Archive for the ‘Pemerhatian’ Category

December 31, 2010 18

Kamu Tahu Kamu Tua Bila…

By in Pemerhatian, Senarai, Youtube

Aku kagum melihat budak-budak muda zaman sekarang. Semuanya disuapkan ke dalam mulut, sampai hendak pakai Google pun malas. Hidup memang senang, jika dibandingkan zaman dahulu. Semestinya kalau kita hidup dalam era mana-mana pun, pasti ada jurang generasi antara yang muda dan tua. Walaupun tidak seteruk jurang yang wujud 15, 20 tahun dahulu, tetapi jurang itu [...]

December 28, 2010 10

Pantang Larang Twitter.

By in Pemerhatian, Senarai

(Gambar logo Twitter di dunia sebenar) Aku rasa semua sudah tahu yang dalam setahun kebelakangan ini aku lebih aktif dalam Twitter, dan baru-baru ini Formspring aku pun boleh tahan pengunjungnya. Walaupun aku sudah lama guna Twitter (aku termasuk dalam generasi yang buat kemaskini menggunakan SMS 4 tahun yang lepas), ada beberapa tweet yang selalu buat [...]

November 18, 2009 45

Komersialisasi.

By in Pemerhatian, Pendapat

Salah satu naluri manusia ialah untuk kelihatan menarik. Mungkin atas sebab itu ramai di antara kita yang mencari fesyen serta trend terbaru untuk dijadikan ikutan, tidak kurang juga mereka yang sendiri memulakan revolusi serta trend fesyen tersendiri. Semasa aku membesar dahulu, memang agak sukar untuk mendapatkan produk yang aku lihat di dalam majalah atau kaca [...]

Tags:

August 25, 2009 84

10 Perkara Yang Aku Perhatikan Tentang Peniaga Melayu.

By in Pemerhatian, Senarai

Orang kita memang suka berniaga. Asalkan boleh dapat wang ringgit, memang gembira. Jadi di sini aku ingin membincangkan bersama pemerhatian yang aku buat tentang peniaga-peniaga Melayu. ‘Peniaga Melayu’ di sini merujuk kepada perniagaan yang lebih konvensyenal dan umum, bukan pengusaha blogshop misalnya. Aku rasa mungkin aku ada menyentuh tentang kandungan senarai di bawah di dalam [...]

June 16, 2009 42

Apa Pembaca-Pembaca Aku Cari.

By in Layan Diri, Pemerhatian

Aku sebenarnya pernah menulis tentang perkara ini dahulu, iaitu di nukilan ini dan juga ini, tetapi apa kata kita imbas kembali carian-carian terkiri (yang terpilih) yang kamu semua buat untuk sampai ke blog aku, ya? bomoh seks, seks dengan bomoh, bomoh, aku main dengan bomoh wanita – Apa tarikannya sebenarnya? Kenapa ramai yang suka cari [...]

May 22, 2009 33

Tiada Muzik Tiada Kehidupan.

By in Layan Diri, Pemerhatian

(Gambar Sigur Ros) Aku ingat lagi ketika aku berumur 8 atau 9 tahun, ayah aku telah membelikan sebuah organ (bukan dari segi anatomi tetapi alat muzik, terima kasih) untuk aku sebab dia perasan aku suka sangat bermain dengan keyboard analog mainan berwarna merah aku. Walaupun aku berhenti kelas organ tidak lama sebab itu (sebab aku [...]

May 7, 2009 70

Aku Ada Satu Idea, Baik Punya!

By in Pemerhatian, Pendapat

Semenjak dua-menjak ini kita semua digemparkan dengan pelbagai kisah penyangak dan perompak bermotor yang bergelar peragut yang bukan sahaja mencuri harta benda orang, malah menyebabkan kematian. Tidak lupa juga kisah Mat-Mat Rempit yang bermaharajalela di jalanraya dan menyebabkan kesusahan orangramai dan pengguna jalanraya lain. Dan juga masalah-masalah pengangkutan awam yang tidak mencapai tahap yang sepatutnya. [...]

April 30, 2009 59

Etika Tempat Kerja Bila Majoritinya Melayu.

By in Layan Diri, Pemerhatian

Aku rasa mulai dari sekarang akan berkuranglah siri nukilan ‘Apa Yang Tidak Kena‘, sebab sumber gambar-gambar menarik aku di Flickr telah pun hilang. Memang agak mengecewakan. Jika kamulah pengusaha laman Flickr tersebut, aku sarankan agar kamu tidak menyerah kalah dan teruskan memburu gambar-gambar menarik, ya? (Tolong!) Dalam beberapa minggu kebelakangan ini suasana di tempat kerja [...]

