? Satu pun cukup. Tolong!!!

V D La Signog bertanya…
1. Kenapa aku suka tgk cleavage?
2. Abg MM ada cleavage tak?
3. Nak tgk boleh tak?
4. Abg MM tutup lampu tak masa
Earth Hour tahun lepas?
5. Pendapat abg MM tentang kemusnahan hutan di Malaysia?

1. Lurah yang didedahkan hanya untuk dilihat. Kalau tidak mahu dilihat sila jangan dedah.
2. Tiada.
3. Tiadalah, bodoh. Aku lelaki kurus.
4. Tutup. Aku ingat lagi. Masa itu aku di acara Earth Hour rasmi di tengah Kuala Lumpur. Eh itu mungkin 2 tahun lepas. Tahun lepas mungkin aku sengaja keluar rumah dan matikan semua lampu.
5. Aku tidak kisah asalkan digantikan semula. Walaupun konsep sustainable wood/forest banyak pembetahnya, iaitu mungkin ianya ekosistem palsu buatan manusia, tetapi sekurang-kurangnya ianya pokok yang mengeluarkan oksigen. Aku kurang setuju hutan yang ditebangkan atas sebab ‘kemajuan’. Sekarang ada banyak cara untuk mengurangkan kemusnahan ekosistem kita.

kamilasari bertanya…
apa pendapat lu tentang teori konspirasi dan agenda freemason.

Manusia tidak perlu paranoid. Banyak lagi perkara kecil yang lebih penting yang perlu difikirkan. Kita memang semuanya mangsa percaturan orang yang lebih besar dari kita, bukan?

kersani bertanya…
brader MM yang dihormati,
satu, lu rasa kebanjiran hiburan Korean Pop @ K-Pop kat malaysia ni satu benda yg positif atau tidak?
dua, mana nak dapat skil bina ‘identiti’ sendiri bila tangkap gambar? apa yang perlu ditekankan? coloring? perspective? subject?
itu saja.

1. Semuanya hiburan semata-mata. Tidak perlu gusar atau bimbang. Rakyat Malaysia sekarang sudah semakin matang untuk membezakan mana yang baik dan buruk. Buka mata kamu!
2. Cari niche kamu. Paling mudah tiru gaya jurugambar yang kamu suka, dan kemudian kembangkan serta tambah idea kamu sendiri. Semuanya penting, warna, perspektif dan subjek, tetapi aku rasa paling penting konsep.

suehanna bertanya…
how do you hide anger?

Dengan bersenyum.

counter bertanya…
1) Bagaimana MM mengurus barang peribadi atau barang-barang lain yang MM ada? Maksud saya di sini adalah cara penyimpanan barang MM. Adakah MM akan simpan barang-barang MM di dalam kotak atau bilik stor sekiranya tidak diperlukan pada masa ini dan dikeluarkan semula di masa hadapan (walaupun prospek untuk digunakan semula tipis) atau MM derma/jual/buang barang-barang tersebut?
2) Buku apa yang MM baca sekarang ini?
3) Dari pembacaan blog ini, didapati MM hidup di kota. Adakah MM merancang untuk memulakan kehidupan baru di desa di masa hadapan?
4) Di kedai makan mana MM suka meluangkan masa, kopitiam atau mamak (kalau ada pilihan lain MM boleh nyatakan)?

1. Biasanya aku akan simpan di dalam kotak-kotak. Rumah aku memang penuh dengan kotak-kotak. Bila perlu, aku keluarkan. Yang aku rasa aku tidak akan guna aku akan jual, beri pada kawan atau buang sahaja.
2. Aku kurang masa untuk membaca buku sekarang. Mungkin aku patut amalkan semula.
3. Kalau bukan berseorangan, aku akan fikirkan.
4. Village Park dan Wondermilk di Uptown Damansara, Ajidon di Plaza Damas, Pondok di Kota Damansara, Pizza Uno di Centrepoint Damansara, mamak depan rumah aku.

popo bertanya…
camana mau masuk politik?

Bayar yuran keahlian.

Polis gemuk bertanya…
1)Budak subang semua memang cool ke?
2)Pendapat MM tentang band 41?

