Archive for the ‘Tafsiran’ Category

February 3, 2009 44

Tafsiran Mat Otot.

By in Tafsiran

Di tempat aku tinggal ini ada sebuah gim persendirian yang memang sentiasa meriah tiap-tiap hari. Aku boleh perhatikan lelaki-lelaki berotot kental yang turun naik gim, bermotivasi otot keras yang sanggup berusaha tiap-tiap hari untuk mendapatkan bentuk badan yang optima. Dan disebabkan sudah dua hari berturut-turut aku terserempak dengan mereka ini, apakata hari ini aku buat [...]

December 25, 2008 34

Tafsiran ‘Budak Pulau’.

By in Tafsiran

Aku memang suka berendam di dalam laut. Tidak kisah-lah laut yang mana, janji bersih, aman damai dan tidak berdekatan dengan kawasan perindustrian atau hospital. Jadi untuk berendam di dalam laut aku akan ke tepi pantai, atau ke kawasan kepulauan, walaupun sebenarnya sudah lebih setahun aku tidak menjejakkan kaki ke dalam laut. Dan kalau kamu perasan [...]

December 24, 2008 31

Tafsiran ‘Rockstar Terhad’.

By in Tafsiran

Tempohari ketika di pesta pemujaan makanan ringan yang aku sebut di nukilan sebelum ini, ada banyak band-band yang membuat persembahan di atas pentas papan lapis basah yang mempunyai khemah kecil khas untuk si pemain dram. Band-band ini semuanya sedang bertanding untuk memenangi kontrak rakaman di dalam pertandingan yang dianjurkan stesen radio yang hot, tetapi tidak [...]

December 21, 2008 36

Tafsiran ‘Mamat 2.0 @ Mat Shuffler’.

By in Tafsiran

Tempohari aku telah menghadirkan diri ke satu upacara pemujaan makanan ringan yang benar-benar menakutkan di tengah-tengah hutan buatan manusia (yang banyak nyamuk) di Subang. Selepas dihiburkan dengan band-band bingit yang memainkan lagu dangdut metal dan kurang fasih untuk berkomunikasi di dalam Bahasa Inggeris (kalau kurang fasih, gunakan sahaja Bahasa Malaysia. Tidak salah pun!), kami ditakutkan [...]

December 19, 2008 17

Tafsiran ‘Melayu Minimalis’

By in Tafsiran

Setelah lama berfikir dan menilai, aku persembahkan pemenang peraduan menulis tafsiran Melayu Minimalis tempohari. Jeng Jeng. Pemenangnya ialah Encik Munky Si Hanjeng. (Jijiknya nama.) Nah gambar pingat Dalai Lama sebagai hadiahnya. Maaf aku tidak menyunting penulisannya, sebab aku tidak dibayar gaji pun. (Aku harap semua penulis blog akan sedar betapa pentingnya proses suntingan apabila menulis, [...]

November 18, 2008 77

Tafsiran ‘Mamat’.

By in Tafsiran

(Gambar sekadar hiasan diambil dari sini.) Terlebih dahulu maaf jika nama kamu Mamat. Aku rasa golongan Mamat ini adalah golongan yang paling umum yang aku penuh buat tafsiran di sini. Aku pasti ramai antara kamu pernah berjumpa dengan mereka ini, dan aku tidak hairan jika kamu sendiri adalah seorang Mamat. Jadi untuk memastikan sama ada [...]

November 11, 2008 37

Tafsiran Minah Lasak Tudung Bandana.

By in Tafsiran

Hidup aku kebelakangan ini memang amat sibuk. Sibuk menghabiskan kerja sebelum aku berpindah ke tempat kerja yang baru, dan juga sibuk berpindah ke pejabat baru kerja lama. (Agak kelakar sebab dalam masa sebulan lebih aku akan ke pejabat lama kerja baru.) Tak faham? Tidak mengapa. Aku mendapat idea untuk menulis tafsiran ini sebab aku terserempak [...]

September 25, 2008 22

Tafsiran ‘Jaguh Internet’.

By in Tafsiran

Aku pasti kamu semua pernah dengar istilah ‘jaguh kampung’. Jaguh Internet pun lebihkurang sama, cuma versi moden untuk kita yang hidup di zaman Internet ini. Semenjak dua menjak ini aku rasa fenomena Jaguh Internet ini membuak-buak, mungkin sebab sekarang sudah semakin mudah untuk kita online di mana-mana. Juga sebab aku rasa mudah untuk sesiapa pun [...]

September 24, 2008 55

Tafsiran ‘Minah Jilbab Urban’.

