Soalan Cepu Emas 10.

Posted on Wednesday, March 24th, 2010 at 02:54

Aku baru ingat yang salah satu ruangan paling popular dan paling banyak respon dari para pembaca aku ialah siri nukilan Soalan Cepu Emas. Asyik kamu sahaja yang bertanyakan soalan kepada aku, apa kata kali ini aku pula yang tanya soalan. (Banyak soalan ni!)

Seperti yang ramai di antara kamu yang boleh agak (dari membaca nukilan-nukilan aku serta post Twitter aku), aku tidak berapa gembira kebelakangan ini. Mungkin antara kamu yang pandai meneka, tetapi mungkin ada juga yang tidak tahu menahu. Tidak mengapa.

Bukan apa, selain dari kerja dan berbasikal, hidup aku memang tiada menariknya. Mungkin disebabkan tiada penyeri, tiada dadah, tiada intoksikasi ataupun apa-apa yang berkaitan. Mungkin sekali tiada penyeri.

Pergi ke pasar membeli strawberi,
Strawberi yang kotor dicalit arang,
Penyeri bukan sebarang penyeri,
Tetapi penyeri yang teramat sangat terlarang.

Itu masalah aku. Berdasarkan pengalaman aku hidup 76 tahun di dalam dunia ini, tiada apa yang mustahil. Terutamanya yang melibatkan lebih dari aku sahaja. Dengan kerjasama dan dedikasi serta pengorbanan semuanya boleh. Dan aku rasa, aku boleh gembira, aku pasti. Cuma kadangkala jalan menuju kegembiraan itu selalunya dipenuhi ranjau sepanjang jalan. Sebab memang tiada yang mudah. Kegembiraan itu semestinya sukar. Sama ada kegembiraan itu boleh dikecapi atau tidak di penghujung jalan pun kita tidak akan tahu. Tetapi ranjau-ranjau sepanjang jalanlah itu yang akan membentuk personaliti serta jiwa kita, dan benar-benar menyerlahkan diri kita yang sebenarnya, bukan?

Jadi soalan aku berbunyi begini, “Berapa banyak ranjau yang kamu sanggup lalui sebelum mengalah, dan pernahkah kamu mengalami pengalaman yang sama?”

Sila jawab seikhlas-ikhlasnya di ruangan komen di bawah. Boleh jawab dengan pautan ke klip video Youtube jika mahu.

Popularity: 24% [?]

Responses (24)

  1. Khairul F says:

    Salam,

    Ada orang yang lebih berilmu beritau aku;

    “Tuhan tidak akan menguji manusia dengan ujian-ujian yang tidak boleh diboleh ditanggung oleh manusia tersebut”

    Bunyinya lebih kurang macam tulah…

    Jadi kalau perkara baik, ranjau macam mana pun aku tempuh je, termasuklah tangisan anak aku yang berumur 6 hari nih…

    Sabar…sabar…

  2. 'izzat says:

    dia terserah kt kau juga, nk panggil ‘jalan’ tu, ‘journey’ atau sekadar ‘treadmill’..

    takkan pernah berhenti.

  3. ijustwanttosleep says:

    Dear MM,

    Thank you for the intriguing question, really opens me up and makes me reflect way back through the years in my life. I believe each and every person had gone through or have to go through the toughest time in their lives in order to achieve happiness, be it having to go and get bread or milk from the supermarket, buying a pack of condom/lubricant from the convenience store/pharmacy, working for a 1st class degree/job promotion or trying your best to preserve/retain a relationship, as a lover or a friend.

    For your question, my opinion would be I will do whatever it takes to be happy or belive that I’ll be happy if the benefit of going through every obstacle exceeds or equals the cost. But somehow, if the cost exceeds the benefit, letting go is alright for me. Eg. the benefit of studying an hour more is an extra 10 marks for the exam, exceeds the cost of studying an hour more, which is an hour of leisure forgone. Actually, it depends on how a person evaluates the benefit and the cost and the outcome which results from it. Do I value the extra 10 marks more than an hour of leisure? Or is it the other way round? Will that extra 10 marks make me happier if compared to spending an hour for leisure? Do I really need that extra 10 marks? All in all, if I think that the benefit exceeds the cost, I will definitely do it even knowing how much obstacles or trade-offs I have to face in order to achieve what I believe will lead me to happiness. I’ll do the best I can and I’m able to so there won’t be any ‘what ifs’, even if I fail. Sounds easy, but it wasn’t and never will be easy, as everyone should have known. But again, if it is not hard, then the happiness won’t be that ‘happy’, if you get what I mean.

    http://www.youtube.com/watch?v=_vnWF1yXI8E

  4. adam says:

    selagi aku sembhyang selagi tu aku xkan mengalah.

