Archive for the ‘Tafsiran’ Category

January 23, 2008 11

Tafsiran Industri Porno Amatur Melayu.

By in Tafsiran

Sejak kemunculan kamera digital, telefon bimbit berkamera dan komputer berwebcam memang agak mudah bagi sesiapa sahaja untuk menghasilkan mahakarya berdasarkan kreativiti masing-masing. Terutamanya yang lucah. Jadi sebagai sokongan aku kepada industri amatur kita yang masih bayi lagi ini (dan sebagai langkah pertama untuk mengklasifikasikan secara sistematik genre-genre filem/video/gambar yang wujud di dalam dunia Internet Melayu) [...]

January 6, 2008 30

Tafsiran ‘Kampung’.

By in Tafsiran

Aku sudah lama tidak dipanggil ‘kampung’. Mungkin secara separa sedar keinginan aku untuk digelar urban dan moden membuatkan aku berhati-hati tiap kali aku melangkah keluar dari rumah aku atau ketika aku bersuara. Mungkin kamu pernah dengar istilah ini digunakan terhadap kamu. Mesti. “Kau kampung lah…” “Ish, takkan nak buat camtu, gila kampung…” Ya, istilah ‘kampung’ [...]

December 13, 2007 24

Tafsiran ‘Minah Kelabing’

By in Tafsiran

Aku rasa dalam ramai-ramai wanita di Lembah Kelang, wanita dari golongan inilah yang aku paling jauhkan diri. Bukan apa, cuma aku sangsi dengan kemesraan yang mungkin berpudar selepas mereka selesai melayan gian mereka. Kalau kamu masih tidak faham, istilah ‘kelabing’ di sini bererti clubbing. Cuma aku tukar sedikit sebab mungkin aku Melayu dan aku perasan [...]

November 29, 2007 28

Tafsiran ‘Lelaki Ampang’

By in Tafsiran

Aku rasa aku ada menyentuh sedikit tentang golongan ini di dalam nukilan paling popular aku setakat ini, dan aku rasa sudah sampai masa aku ceritakan sedikit pemerhatian aku tentang golongan yang digelar Lelaki Ampang. Sebelum itu, perlu aku jelaskan kepada yang bodoh bahawa ini bukan pengkelasan khusus diatas faktor geografi, tetapi hanyalah pengamatan am yang [...]

October 9, 2007 23

Tafsiran Kelompok-Kelompok Budak ‘Underground’, Bahagian 2.

By in Tafsiran

Aku tak minum arak masa bulan puasa. Maaf Mike. Dan aku sudah jarang ke kelab malam. Mungkin nanti lepas habis self-imposed confinement aku. Amacam? Hari tu ada arak percuma di Rumah Di Atas Bukit kau tak datang… Saja jer, buat statement. Kita sambung. Tralala… Lihat nukilan sebelum ini untuk Bahagian 1, ya? (Bjork sedang berkumandang [...]

October 9, 2007 14

Tafsiran Kelompok-Kelompok Budak ‘Underground’ Bahagian 1.

By in Tafsiran

Aku memang minat muzik, tapi malangnya kerjaya aku sebagai ahli fizik nuklear tidak membolehkan aku untuk meluangkan masa dengan muzik. Sikit-sikit bolehlah, sekadar layan iTunes, melayari Myspace sambil melihat gambar lurah dada perempuan Melayu cukup umur, dan memuat-turun lagu dari Soulseek. (I Am David Sparkle sedang berkumandang. Kalau kamu nak tahu, nama band dari Singapura [...]

September 29, 2007 30

Tafsiran Lolita Goth Times Square.

By in Tafsiran

Kadang kala bila kita duduk di rumah, di hujung minggu, tiada kerja, otak kita akan fikir macam-macam. Seperti hari ini. Aku rasa dalam semua golongan yang aku ‘tafsirkan’, golongan inilah yang paling istimewa. Sebenarnya aku mula-mula terjumpa pasal mereka ini dari forum Malaise. Pada waktu itu, kalau kita lihat di Myspace, memang bersepah laman budak-budak [...]

