Archive for the ‘Layan Diri’ Category

September 6, 2010 4

Belacan Dan Paku.

By in Layan Diri, Youtube

Malasnya aku nak menulis! Mereka ini memang terbaik! Selamat Hari Ray untuk semua dan jangan lupa add Belacan dan Paku di Facebook! Juga silakan ke laman Youtube mereka untuk menonton banyak lagi video-video yang kelakar! Memang kering gusi!

Tags:

June 19, 2010 6

Mari Kita Cuba Sesuatu.

By in Layan Diri

Mungkin ada diantara kamu yang perasan yang blog aku hilang seketika dalam sebulan sebelum ini. Mungkin sebab hilang inspirasi, mungkin sebab aku sibuk dengan hal duniawi lain, dan mungkin juga aku tidak membayar bil untuk server hosting. Tetapi apa-apa pun aku sudah kembali, tetapi blog ini sudah berubah konsepnya. Ala-tumblr sekarang. Tunggu dan lihat, ya? [...]

Tags:

April 25, 2010 40

Tengah Malam Sabtu aka Soalan Cepu Emas 11.

By in Layan Diri, Soalan Cepu Emas

Dalam dua, tiga minggu kebelakangan ini aku banyak keluar berjumpa orang. Bukan hendak katakan yang sebelum ini aku sedang asyik bertapa di dalam gua dan tidak berjumpa dengan orang langsung, tetapi mungkin sebab aku kurang berbasikal sekarang (sebab basikal masih menunggu aku di Milan) aku terpaksa gantikan aktiviti berbasikal dengan aktiviti-aktiviti lain. Seperti biasa apabila [...]

March 25, 2010 9

Satu Gambar.

By in Layan Diri
February 28, 2010 35

Tulis, Jangan Tak Tulis.

By in Layan Diri

Salah satu dilemma utama ketika menghasilkan penulisan dalam blog ini adalah sama ada aku akan menulis tentang perasaan peribadi atau sesuatu yang seumpama itu. Memang sudah jelas dari awal lagi konsep blog ini ialah pemerhatian sosial, sama ada penulisan tentang apa yang aku perhatikan, atau gambar sekeliling aku, disajikan dengan sedikit unsur satira, semestinya. (Walaupun [...]

February 14, 2010 11

Nukilan Tanpa Nukilan Sebenar Lagi.

By in Layan Diri

Perangai aku memang mengarut. Sebijak mana pun keputusan yang aku pernah ambil di dalam kehidupan, aku akan ‘kontra’kan kembali dengan keputusan yang kurang bijak. Walaupun aku tidak pernah rasa kesal dengan apa-apa keputusan yang aku pernah ambil di dalam hidup aku, aku pernah tertanya apakah yang mungkin terjadi jika aku tergerak hati untuk mengambil keputusan [...]

February 13, 2010 42

9 Sebab Mengapa Melayu Tidak Boleh Jadi Stormtrooper.

By in Layan Diri, Senarai

(Gambar dicilok dari Flickr redandjonny) Salah seorang rakan sekerja aku (yang juga merupakan salah seorang guru capoiera terhandal negara) telah mencadangkan supaya aku menulis tentang tajuk di atas. Dan disebabkan aku semenjak dua menjak ini hanya sama ada menulis iklan ataupun tentang aktiviti berbasikal, aku rasa memang wajar aku cuba selidik 9 Sebab Mengapa Melayu [...]

December 14, 2009 50

9 Sebab Mengapa Melayu Tidak Boleh Jadi Wolverine.

By in Layan Diri, Pendapat

Bulan Disember ini tiba-tiba Astro rajin pula menyiarkan wayang siri X-Men. Akibatnya aku tertonton dan tertonton lagi, dan walaupun terlambat, aku kemudiannya membeli DVD haram ‘Wolverine’ untuk memuaskan minat mutan aku. Walaupun aku masih kurang setuju dengan pilihan Hugh Jackman sebagai watak Wolverine (sebab kalau kamu gila mutan kamu akan tahu yang Wolverine itu sebenarnya [...]