1. Mungkin ada yang perasan cool.
2. Tiada apa-apa pendapat. Aku sokong semua band Malaysia yang boleh main lagu sendiri dan bukan hanya handal main lagu orang lain sahaja.

Polis gemuk bertanya lagi tak habis-habis…
1. Macam mana nak tahan berak?
2. Pendapat MM tentang band 41?

1. Kemut. Mungkin sukar untuk orang berbadan gempal.
2. Tiada apa-apa pendapat. Aku sokong semua band Malaysia yang boleh main lagu sendiri dan bukan hanya handal main lagu orang lain sahaja.

Polis kurus bertanya…
MM.
Kenapa setiap kali adanya fenomena baru untuk remaja sekarang, anda akan cuba nak jadi pioneer.. sedangkan anda hanyalah pengikut wabak tersebut.. Seperti mengayuh basikal, muzik dan fesyen.. semua orang tahu anda cuba hendak jadi seseorang yang paling cool dan paling tahu tentang segenap bidang yang wujud dalam wabak dan dimensi yang cuba dimanipulasikan anda.. jika anda individu yang benar2 memahami apa yang anda ceburi sekarang sila jawab persoalan ini..

Pioneer atau pengikut tidak penting. Yang penting buat sungguh-sungguh. Jangan cakap/taip sahaja.

santos cubanican bertanya…
aku tak bole nak happy dengan semua benda aku buat. dan kau rasa duit tu platform untuk jadi superior ke? apa kata kalau aku takde duit tapi aku nak rasa superior?

Aku rasa kamu belum jumpa haluan kamu. Yang penting bukan wang. Tetapi kepuasan diri sendiri. Memang sukar untuk mendapatkan kepuasan tetapi cuma ada satu cara untuk dapat tahu apa yang boleh memuaskan hati kamu. Cuba dan gagal dan cuba lagi.

mudkips bertanya…
1. Umur berapa elok untuk kahwin?macam mana pilihan anda?
a: enjoy dulu. lawat negara lain, kumpul duit, rumah ,kereta, business(bukan mlm)… awal 30 baru kahwin.
b: kahwin seawal yang boleh. eg 23-24
mana patut aku lakukan dahulu?
2. aku jenis yang hanya suka sesuatu benda untuk jangka masa singkat. selepas 1-2 bulan, semua jadi bosan. eg: aku beli bag, 2 bulan lepas tu rasa bosan, walaupon benda itu perfect.
Aku cuma takut berlaku dalam perhubungan aku sahaja. hubungan jangka panjang mungkin akan berpisah.
ada pendapat menarik untuk atasi?
terima kasih.

1. Paling penting dalam perkahwinan ialah pengalaman bagaimana untuk bertolak-ansur dengan orang. Dan sebenarnya perasan tolak-ansur ini bukan sesuatu yang kamu (dan juga aku) boleh belajar dalam tempoh yang singkat. Untuk belajar bertolak-ansur dengan orang kamu harus berinteraksi dengan pelbagai karenah orang. Lagi ramai orang, lagi bagus. Lagi lewat kamu berkahwin, lagi besar peluang kamu untuk berjumpa dengan pelbagai jenis manusia dan menimba pengalaman sama ada dari mereka atau pun dari berinteraksi dengan mereka. Aku sampai sekarang masih belajar.
2. Jangan kahwin. Atau sekurang-kurangnya, jangan kahwin dahulu. Aku jamin cara kamu berfikir sekarang dan dalam masa setahun dari sekarang akan berubah. Bagi peluang perasan dan minda kamu berkembang. Banyak kelebihannya.

orido bertanya…
apa perasaan ko apabila rambut ko semakin nipis dan semakin jelas kebotakan di kepala ko?

Pasrah.

Khairul F bertanya…
1. Bakun dam tu sustainable energy source ke?
2. Klu bleh revamp ataupun undo balik malaysia nyer public transportation, ape ko nak buat?
3. Amik guitar class ataupun archery, mana ko pilih?

