Dalam dua, tiga minggu kebelakangan ini aku banyak keluar berjumpa orang. Bukan hendak katakan yang sebelum ini aku sedang asyik bertapa di dalam gua dan tidak berjumpa dengan orang langsung, tetapi mungkin sebab aku kurang berbasikal sekarang (sebab basikal masih menunggu aku di Milan) aku terpaksa gantikan aktiviti berbasikal dengan aktiviti-aktiviti lain.
Seperti biasa apabila berjumpa dengan orang yang tahu tentang blog aku, mereka akan sama ada a) mula bergaya dengan mulut tertutup di depan kamera aku atau b) memberikan cadangan tentang apa yang patut aku tulis selepas ini.
Ramai yang mungkin sedar sebenarnya tidak banyak lagi yang boleh aku tulis di sini, aku rasa sudah cukup setakat para pembaca membelek-belek arkib lama untuk membaca apa yang aku telah tulis sebelum ini. Setakat hendak tulis ‘Tafsiran Douchebag Melayu’ memang tidak berbaloi, sebab aku tidak sanggup bazirkan masa menulis tentang orang yang aku tidak suka.
Jadi baru-baru ini aku telah berjumpa dengan orang-orang yang telah memberikan aku idea bernas tentang subjek apa yang aku patut sentuh. Ada dua cadangan yang menonjol bagi aku, iaitu:
1. Dedahkan identiti sebenar, dan mula menulis pandangan dan pendapat di bawah nama/identiti sebenar.
2. Buat senarai ala senarai di dalam buku High Fidelity, iaitu senarai kekasih lama.
Aku terfikir juga tentang cadangan yang pertama, tetapi aku rasa belum sampai masa. Walaupun ramai yang tahu aku ini Irman (hahahahahahahahaha), aku rasa lebih ramai di luar sana yang perasan mereka kenal aku tetapi sebenarnya hanya kenal aku berdasarkan reputasi, tidak kisahlah dari muzik, senireka, industri penerbitan/pengiklanan dan sebagainya. Dan sebenarnya aku malas dan rasakan tidak perlu untuk membela idealogi serta pendapat sendiri, terutamanya kepada mereka yang kenal siapa aku, sebab dunia ini penuh dengan orang yang dengki. Mesti ada benda yang kena betah.
Dan seperti mana yang kamu (serta aku) tahu, di dalam dunia Internet memang mudah berkata-kata besar dan berhasad dengki dengan bertopengkan topeng anonymity.
Tentang cadangan kedua juga mungkin boleh dipertimbangkan. Semenjak kebelakangan ini aku selalu sangat diletakkan di dalam situasi di mana orang-orang yang aku pernah sayang (atau masih sayang) secara kebetulannya berada di bawah bumbung yang sama. Bekas teman wanita atau isteri tidak penting, yang penting kadangkala aku hairan kenapa aku masih tidak faham atau terlalu kritikal di dalam mana-mana hubungan aku masa dahulu.
Aku hairan mengapa keperluan aku untuk mendapatkan pasangan yang benar-benar memahami diri serta citarasa aku (aku akui aku mungkin agak eccentric, tetapi bukanlah tahap ganjil) amat sukar, dan jikalau berjaya jumpa pun, macam-macam cabaran serta halangan yang menimpa.
Walaupun menurut sejarah peribadi aku, dengan cukup kesabaran dan ketekunan, setiap cabaran memang boleh diatasi.
Mungkin sebab itu dahulu aku selalu tercari-cari, sampai berada di dalam situasi kurang menyenangkan semata-mata kerana cinta. Tahap boleh gila punya. Memang gila pun buat seketika dahulu.
Sekarang pun boleh gila dibuatnya. Banyak persoalan bermain di fikiran. Secara metaforanya begini, patutkah aku selamba sahaja naik bas sekarang atau tunggu bas yang seterusnya? Bas sekarang memang mencabar perjalanannya, tetapi bas yang selepas ini tidak tahu pula bila akan tiba, itupun kalau memang tiba. Walaupun kalau hendak dilihatkan mungkin sekarang bas tidak akan tiba langsung pun, sebab bas mungkin telah berubah haluan. Kalau kamu bagaimana?
Popularity: 25% [?]