October 29, 2009 19

Nukilan Tanpa Nukilan Sebenar.

By in Layan Diri

Lama sebenarnya aku tidak menulis panjang. Mungkin semenjak kebelakangan ini banyak aktiviti-aktiviti baru yang aku boleh buat tiap-tiap hari. Apa-apa pun buat masa ini aku rasa lebih sihat, lebih segar, dan juga lebih bersemangat untuk membuat sesuatu perkara. Akibatnya masa untuk menulis semakin menurun. Bukan masa sahaja, malah inspirasi dan idea juga semakin berkurangan. Mungkin [...]

June 19, 2009 9

Cara Aku Hayun Kayu Besbol Bila Rempit Kacau.

By in Layan Diri, Youtube

Hati-hati, ya? (Dicilok dari Neatorama.)

June 16, 2009 42

Apa Pembaca-Pembaca Aku Cari.

By in Layan Diri, Pemerhatian

Aku sebenarnya pernah menulis tentang perkara ini dahulu, iaitu di nukilan ini dan juga ini, tetapi apa kata kita imbas kembali carian-carian terkiri (yang terpilih) yang kamu semua buat untuk sampai ke blog aku, ya? bomoh seks, seks dengan bomoh, bomoh, aku main dengan bomoh wanita – Apa tarikannya sebenarnya? Kenapa ramai yang suka cari [...]

June 12, 2009 16

Aku Perlu Cara Bersenam Yang Baru.

By in Layan Diri, Youtube

Kamu rasa kamu boleh buat macam si Damien Walters (yang juga seorang atlet gimnas Olimpik) ini tak? Memang mengkagumkan. Jangan lupa tonton siri Youtube mamat ini!

May 28, 2009 18

(T_T)

By in Fakta Rawak, Layan Diri

Jaya Supermarket runtuh. (Sila ke laman ini untuk lebih banyak gambar.) Dahulunya sebagai seorang kanak-kanak aku kerap ke sini untuk ke kedai permainan Kathy’s Toys. Juga kalau kamu nak tahu restoran McDonald’s pertama yang aku pergi dalam hidup aku ialah di Seksyen 14. Dan salah satu temujanji Hari Valentine yang paling diingati juga berlaku di [...]

Tags:

May 22, 2009 33

Tiada Muzik Tiada Kehidupan.

By in Layan Diri, Pemerhatian

(Gambar Sigur Ros) Aku ingat lagi ketika aku berumur 8 atau 9 tahun, ayah aku telah membelikan sebuah organ (bukan dari segi anatomi tetapi alat muzik, terima kasih) untuk aku sebab dia perasan aku suka sangat bermain dengan keyboard analog mainan berwarna merah aku. Walaupun aku berhenti kelas organ tidak lama sebab itu (sebab aku [...]

May 15, 2009 70

Kerana Kerenah.

By in Layan Diri

Semalam, setelah lebihkurang 20 tahun aku terserempak dengan rakan sekelas aku dahulu. Masa kamu berumur 14 tahun, dunia kamu masih kecil. Segala apa pengaruh di sekeliling kamu ialah apa yang kamu nampak dengan mata kamu serta apa yang ibu bapa, adik beradik serta rakan-rakan kamu beritahu kamu. Pada umur 14 tahun persepsi dunia kamu memang [...]

May 14, 2009 32

OT! (Oh Tuhanku! = OMG = Oh My God!) Bahagian 24.

By in Layan Diri, Malam Semalam, OT!, Panduan

Koleksi Supra baru. (Dicilok dari highsnobiety.com) Yang kelakarnya selepas kejayaan Supra Skytop, banyak syarikat-syarikat lain yang mula keluarkan kasut yang seakan-akan Skytop. Lihat saja Reebok Berlin, Nike Flytop (nama pun lebih kurang) dan Rocawear R+ Evolution. Apa pendapat kamu?

Tags:

Get Adobe Flash playerPlugin by wpburn.com wordpress themes