By in Tafsiran

Baru-baru ini aku telah ke Restoran William’s di Kelana Jaya, dan aku telah duduk bersama-sama teman wanita di sebelah meja yang penuh dengan budak-budak Melayu yang sedang bersahur. Aku rasa mereka ini dari kalangan warga urban ibukota, yang jelas kedengaran dari cara mereka berbahasa Inggeris. Dari sini aku telah mendapat buah fikiran untuk nukilan hari [...]

September 15, 2008 44

Tafsiran ‘Azman’.

By in Tafsiran

Terlebih dahulu aku ingin memohon maaf jika nama kamu Azman. Tidak semestinya seorang yang bernama Azman itu adalah seorang ‘Azman’, dan jika kamu tidak faham apa yang aku maksudkan di sini teruskan membaca, ya? 1. Lelaki Melayu Terakhir. Sudah semestinya ‘Azman’ ini adalah seorang Melayu, biasanya Melayu asli, tidak ada darah kaum lain, tetapi mungkin [...]

July 16, 2008 17

Tafsiran ‘Datuk’.

By in Tafsiran

Bukan, aku bukan hendak bercerita pasal ayah kepada ayah atau ibu kamu, tetapi berkenaan satu golongan istimewa, yang aku pasti ramai antara kamu yang pernah jumpa. Ok-lah, sebenarnya aku tak tahu berapa istimewa pun, tapi faham-faham sajalah. Jadi, seperti biasa, ini hanyalah pendapat aku sahaja, jadi jangan ambil hati kalau aku secara tidak sengaja berjaya [...]

June 14, 2008 17

Tafsiran ‘Jakun’.

By in Tafsiran

Sebelum aku mula hari ini, aku terlebih dahulu ingin meminta maaf jika kamu berketurunan dari suku kaum Jakun. OK? Aku sebenarnya ingin menulis perihal golongan ini sejak dari lama dahulu, cuma asyik terlupa. Kalau orang Singapura dan Budak Pulau (Cerita Lain…) terkenal dengan sifat ‘kiasu’ mereka, kita di sini memang terkenal dengan sifat ‘jakun’ kita. [...]

May 1, 2008 13

Tafsiran Lelaki Metroseksual Melayu.

By in Tafsiran

Semalam, ketika berjalan-jalan di One Utama, aku telah terlihat seorang lelaki Melayu yang ‘salah’. ‘Salah’ di sini bermaksud tidak kena, atau janggal, atau terencat. Ketika ditanya, aku cakap kat Pidosan, “Aku tengah cari idea untuk nukilan esok.” Jadi untuk hari ini, aku ingin terangkan pemerhatian aku tentang Lelaki Metroseksual Melayu (LMM). Bukan, tiada kena mengena [...]

April 30, 2008 7

Tafsiran Kokokaina.

By in Tafsiran

Selain dari Gisele Bundchen, Kate Moss, David Beckham dan Oprah Winfrey, salah seorang pembaca tetap blog ini yang paling terkenal ialah Kokokaina. Akibat kesalahan maklumat yang amat memalukan kredibilit ketika menulis nukilan ini, Kokokaina telah bermurah hati berjumpa dengan aku sendiri tanpa peguam, pengurus, make-up artist dan pembantu peribadinya (gurau sahaja, ok?) untuk memperbetulkan fakta-fakta [...]

April 22, 2008 19

Tafsiran ‘Blogger’ Malaysia.

By in Tafsiran

Aku rasa ramai perasan semenjak pilihanraya awam yang lalu, kerajaan kita telah mula memberi perhatian kepada kuasa dan pengaruh Internet. Bukan Internet sebenarnya, tetapi pendapat-pendapat, tak kira yang betul ataupun yang salah, yang boleh disiarkan sebebas-bebasnya di alam maya. Sebebas John. Sampaikan sekarang ramai menteri-menteri kita sudah mula mempunyai blog sendiri. Sama ada dia tulis [...]

January 28, 2008 48

Tafsiran ‘Ingin Jadi©’

By in Tafsiran

Salah satu perkara yang aku perasan menjadi perbincangan hangat di kalangan ramai orang muda kita ialah perbincangan mengenai kredibiliti yang berkait dengan budaya popular. Kata mereka, bila sesuatu/seseorang itu menjadi ‘rare‘. (Aku kurang setuju dengan istilah ini.) Minta maaf, tetapi seperti yang aku katakan dalam nukilan ini, dengan segala langkah-langkah globalisasi, pertembungan budaya dan kemajuan [...]

Get Adobe Flash playerPlugin by wpburn.com wordpress themes