  5. kehadapan MM says:

    setiap manusia melalui ranjau yang berbeza,
    ada yang cekal dan gemarkan cabaran, akan sentiasa tanpa jemu mengharungi ranjau demi ranjau dalam hidupnya,
    ada juga yang cuma melalui satu ranjau dalam hidup tetapi ranjau nan satu itu sudah cukup memadai untuknya,
    aku memilih untuk sentiasa lari meninggalkan ranjau yang membingungkan, sebaliknya akan berlapang dada untuk tegar melalui ranjau yang dirasakan bermanfaat buat dunia & akhirat,
    tiada masalah untuk mengharungi pengalaman yang kelihatan sama selagi ia tidak membunuh jiwa yang muda, ranjau yang dilalui adalah pilihan masing-masing.
    ada masanya ranjau di peringkat awal tidak kelihatan seperti ranjau pun, malah lebih indah daripada segala janji yang pernah ada, namun mungkin disebabkan beberapa perkara atau konflik, maka segala keindahan itu boleh berubah menjadi ranjau sukar sepanjang jalan.

  6. zul says:

    Aku muda lagi, baru 20, tak layak rasanya untuk aku cerita pasal masalah,
    terpulang la kau nak dgr pendapat aku ke tak,

    aku ambil course video, assignment aku buat, video iklan ke, short film dan yang berkaitan,
    aku pernah kene kacau dgn polis masa tgh shoot,
    nak shoot kat putrajaya last minit, kena ada surat, tapi dapat jugak shoot, tanpa surat, dgn izin Perbadanan Putrajaya.
    Aku pernah shoot dalam masjid, crew aku orang cina, pakai seluar pendek, tapi still dia masuk dalam shoot orang tgh sembahyang,
    bila fikir balik apa yang aku dah buat, aku rasa aku boleh buat semua benda kalau aku yakin.

    Kawan aku pernah kena kepung dgn orang India masa tgh shoot kat kawasan diorang, siap mintak camera semua, tapi diorang still boleh handle.

    Kalau dalam bidang aku, aku selalu tgk filem-filem luar yang boleh buat aku yakin, aku tgk slumdog millionaire boleh shoot kat kawasan setinggan india, orang boleh shoot kat kawasan dadah, mmg itu hanya filem, tapi diorang shoot kat kawasan dadah yang betul,

    Boleh tgk Born Into Brothels: Calcutta’s Red Light Kids, mcmana sorang Mat Salleh boleh masuk kawasan tu, jadi cikgu untuk tangkap gambar, byk lagi lah cerita lain,
    Kalau diorang boleh, kita mesti boleh la.

    Semua orang ada masalah, kadang-kdang bila fikir masalah yang lepas, kita gelak sebab benda tu benda kecik je sbnrnya,

    so, apa-apa masalah yang kau ada, dalam masa 1 tahun dari skrg, kau akan gelak dgn masalah kau skrg ni.

    Tak pun kawen je la, bina family, haha.

  7. raje says:

    Manusia ni patung kayu.
    Setiap pahatan yang Tuhan bagi,
    adalah untuk membentuk patung kayu yang
    lebih teliti, cantik dan kemas sifatnya.
    Maksudnya untuk membentuk manusia yang
    lebih hampir kepada sempurna.

    Jadi, chill saja.
    Anda kayu kot, kuat lagi, belum reput.
    This too shall pass :)

  8. hapacrita says:

    Maaf..luar topik.
    kamu pernah buat macam ni dengan fixie kamu?

    http://www.youtube.com/watch?v=Nky-4_MEAGQ

  9. apan says:

    kalau ikut buku, jawapan dia sampai jasad dah tak bernyawa. kalau ikut hati, dan dan time tu jugak nak surrender. tapi Tuhan tu maha kaya. Dia bagi kita masa untuk fikir apa yang patut kita buat lepas tu.kan?

    secara ikhlasnya, aku pernah hampir quit tapi disebabkan aku masih lagi diberi masa, aku sedar tindakan aku itu bodoh. so i have to face it no matter what. after that, semuanya boleh jadi imun sebab kamu dah ada pengalaman. pengalaman mematangkan.betul tak?

    selagi aku boleh menimba pengalaman, aku sanggup redah apa saja.lagi lama kamu melalui kesusahan, lagi lama kamu boleh berada tahap seronok dan gembira.

    ayat dalam Surah Al Baqarah:286 ini boleh dijadikan motivasi.

  10. nashkia says:

    adakala berapa banyak ranjau pon kita mampu untuk hadapkan dan berupaya menjadi seorang yg sgt tegar utk semua itu.
    tp kdg2 kita boleh jugak jadi tersangat senang mengalah walaupun baru diusik sedikit.

    aku rasa, dengan sedikit harapan/inspirasi, itu mungkin mampu menjadi penggalak pada diri utk hadapkan semua ranjau yg mendatang.
    dengan kata lain, yakin sahajalah bahawa memang ade sinar yang menunggu kamu pada setiap hujung terowong yg kamu lalui.
    kalau pun tidak menemu sinar, sekurang2 nya kamu mampu berjalan sendiri untuk keluar dari terowong gelap itu bukan?
    atau kamu rela utk terus tinggal dalam terowong gelap?

