Aku baca balik tulisan Zombie di Malaysia 01 dan aku akui memang agak lemah. Mungkin agak sukar untuk mendapat kembali rentak penulisan yang aku suka. Harap-harap penulisan kali ini tidak membuatkan aku muntah darah. (Kebetulan juga muntah darah merupakan satu simptom transformasi menjadi zombie.) Kalau kamu ikuti filem-filem zombie, kebiasaannya filem tersebut akan mengikuti kisah [...]
Archive for the ‘Pendapat’ Category
Perihal Gelang Dan Ali Baba.
By Melayu Minimalis in Pendapat(Gambar dipetik dari sini.) Orang Melayu memang suka pada benda-benda yang kononnya boleh membantu ‘menyihatkan’ tubuh badan, membantu pengaliran darah, buat kepala pandai, itu dan ini. Atas alasan inilah orang-orang seperti AC Mizal berjaya menyeleweng orang-orang Melayu dengan skim piramidnya yang berasaskan produk ‘gelang magnet’. Kalau kamu hendak betah mengatakan gelang itu memang mujarab, itu [...]
Apa Yang Aku Sarankan Untuk 2011.
By Melayu Minimalis in Panduan, PendapatSetelah berbulan-bulan tidak bersuara di persada Internet sudah tentu ada pelbagai perkara yang aku ingin kongsikan bersama. Salah satu perkara yang aku bangga aku tulis di dalam blog ini adalah nukilan-nukilan yang berkenaan cara pemikiran (set minda) serta cara-cara merevolusikan minda sendiri. Jauh di lubuk hati mungkin aku ada berharap yang penulisan aku telah dapat [...]
9 Sebab Mengapa Melayu Tidak Boleh Jadi Wolverine.
By Melayu Minimalis in Layan Diri, PendapatBulan Disember ini tiba-tiba Astro rajin pula menyiarkan wayang siri X-Men. Akibatnya aku tertonton dan tertonton lagi, dan walaupun terlambat, aku kemudiannya membeli DVD haram ‘Wolverine’ untuk memuaskan minat mutan aku. Walaupun aku masih kurang setuju dengan pilihan Hugh Jackman sebagai watak Wolverine (sebab kalau kamu gila mutan kamu akan tahu yang Wolverine itu sebenarnya [...]
Komersialisasi.
By Melayu Minimalis in Pemerhatian, PendapatSalah satu naluri manusia ialah untuk kelihatan menarik. Mungkin atas sebab itu ramai di antara kita yang mencari fesyen serta trend terbaru untuk dijadikan ikutan, tidak kurang juga mereka yang sendiri memulakan revolusi serta trend fesyen tersendiri. Semasa aku membesar dahulu, memang agak sukar untuk mendapatkan produk yang aku lihat di dalam majalah atau kaca [...]
Tags: featured
Cuba Try Test Tengok.
By Melayu Minimalis in PendapatKadangkala di sebalik kesejagatan kaum yang kita inginkan akan ada perkara-perkara yang berlaku yang akan buat aku tersentak. Perkara-perkara memalukan yang mungkin juga berlaku akibat usia negara kita yang boleh dikatakan masih muda. Pada pendapat aku, selagi perkataan toleransi digunakan dan bukan kesefahaman, selagi itu kita akan melihat jiran kita dengan syak wasangka. Kamu tidak [...]
OK, Line Clear.
By Melayu Minimalis in PendapatNampak gayanya huru-hara semenjak hari Isnin lalu semakin reda. Mamat yang sah positif virus H1N1 telah pun pulang ke rumah, dan rakan-rakan terdekat yang lain juga nampaknya negatif. Selamat. Aku pun, walaupun terperangkap di rumah akibat dikuarantin (menurut surat kuarantin yang aku terima, kalau aku melanggar kuarantin sehingga Khamis ini aku boleh dipenjarakan atau didenda [...]
5 Orang Yang Aku Hendak Lepak Sama-Sama Dalam Industri Hiburan Tanahair.
By Melayu Minimalis in Pendapat, SenaraiJadi berdasarkan pandangan yang aku terima dari nukilan ‘Soalan Cepu Emas’ hari itu, aku tergerak hati untuk menulis topik untuk hari ini. Senarai di bawah merupakan senarai orang/artis yang masih aktif atau sekurang-kurangnya masih hidup ketika ini, dan cuba teka di antara nama-nama di bawah ini mana satu yang aku benar-benar pernah berjumpa dan lepak [...]