Untuk soalan yang no. satu tu, aku gunakan google untuk cari sapa En. MM nie. Akhirnya jumpa. ;)
nampak sangat kamu tak baca betul2 kan?
yup x baca betul2 -_-”
En. Bosan, sila scroll ke bawah lagi…
bas no 2 selamba lah !!!!
bas no 2 mungkin ko takut
tapi bas no 1 bole tahan jugak berhantu dia !!!
Mungkin MM tak patut lagi naik bas yang sama. Tak apalah tunggu lama sikit, lagipun MM kan awesome?
Banyak benda boleh buat sementara menanti bas yang seterusnya.
Cuma, bas yang seterusnya harap boleh provide enjoyable ride dari bas yang sekarang.
Apa yang penting sekarang, gerak hati kau. Betul, dapatkan pendapat orang lain untuk mempengaruhi decision kau, tapi kau seorang sahaja yang tahu, apa yang kau nak sebenarnya. Mungkin apa yang orang kata kau akan buat sebagai guideline, tapi aku percaya, kau akan end eup dengan mengikut instinct kau.
Tak guna juga kita berharap, sebab bagi aku, berharap adalah pada orang yang hopeless. Bas tetap bas, tetapi yang membezakannnya adalah destination kau.
Sampai atau tidak tu perkara biasa, but at least you’ve tried and you got the answer for the pathway that you chose. There will always a chance for you to make up your mind during the journey.
Good luck, dude.
soalannya,
kamu nak ke mana. Bas ada nombor. Setiap nombor lain destinasinya. Tentukan arah tujuan kamu.
s0k0ng awk… mm, yang penting, tahu destinasi kau… apa yang kau nak, kemana arah tujuan kau… jadi, kau akan tahu bas mana yang patut kau naik… gembira atau tak, kau akan lebih tabah meneruskan perjalanan ke destinasi impian kau… tapi, kau berhak sepenuhnya untuk berhenti separuh jalan dan menukar destinasi, cuma kau akan rugi kerana kau dah pun membayar tiket untuk bas tersebut… walaupun kau yang membayar tiket bas, selagi pemandu berhemah, syarikat tak klent0ng, bas ikut jadual, pendek kata, servis bagus, aku rasa kau patut teruskan perjalanan… kadangkala kita tak berhak untuk mengikut kehendak kita sahaja, ikut metafora kau, pemandu yang bertanggungjawab terhadap penumpang, jadi mereka akan memastikan kesejahteraan semua penumpang, bukan sese0rang penumpang…
sebenarnya.. aku ke sini untuk something yg boleh dibaca.. tak nak tahu pun siapa MM sebenarnya. itu tak penting.
cuma.. banyakkan update dengan benda-benda yg boleh dibaca.. pemikiran MM lain dari yg lain. aku suka cara MM sampaikan sesuatu
Go to RATSKL..u will find him.
Tapi itu x penting…
yng penting semue orng suke ngan ape yng mamat ni sampaikan.
turun bas dan jalan kaki.kalau ada bas lain nanti,naik dan enjoy the ride.
ikut keselesaan kau, kalau ko selesa skrg, kenapa takut dgn cabaran?
semua orang ada cabaran masing-masing, even tgh berak pun ada cabaran, haha
kalau no. 2, makan masa pulak untuk selesakan diri,
jangan naik “sani express” dah la, eksiden plak kang….
aku dan rakan2 dah selidik latar belakang hang.hehehe.mmg kami nk tau hang tu siapa. pasal bas tu, ikut, ikut hati, kalau rasa tu jodoh hang.naik ja bas tu
Aku sokong reader. Turun bas dan jalan kaki lah MM , badan pun sihat skit..
Lagi satu tak payah lah nak dedahkan identiti sebenar MM tak minimalis lah nanti. Nanti kena tukar jadi Melayu Maksimumis pulak sebab perhatian lebih pada orangnya, bukan pada ‘kata-kata hikmah’ yang ditulis.
MM, maybe irman tu you, maybe bukan. tapi kan kalau tgk one of the pics, rase2 mcm u. i noticed the fingers. you have skinny fingers. just like the ones in the pictures of irman.
but then, maybe i’m wrong. but it doesn’t matter i guess.
