Archive for the ‘Soalan Cepu Emas’ Category

April 25, 2010 40

Tengah Malam Sabtu aka Soalan Cepu Emas 11.

By in Layan Diri, Soalan Cepu Emas

Dalam dua, tiga minggu kebelakangan ini aku banyak keluar berjumpa orang. Bukan hendak katakan yang sebelum ini aku sedang asyik bertapa di dalam gua dan tidak berjumpa dengan orang langsung, tetapi mungkin sebab aku kurang berbasikal sekarang (sebab basikal masih menunggu aku di Milan) aku terpaksa gantikan aktiviti berbasikal dengan aktiviti-aktiviti lain. Seperti biasa apabila [...]

March 24, 2010 24

Soalan Cepu Emas 10.

By in Soalan Cepu Emas

Aku baru ingat yang salah satu ruangan paling popular dan paling banyak respon dari para pembaca aku ialah siri nukilan Soalan Cepu Emas. Asyik kamu sahaja yang bertanyakan soalan kepada aku, apa kata kali ini aku pula yang tanya soalan. (Banyak soalan ni!) Seperti yang ramai di antara kamu yang boleh agak (dari membaca nukilan-nukilan [...]

August 24, 2009 89

Soalan Cepu Emas 9.

By in Soalan Cepu Emas

Sebentar tadi aku baru sahaja selesai menonton rancangan ‘The Science of Sex Appeal’ di Discovery Channel. Pada aku memang amat menarik, sebab aku memang selalu tertanya-tanya mengapa citarasa seseorang itu berlainan dari citarasa yang seorang lagi di kala mencari pasangan. Macam aku, aku memang cerewet apabila mencari pasangan. Selain dari rupa fizikal (kamu penipu jika [...]

August 4, 2009 176

Soalan Cepu Emas 8. (Edisi Berat)

By in Soalan Cepu Emas

Aku terbaca tentang artikel yang diterbitkan dalam Utusan Malaysia hari ini (sila Google, bukan sukar untuk mencari artikel yang aku maksudkan), yang aku rasa memang amat memalukan aku sebagai seorang rakyat Malaysia. Antara perkataan yang digunakan, ‘bacul’, ‘pengecut’, ‘ketuanan’, ‘dicabar’. Aku rasa kamu pun mungkin faham artikel apa yang aku maksudkan di sini, bukan? Tolonglah. [...]

June 24, 2009 62

Soalan Cepumas 7.

By in Soalan Cepu Emas

Hello you all kawan-kawan semua! Abang hari ni gembira sekali you all! Bukan apa, Abang sekarang bebaaaaz dari masalah, hidup pun boleh dikatakan senang. Walaupun blog ini kadang2 ada comments dari lelaki tak berkonek atau perempuan tak bertetek yang comment macam2, tapi Abang tak pedulikan ajerks.. Hihihi. Biarkan jer la kan? Siapa makan cili dia [...]

June 16, 2009 69

Soalan Cepu Emas 6.

By in Soalan Cepu Emas

(Gambar sekadar hiasan.) Aku sekarang betul-betul sedang memikirkan arah tujuan blog ini. Selepas hampir 2 tahun, aku rasa macam aku sudah tiada apa untuk ditulis lagi. Pemerhatian manusia dan kajian sosial itu sememangnya memenatkan, dan selain dari gambar-gambar aku dan saranan tentang muzik, band dan benda-benda yang menarik minat aku, aku rasa status blog ini [...]

May 18, 2009 61

Soalan Cepu Emas 5.

By in Soalan Cepu Emas

(Gambar idola aku.) “Adakah kamu akan meneruskan perhubungan dengan kekasih kamu jika tidak mendapat restu ibubapa sehinggakan kamu terpaksa keluar secara bersembunyi? Seerat mana pun perhubungan dan janji kamu berdua untuk kekal bersama sehingga mendapat restu (ataupun tidak), masih tiada cara untuk menilik apa yang benar-benar akan berlaku di masa hadapan, bukan? Jadi apa tindakan [...]

April 9, 2009 33

Soalan Cepu Emas 4.

By in Soalan Cepu Emas

Sudah dekat dua bulan aku tidak masukkan nukilan siri ‘Soalan Cepu Emas‘. Asyik-asyik kamu semua yang tanya aku, tapi soalan aku siapa mahu jawab? Jadi hari ini aku terfikir sesuatu yang benar-benar dekat di hati. Tiap kali aku terserempak dengan rakan-rakan sedarjah masa sekolah rendah dan sekolah menengah aku dahulu, sudah pasti aku dan rakan [...]

February 17, 2009 27

Soalan Cepu Emas 3.

By in Soalan Cepu Emas

Di dalam bidang pekerjaan aku, aku dapat berjumpa dengan pelbagai jenis orang, dari berbagai kelas. Akibat dari pergaulan yang dengan ramai manusia ini, aku selalu dapat perhatikan pelbagai perangai manusia, biasanya di dalam konteks pekerjaan-lah. Dan semestinya di dalam mana-mana pekerjaan pasti akan ada satu tahap di mana kamu boleh berkata kepada diri kamu yang [...]

February 14, 2009 96

Soalan Cepu Emas 2.

By in Soalan Cepu Emas

Sempena Hari Kekasih yang diharamkan sambutannya oleh sesetengah ulama, aku ingin mengambil kesempatan di sini untuk mengucapkan Selamat Hari Kekasih kepada semua yang konon-kononnya ingin berkongsi hari yang romantis bersama kekasih. Sebenarnya tiap-tiap hari sepatutnya hari yang romantis untuk kamu dan kekasih kamu. Tiada sebab untuk kamu berkasih sayang selama 364 hari lain yang bukan [...]

December 13, 2008 12

Hari Yang Mendung. (Mungkin Juga Siri ‘Soalan Cepu Emas’ Yang Samar.)

By in Layan Diri, Soalan Cepu Emas

Hari ini, kalau tidak hujan, hanya hari yang mendung sahaja. :( Aku pernah obses dengan Nine Inch Nails dahulu, ketika zaman-zaman muzik industrial aku dahulu (Cerita Lain). Projek diketuai Trent Reznor ini memang terkenal dengan lirik melankolinya, yang menjurus kepada sifat-sifat benci diri, kemarahan, ego, seks dan eksplorasi pendirian yang biasanya negatif. Walaupun muziknya mungkin [...]

December 2, 2008 12

Post-Mortem Soalan Cepu Emas 1.

By in Layan Diri, Soalan Cepu Emas

Seperti biasa, aku telah menulis dengan panjang lebar sebagai respon kepada banyak komen di nukilan sebelum ini, dan seperti biasa aku telah memadam semuanya dan mula menulis balik. Aku cuma ada tiga saranan untuk semua. 1) Pergi baca buku ‘Di Balik Malaysia: Dari Majapahit Ke Putrajaya’ hasil karangan Farish A. Noor. Boleh didapati di Borders, [...]

December 1, 2008 105

Soalan Cepu Emas 1.

By in Soalan Cepu Emas

Aku sebenarnya ada menulis nukilan panjang lebar tentang mentaliti umum orang kita dan bagaimana kadangkala aku sedih memikirkan nasib 90% dari kita yang tidak mampu maju atau tidak berkeinginan untuk maju, tetapi aku batalkan hasrat sebab aku rasa nukilan tersebut tidak mampu mengulas mesej yang aku ingin sampaikan. Tidak kelakar, berserabut, dan tidak berapa jelas. [...]

Get Adobe Flash playerPlugin by wpburn.com wordpress themes