April 22, 2009 58

Satu Nukilan Tentang Idea ‘Kelompok’.

By in Pemerhatian, Pendapat

Sebelum ini aku ada banyak menulis tentang idea berkelompok di dalam masyarakat Melayu, di dalam nukilan ‘Proses Pencarian Kandang Kamu‘, ‘Sila Letak Tajuk Ke-Melayuan Di Sini‘, dan ‘Kita Semua Lembu‘. Aku masih tertarik dengan tajuk ini, dan masih ingin mengupas tentang fenomena yang bukan sahaja dipupuk dari kecil di dalam adat Melayu, tetapi juga di [...]

April 21, 2009 53

Kepentingan Budaya Kroni. Mungkin.

By in Pemerhatian, Pendapat, Politikus

Aku tertanya-tanya juga mengapa Malaysia masih tidak mengalami kegawatan seteruk negara-negara lain, termasuklah Singapura, Jepun dan Amerika Syarikat. Malah, menurut kajian, ekonomi Malaysia (menurut kesihatan bursa sahamnya) hanya berada di tempat kedua di belakang Korea Selatan sepanjang tahun 2008. Jadi timbullah perbincangan di antara aku dan rakan sekerja, tentang mengapa sebenarnya fenomena ini berlaku. Jangan [...]

April 16, 2009 32

Apa Pembaca-Pembaca Aku Cari.

By in Panduan, Pemerhatian

OK, aku buat perubahan sedikit, semata-mata untuk meminimalkan lagi muka depan blog aku. Aku rasa mungkin cukup minimal. Rekaan sebelum ini makin lama aku tengok makin tak boleh bla. Jadi sekarang aku menggunakan khidmat Google Analytics untuk memantau aktiviti di dalam blog ini. Misalnya, sekarang kalau kamu baca blog ini, aku tahu warna dan jenis [...]

April 13, 2009 49

Satu Masalah Dan Satu Penyelesaian.

By in Layan Diri, Pemerhatian, Pendapat

Apabila aku dapat tahu bahawa kerajaan akan memperkenalkan gambar-gambar ngeri yang akan diletakkan pada setiap kotak rokok yang dijual, aku bayangkan tiada banyak masalah. Rokok di Singapura misalnya, sudah lama memperkenalkan undang-undang sebegini, dan gambar-gambar yang diletakkan di kotak-kotak rokok sana memang tidak membuatkan aku fikir apa-apa. Tetapi gambar yang dipilih kerajaan Malaysia memang brutal. [...]

March 25, 2009 34

Contoh Terbaik ‘Cakap Serupa Bikin’.

By in Pemerhatian, Pendapat

Di dalam kehidupan seharian, aku jumpa banyak jenis manusia. Dan di antara manusia yang aku jumpa, sudah pastinya aku terjumpa mereka yang benar-benar percaya tentang sesuatu, sama ada ianya mentaliti tentang sesuatu, cara hidup, aliran politik atau agama dan macam-macam lagi. Tetapi ramai juga yang cakap bahawa mereka berasaskan sesuatu yang penting di dalam kehidupan, [...]

March 19, 2009 29

Beza ‘Replicas’, ‘Rejects’, ‘Fakes’ dan ‘Knock-Offs’.

By in Panduan, Pemerhatian

Aku rasa mungkin ramai yang tak tahu beza tentang jenis-jenis barangan yang tergolong di dalam kategori di atas. Mungkin definisi aku salah, tetapi aku akan cuba terangkan berdasarkan maklumat industri yang aku tahu, OK? Apa Kejadahnya ‘Replicas’?Katakan kamu sebuah syarikat produk terkemuka seperti Supra. Mengikut trend pemasaran sedunia, agak munasabah untuk sebuah syarikat pengeluaran sekarang [...]

March 1, 2009 14

Apa??? Oh! Tidak Mungkin!

By in Layan Diri, Pemerhatian

Aku harap ini mungkin kerana dalam bulan Februari hanya ada sejumlah 28 hari sahaja tahun ini. Sekarang lihat dan nangis. (Now look and weep.)

February 26, 2009 28

Pemerhatian Hujung Minggu.

By in Pemerhatian, Pendapat

(Maaf tiada gambar. Tiada kamera lagi.) Baru-baru ini aku telah ke kawasan Bukit Bintang, untuk membeli-belah. (Membeli-belah pada aku merupakan satu penyakit yang amat melemahkan. Melemahkan situasi kewangan.) Kalau kamu semua tidak tahu, kawasan Bukit Bintang yang aku kenal dahulu memang jauh berbeza dari yang ada sekarang. Tiada lagi Sekolah Menengah Perempuan Bukit Bintang, tiada [...]

Get Adobe Flash playerPlugin by wpburn.com wordpress themes