9 Sebab Mengapa Melayu Tidak Boleh Jadi Terminator.
By Melayu Minimalis in Pendapat, SenaraiMalam tadi aku menonton Terminator: Salvation. Walaupun persembahan Christian Bale memang bagus dan kesan khas filem tersebut memang unggul, aku rasa jalan ceritanya agak meh. Jadi malam tadi, seperti biasa, aku terfikir tentang 9 Sebab Mengapa Melayu Tidak Boleh Jadi Terminator. (Aku suka menonton filem Amerika dan letakkannya di dalam konteks pemikiran Melayu. Seperti 9 [...]
Ingatkah Kamu Zaman Kegelapan Kamu?
By Melayu Minimalis in Panduan, PendapatAku pasti ramai di antara kamu yang pernah melalui zaman kegelapan kamu. Jadi semalam aku dan rakan-rakan rapat telah makan bersama-sama. Seperti biasa bila berborak pasti ada topik-topik yang menarik. Dan topik yang memang menjadi kegemaran sekarang ialah tentang zaman kegelapan bersama-sama dahulu. Dan zaman kegelapan kami memang gelap. Zaman berkongsi wang untuk membeli DVD [...]
Aku Ada Satu Idea, Baik Punya!
By Melayu Minimalis in Pemerhatian, PendapatSemenjak dua-menjak ini kita semua digemparkan dengan pelbagai kisah penyangak dan perompak bermotor yang bergelar peragut yang bukan sahaja mencuri harta benda orang, malah menyebabkan kematian. Tidak lupa juga kisah Mat-Mat Rempit yang bermaharajalela di jalanraya dan menyebabkan kesusahan orangramai dan pengguna jalanraya lain. Dan juga masalah-masalah pengangkutan awam yang tidak mencapai tahap yang sepatutnya. [...]
Satu Nukilan Tentang Idea ‘Kelompok’.
By Melayu Minimalis in Pemerhatian, PendapatSebelum ini aku ada banyak menulis tentang idea berkelompok di dalam masyarakat Melayu, di dalam nukilan ‘Proses Pencarian Kandang Kamu‘, ‘Sila Letak Tajuk Ke-Melayuan Di Sini‘, dan ‘Kita Semua Lembu‘. Aku masih tertarik dengan tajuk ini, dan masih ingin mengupas tentang fenomena yang bukan sahaja dipupuk dari kecil di dalam adat Melayu, tetapi juga di [...]
Kepentingan Budaya Kroni. Mungkin.
By Melayu Minimalis in Pemerhatian, Pendapat, PolitikusAku tertanya-tanya juga mengapa Malaysia masih tidak mengalami kegawatan seteruk negara-negara lain, termasuklah Singapura, Jepun dan Amerika Syarikat. Malah, menurut kajian, ekonomi Malaysia (menurut kesihatan bursa sahamnya) hanya berada di tempat kedua di belakang Korea Selatan sepanjang tahun 2008. Jadi timbullah perbincangan di antara aku dan rakan sekerja, tentang mengapa sebenarnya fenomena ini berlaku. Jangan [...]
Satu Masalah Dan Satu Penyelesaian.
By Melayu Minimalis in Layan Diri, Pemerhatian, PendapatApabila aku dapat tahu bahawa kerajaan akan memperkenalkan gambar-gambar ngeri yang akan diletakkan pada setiap kotak rokok yang dijual, aku bayangkan tiada banyak masalah. Rokok di Singapura misalnya, sudah lama memperkenalkan undang-undang sebegini, dan gambar-gambar yang diletakkan di kotak-kotak rokok sana memang tidak membuatkan aku fikir apa-apa. Tetapi gambar yang dipilih kerajaan Malaysia memang brutal. [...]
Contoh Terbaik ‘Cakap Serupa Bikin’.
By Melayu Minimalis in Pemerhatian, PendapatDi dalam kehidupan seharian, aku jumpa banyak jenis manusia. Dan di antara manusia yang aku jumpa, sudah pastinya aku terjumpa mereka yang benar-benar percaya tentang sesuatu, sama ada ianya mentaliti tentang sesuatu, cara hidup, aliran politik atau agama dan macam-macam lagi. Tetapi ramai juga yang cakap bahawa mereka berasaskan sesuatu yang penting di dalam kehidupan, [...]
Luahan Hati Seorang Pembaca.
By Melayu Minimalis in Layan Diri, PendapatAku terima e-mel ini tempohari. Seorang pembaca bergelar ‘kareer girl’ telah menulis dan meminta nukilannya diterbitkan. Disebabkan aku seorang yang pemurah hati dan handal kung-fu, aku makbulkan permintaannya. Maaf, perkara sebegini hanya akan berlaku sekali sahaja. Segala permintaan untuk menerbitkan penulisan selain dari penulisan aku akan dikenakan bayaran yang sepatutnya. aku benci lelaki melayu Aku [...]