1. Soalan yang baik. Cuba tanyakan pada diri sendiri, berbaloikah berhektar-hektar hutan ditenggelamkan semata-mata untuk menjana tenaga elektrik dari arus air? Implikasi jangka panjangnya pula bagaimana? Aku rasa perancangan jangkapanjang sudah pasti telah dibuat, cuma yang perlu dipersoalkan siapakah yang membuat perancangan serta kajian tersebut?  Dan siapa yang bakal untung apabila projek ini habis terlaksana?
2. Bina Smart Tunnel sekeliling Lembah Kelang dan bina laluan LRT di dalamnya.
3. Archery. Supaya aku boleh panah orang yang aku tidak suka dari jauh.

Tanya Abang Minamalis bertanya…
1. Antara Mick Haris (Ex-Napalm Death)vs. Dave Witte (Ex-Discordance Axis)
maner ko prefer sebagai better “Blast Beat Drummer”?
2. Aku bercadang nak sambung belajar(part-time diploma) dalam bidang IT:
a. University mana yang ko prefer dalam Kl atau sekitarnya dalam bidang
IT?
b. Boleh buat pinjaman ker PTPN, Bank, etc) kalau nak buat part-time
study?
3. Ko makan asam pedas daging tetel tak, apa pendapat ko?

1. Mestilah Dave Witte. Sebab kami saling kenal mengenali.
2. Aku kurang pasti jawapan kepada soalan ini. Ada mana-mana pegawai PTPN boleh menolong di sini?
3. Tidak pernah dengar/nampak masakan tersebut, maaf.

Kita sambung Episod kedua nanti jika cukup soalan.

Popularity: 22% [?]

22 Responses to “Tanya Abang Minimalis Musim 19 Episod 1.”

  1. Tanya Abang Minimalis says:

    Ulasan soalan aku:

    1. Aku dah agak dah.
    2. Aku harap ada yang boleh membantu…
    3. Asam pedas tetel – asam pedas dari Melaka. Asam Pedas Johor cuma guna Ikan ajer tak silap aku.Eh, ko org johor kan?

  2. ciken says:

    im from jb. ade gak asam pedas tetel mak i masak. tp tak selalu ade kat johor la.

  3. sarah says:

    tetel tu apa ?

  4. bart says:

    lama tak drop comment, this time drop soalan sekali hoping you will answer ‘em. What are you main reasons in buying an iPhone? social networking or is there any certain app/function in iPhone that makes you want to buy it?

  5. tokey MLM says:

    ini bukan ruangan bertanya

  6. abe sapien says:

    MM
    i just got my spm result.well it is great.bole la smbung blaja kat overseas.
    but currently im studying accountancy locally and it is under scholarship(i got it by my trial result).
    so my question is should i apply to study aboard?because i dont like the fuss to fill up borang and stuffs coz its really menyerabutkn my mind.and on top of that,i dont really see the good thing study overseas since my program is fast track.like real fast.i can save time.rather than taking accountancy overseas.and the period is wayy longer to finish my degree.so what should i do?

    • bkn abg mm says:

      study oversea.,..dgn duet scholar sbb tukar matawang..ko akan jd lebih loaded n lebih bnyk nk jalan2 makan angin kt oversea..untung,..haha..time study will be so much fun

  7. wawasan 2020?apa pendapat kau?

  8. roro says:

    abe sapien > biar kawe jawab tuk demo. academically, studying local or abroad is nothing different. buku maybe sama, silibus pun maybe sama. but the thing is if u choose to study overseas u’ll live in a totally new environment and learn to adapt to a new culture. imagine the experiences and the life skills u might gain ..after years u’ll see how ur personality changed and different than typical malaysians..that’s the most precious value not everyone can get. dont try to be a working adult very fast, what the fuss? enjoy ur youth and student’s life… u’ll not regret it =).

  9. xfaiz86x says:

    Abang MM…saya nk jual tiket king of convenience?rm100…nak tak?Kalo nak email sy eh….

  10. kornea says:

    hi itu gambar bukan dari album TWKUA ?

  11. kama says:

    abang MM saya nak menggoda abang MM boleh? ha-ha

  12. tom mosher. says:

    jom la ride fixed gear di johor bharu. takde la ramai mana, tapi boleh la buat ada ada.:)

  13. tony fast says:

    aku pun da duduk JB, datang la sini irman. :)

  14. nur amira says:

    ape ko pikir pasal ak?kah3x

Leave a Reply

Get Adobe Flash playerPlugin by wpburn.com wordpress themes