Maaf MM, aku tersilap taip, sepatutnya “Untuk cadangan yang no. satu…” dan bukannya “Untuk soalan yang no. satu…” kerana terdapat 2 cadangan yang diutarakan. Harap maklum.
Yea. We are in the same shoes, duh. Sungguh celaka perasaan itu.
Kalau aku aku cuba naik bas yang pertama, kalau tak puas hati sebab tak ada air-cond ke. Seat koyak ke apa ke? Turun dan tunggu bas kedua pulak.
tak payah naik bus. naik basikal sudah. kau sibuk nak naik bus tapi kau suka basikal kan. jgn sibuk nak tunggu bus. cari alternatif lain. setahu aku bus metro dari cheras tak pernah ubah haluan, so masalah bus ubah haluan mmg tak ada ah.
aku suka stalk kamu, dari dulu lagi. Aku suka blog kamu, baru tahun lepas aku tahu siapa kamu. Aku nak add FB kamu tapi malu, hah! Aku jadi jengkel bila ada orang ganggu privasi kamu dan kamu sendiri tak tahu nak naik bas mana. Kalau aku jadi kamu dan bas kamu, boleh tak aku abaikan mana mana bas dan tumpang kereta kamu? Ikut kemana kamu pergi dan sentiasa dengan kamu? Tapi malangnya aku dah bersuami.
‘malangnya aku dah bersuami’
malangnya? jalang sungguh engkau ni.
tetapkan destinasi dan kira bajet.
untuk ke sesuatu destinasi yang jauh, banyak pihak yang menyediakan perkhidmatan dengan bajet dan perkhidmatan yang berbeza.
kalau anda mampu bayar lebih, anda akan dapat lebih.
bas nombor satu dan bas nombor dua akan membawa anda ke destinasi yang sama, tapi mungkin bas nombor satu kurang selesa kerana bajetnya murah dan anda tidak mungkin dapat mengharapkan servis yang jauh lebih baik untuk bas yang kedua jika anda tidak mampu untuk mengeluarkan bajet yang lebih.
senang cerita, walaupun kedua-duanya akan membawa anda ke destinasi impian, tapi bergantung pada anda, banyak yang anda sanggup keluarkan, lagi banyak yang akan anda perolehi.
p/s:-
dan bajet anda tidak semestinya wang…
Haha. Macam perkhidmatan seks la yg kau cuba sampaikan. Kelakar! But good job trying to explain.
Bas prob? Bas sesak? Bas tak datang? Risau? Gelisah? Bimbang?
Dah cuba LRT?
Monorel pun boleh.
Kadang-kadang…hidup ni macam masuk tandas awam.Kalau kena yang tak flush…masakkkkk !!
Go on.
jgn naik bas no 1 or no 2…
naik basikal…
lbey menyihatkan…
Naik saja bas yang pertama kerana mungkin kau sudah separuh jalan. Jika bas pertama rosak @ terkandas baru berfikir untuk mencari bas seterusnya atau berubah haluan.
Dulu aku baca blog kau, tulisan kau penuh konfiden. sekarang macam ada krisis identiti.
Hi MM. Aku rasa kalau nak jawab soalan ni perlu dilihat juga latar belakang MM. Mungkin MM sudah berumur, sudah pernah mendirikan rumah tangga dan mungkin pernah jatuh cinta dan gagal beberapa kali. Jadi berdasarkan situasi ini, aku faham kenapa MM munkin ada rasa sikit paranoid tentang cinta ataupun long-term relationship ni. Jadi pada pandangan aku, MM perlu tanya diri sendiri juga. Adakah bas pertama ni sesuai utk MM dan mengikut cita rasa MM. Tetapi perlu juga difikirkan yg MM ini mungkin sedikit berumur drpd pembaca2 blog ni yg rata-ratanya pelajar uni. Jadi peluang mungkin sudah berkurangan. Nasihat aku, kalau bas pertama ni ada cacat cela nya, terimalah seadanya. Ayat “she’s perfect” ni hanyalah pipe dreams sahaja. Take a risk MM. Just do it. I can only imagine how u feel now. Prepare everything, mentally, physically, etc. Don’t expect anything in return. Be a man, and get on board! I wish you good luck.