September 28, 2007 27

Tafsiran Wanita Ampang.

By in Tafsiran

Sebelum aku mula, aku ingin katakan di sini aku betul-betul berterima kasih atas segala komen dan pandangan yang diberikan. So many lovers, no haters. :) Aku hanya berkarya berdasarkan pengalaman aku, yang terpaksa bekerja dengan ramai orang tiap-tiap hari. (Memang sudah menjadi lumrah ahli fizik nuklear yang memang terpaksa berdepan dengan banyak karenah orang…) Terima [...]

September 26, 2007 49

Tafsiran Minah Tudung Ketat.

By in Tafsiran

Di bulan Ramadhan ini, mari kita sama-sama renungkan tentang satu golongan masyarakat yang aku rasa boleh dijumpa di mana-mana di dalam negara kita. Minah Tudung Ketat. Jangan disalahanggapkan seperti Minah Tudung Biasa. Minah Tudung Ketat berbeza sedikit. Sebenarnya banyak lah. Jadi di sini aku ingin senaraikan pemerhatian aku tentang golongan teristimewa ini, dan cuba lihat [...]

September 20, 2007 40

Tafsiran Mat Belia.

By in Tafsiran

Aku pasti ramai yang terhibur dengan nukilan bersiri ‘Tafsiran” aku. Macam-macam orang sudah aku ‘tafsirkan’, jadi kali ini aku nak cuba nukilkan pemerhatian aku tentang satu golongan istimewa ini. Mesti ramai dah jumpa mereka ini, dan mungkin juga kamu salah seorang dari mereka. Jika ya, sila berikan komen jika aku ada membuat kesilapan dalam pemerhatian [...]

September 5, 2007 16

Tafsiran ‘Perempuan Hipster’ Melayu.

By in Tafsiran

Aku baru sedar bahawa nukilan aku di bawah ini berkenaan hipsters mendorong ke pihak lelaki. Jadi sebagai addendum kepada pemerhatian tersebut, aku persembahkan, ‘Perempuan Hipster’. Versi Melayu. 1. Citarasa muzik seperti yang disebut sebelum ini, tetapi sudah tentu memihak kepada band-band atau penyanyi indie yand segak bergaya berseluar ketat. Aku tak tahu kenapa tetapi Damien [...]

September 4, 2007 30

Tafsiran ‘Hipster’ Malaysia.

By in Tafsiran

Mungkin untuk mereka yang tak kenal aku, sekali pandang akan menganggap aku seorang hipster. Maaf, tapi zaman untuk aku jadi seorang hipster sudah pun berakhir. I am beyond that. Aku jarang mengikuti trend. Malah, di KL ni aku tergolong di dalam orang yang dikatakan opinion leaders. Ramai agensi-agensi kreatif memanggil aku, meminta pendapat aku tentang [...]

August 22, 2007 101

Tafsiran ‘Perempuan Ampang’.

By in Tafsiran

Aku sebenarnya malas untuk menulis lagi hari ini, tetapi baru sebentar tadi, semasa aku sedang makan nasi lemak (yang tak berapa sedap pun) di salah satu Kopitiam kegemaran aku, aku telah terserempak dengan sekumpulan mereka. Mereka Yang Digelar Perempuan Ampang. Ya, aku tahu aku telah menulis sedikit hal berkenaan kumpulan sosial ini di sini, tetapi [...]

August 20, 2007 1

Tafsiran ‘Salahbrity’

By in Tafsiran

Istilah ‘Salahbrity’ ini pertama kalinya aku jumpa di muka belakang senaskhah majalah berbahasa Inggeris keluaran tempatan. (Pernah juga aku menolong majalah ini dengan mereka muka depan mereka, malangnya kedua-dua kawan aku yang pernah bekerja di majalah ini telah pun meletak jawatan. Gaji sudah tiga bulan tidak dibayar, kata mereka…) Jadi, apakah ‘Salahbrity’? Yang aku faham, [...]

Get Adobe Flash playerPlugin by wpburn.com wordpress themes