    hanya harapan.

    untuk yg sedikit santai barangkali
    http://www.youtube.com/watch?v=g45TBX-NOts

  11. kenshin says:

    semua yang bernama makhluk pasti melalui ranjau dan duri. Sebagaimana kata-kata Gautama Budha ” Sesiapa yang tak dapat menemukan kebahagiaan didalam dirinya, maka ia tidak akan menemuinya dimana-mana pun jua”.

    jangan mengalah bro, hidup ini tidak ada tempat untuk orang yang mengalah.Kuatkan iman teruskan perjalanan. Seorang master sufi/zen yang menghafal puluhan kitab tetapi tinggal dipuncak gunung tanpa sebarang ujian dan tanggungjawab tidak ada apa2 ertinya jika dibandingkan dengan seorang jahil yang tetap tabah menghadapi badai kehidupan.

    Pedang yang paling keras dan kuat biasanya telah melalui ribuan tempaan, ribuan ketukan dan api kepanasan yang melampau, tak caya kalu buka youtube tengok macamana diaorang buat katana. Manusia yang luarbiasa biasanya telah melalui ujian yang luar biasa. Seperti mana kata-kata William Wallace (seorang pejuang Scotland). “Semua lelaki mati,tetapi tidak semua lelaki benar-benar hidup. Kata Genghis Khan Sang penakluk 2/3 dunia “kesusahan dan peperangan adalah kurnian tuhan kepada lelaki. Sesiapa yang melarikan diri nescaya akan diabaikan tuhan.

    Hidup ini satu pilihan bro, kau boleh memilih untuk hidup penuh bererti dengan terus berjuang atau hidup sebagai orang biasa yang tidak bererti apa-apa. Lakukanlah sesuatu yang bererti seperti join mujahidin di Afghanistan,al qaeda, hamas atau kelas memasak chef wan. atau tonton filem seperti dances with wolves, last samurai,brave heart,forest gump.

    Kesimpulan yang boleh dibuat kalau jauh dari tuhan maka akan hati akan sakit dan tidak berserilah hidup.Kerana bahagia itu letaknya didalam hati dan hati itu adalah tempat untuk tuhan yang agung.

  12. kersani says:

    aku rasa tak banyak. sebab kalau aku rasa ranjau itu aku sudah 5 6 kali cuba pun masih tak dapat lalu, aku akan cari jalan lain.

    hidup aku fleksibel sahaja. aku tak perlu buang masa bertanya orang macam mana mahu tempuh ranjau, sedangkan aku boleh hayun kaki sendiri cari lain, walaupun jauh!

    apa yang aku tahu, makin penat kamu berjalan, makin banyak benda yang kamu pijak, semakin bermakna destinasi yang kamu tuju. tak ada guna sampai dulu, tapi kamu tak faham sepatah haram apa yang kamu dah lalui.

    aku pernah tempuh ranjau, bukan setakat berduri saja, sampai berbirat belakang aku. ish!

  13. an says:

    kenshin. salute!

  14. orido says:

    just listen to this song.. it should comfort you a bit.
    http://www.youtube.com/watch?v=v1PBptSDIh8

  15. F says:

    Langit tak selalu cerah.
    Bumi itu berputar.

    Ingat, Allah akan selalu menguji hambanya yang beriman dengan Nya.
    Syaitan akan selalu berusaha untuk menjatuhkan manusia.

    Semua benda yang berlaku pasti ada hikmah dan sebab.

  16. Ismith says:

    “just don’t die” ni la aku punya nasihat kat kawan2 yg bermasalah. selalu. at least boleh buat diorang senyum..haha

  17. ratu says:

    perkara ni terjadi kat aku. sangat terkesan di hati…seperti kena ketuk di kepala. bulan febuari lepas, sehari sebelum ulang tahun hari lahir aku dapat ucapan selamat hari lahir dari bekas teman serumah melalui sms, aku jawab lah ‘thanks, dah tua aku ni huhu’ kawan aku tu jawab balik, ‘tak pe it’s just a number, yg penting dapat hidup’ dan kawan aku ni penghidap kanser sejak 2006… terfikir kenapalah aku kadang2 semacam ‘frust’ melalui detik sukar sepanjang jalan kehidupan aku. kenapa nak rasa frust…ramai diluar sana yg bertarung nyawa dgn kesakitan yg lebih dasyat lagi…ya, aku patut bersyukur kerana masih hidup!

  18. Ladynoe says:

    kalau ditanya tentang angka, untuk soalan berapa banyak ranjau yang aku sanggup hadapi sebelum mengalah – jawapan aku, setahun sekali cukup lah. Kalau setahun 2 kali ranjau, aku memang cepat jugalah mengalah.

    Sebab bagi aku Ranjau tu lebih berat dari masalah biasa.

    Anyway, panjang-panjang pulak komen kat sini.

Leave a Reply

Get Adobe Flash playerPlugin by wpburn.com wordpress themes