p/s personal opinion, jgn layan sgt budak2 yg masih muda. Mereka pada pandangan aku masih byk yg perlu dilalui. Kebarangkalian utk mereka meninggalkan MM agak tinggi berbanding org dewasa. My 2c.
biasa la tu MM, bila being too critical semua nak yang terbaik je kan. agaknya bila ko naik bas yang sekarang,lepas tu ko nak carik bas yang lain jugak bila bas yang sekarang ni tiba2 berubah haluan takpon rosak di tengah jalan and stuffs, heh.adoi. kita ni manusia mmg Greedy,semua bende nak. tapi tu semua dah mmg nature manusia..its all in our neuron ( aku usha kat seven deadly sins kat channel 555 ahaha)
ape pun option yang ada, good luck to you :)
Daniel
Pada pendapat saya, dari pada MM menaiki bas, baik MM jadi hitchhiker yang tahan kereta/lori di tepi jalan.
1. Seperti yg dikatakan banyak kali sebelum ini, write whatever, people are still gonna read your blog. Do not be too hard on yourself.
2. Kita perlu pilih bas yang betul untuk ke destinasi kita. Kalau nak pergi Ampang, naik bas nombor 23, jangan naik bas nombor 45. Lainlah kalau nak bersiar2 sekitar kl, boleh naik kl-hop-on-hop-off.
i think u try to reunite with your wife..your son need a father figure.be serious in your life..you have little irman now..you should guide him
aku rasa, kesabaran sesuatu benda yang ‘vital’ dalam kehidupan. pasangan yang perfect bagi aku hanyalah sesuatu khayalan yang dicipa. hidup berpasangan adalah unuk melengkapi antara satu sama lain sebenarnya. bergantung juga kepda hala tuju kau. mungkin bas yang kau tunggu itu bukan bas yang boleh membawa kau ketempat yang kau rancang itu. kau hanya merancang bukan, tapi destiny itu bukan kau yang menentukan.mungkin apa yang kau ‘cari’/inginkan bergantung kepada bas yang dipacu oleh kau.maksudnya, bas itu akan datg ataupun dah datang, tapi kau sendiri yang perlu arahkan/pandu kemana ia sepatutnya.jikalau bas yg sekarang kau rasa mencabar perjalanannya, apa kata kau duduk di persimpangan rehat dan rawat, ambil masa sebentar.download map untuk gprs iphone kau dan pergi ketempat yang betul.secara mudahnya lah. kalau kau rasa bus kedua mungkin lebih selesa,xsalah menunggu. mungkin ‘bas’ tersebut bukan dari kalangan kelompok kau. aku harap kau faham apa maksud ‘kelompok’ kau itu.aku lebih prefer bas kedua. hopeless romantic.but not so hopeless
bas mana satu tak berapa penting. yg pasti kau kena tahu halau tuju kau. jangan terlalu memikirkan perkara dihadapan yg kita tak akan tahu tepat di mana akhirnya. kita merancang, tuhan yg menentukan. bila dalam kebuntuan, org lain boleh beri nasihat tapi kau sendiri yg kena buat keputusan. cuba tanya tuhan..solat ishtikarah dan berdoa byk2. insya allah pertolongan akan datang dlm bentuk yg kita tak sangka. aku pun sama situasi macam kau…aku ambil pendekatan lupakan seketika kemelut jiwa. fokus dgn apa yg dekat dgn aku sekarang selain kerja, cuba kembali rapat dgn ibubapa dan kaum keluarga.
1. X payah, kamu lebih menarik misteri.
2. X payah jgk, mengenang yg manis mengenang yg pahit jgk.
3. Jgn stay jgn tunggu, cari sendiri bas kamu.
kadang2 klu tgu bas dia xkan datang
kena cari mana satu yang kita patut kita naik
semua bas ada risiko
kalau asyik tunggu tapi tak tekad
1000 tahun xkan sampai destinasi yang kita nak
high fidelity terbaik. most of the time.
malas tunggu bas so aku naik kereta.
bagus!
dan pada yang kata mengharap hanya pada orang hopeless, fikir betul2!
kamu tak pernah mengharap sekali pun dalam hidup kamu?
gebang lebih lah kamu ni!
dahlah MM, lagi bagus fikir nak letak gambar apa dalam entri seterusnya…
naik lrt turun masjid jamek