June 11, 2011 1

Dari Mata Android 02.

By in Dari Mata Android

image

Popularity: 86% [?]

June 11, 2011 1

Dari Mata Android 01.

By in Dari Mata Android

image

Bermulalah nukilan dari  android aku.

Popularity: 54% [?]

May 8, 2011 3

Lagu Hari Ini 36.

By in Lagu Hari Ini, Youtube

James Blake – Limit To Your Love

There’s a limit to your love
Like a waterfall in slow motion
Like a map with no ocean
There’s a limit to your love
Your love, your love, your love

There’s a limit to you care
So carelessly there, is it truth or dare
There’s a limit to your care
There’s a limit to your love
Like a waterfall in slow motion
Like a map with no ocean
There’s a limit to your love
Your love, your love, your love

There’s a limit to your care
So carelessly there, is it truth or dare
There’s a limit to your care

Popularity: 59% [?]

April 9, 2011 1

Lagu Hari Ini 35.

By in Lagu Hari Ini, Youtube

Popularity: 61% [?]

January 27, 2011 3

Malam Semalam Di Ibukota 113.

By in Malam Semalam

Tanzini, G Tower.

Popularity: 81% [?]

January 20, 2011 5

OT! (Oh Tuhanku! = OMG = Oh My God!) Bahagian 38.

By in OT!

Jil Sander Blue Sole Lace-Ups! Macam sudah lama tidak mengidam kasut!

Popularity: 81% [?]

January 16, 2011 12

Zombie di Malaysia 02.

By in Pendapat, Senarai

Aku baca balik tulisan Zombie di Malaysia 01 dan aku akui memang agak lemah. Mungkin agak sukar untuk mendapat kembali rentak penulisan yang aku suka. Harap-harap penulisan kali ini tidak membuatkan aku muntah darah. (Kebetulan juga muntah darah merupakan satu simptom transformasi menjadi zombie.)

Kalau kamu ikuti filem-filem zombie, kebiasaannya filem tersebut akan mengikuti kisah segerombolan manusia yang masih berupaya hidup dan berjuang menentang wabak zombie. Dan selalunya orang yang hidup biasanya Mat Salleh berpistol, Mat Salleh bergergaji motor dan sebagainya. Kita cuba lihat pula siapa yang bakal hidup di dalam konteks Malaysia.

2. Mereka Yang Mempunyai Peluang Hidup Yang Lebih Tinggi.

2a. Orang Rajin Ke Gim?
Seperti yang diberitahu oleh filem Zombieland, apabila Kiamat Zombie melanda Amerika, orang-orang yang pertama sekali putus nyawa (dan putus kaki, leher, telinga) ialah Orang-Orang Yang Ada Masalah Berat Badan. Jadi jika kamu jenis yang aktif dan rajin bersenam, bersukan, peluang kamu untuk hidup amat tinggi. Tetapi kalau difikirkan semula peluang jangkitan amat tinggi jika kamu rajin ke gim untuk bersenam, sebab kebiasaannya kalau di gim kamu akan guna bilik mandi yang dikongsi bersama (kecuali kamu pergi ke gim yang jenis angkat besi buruk dan simen). Kena cecair badan orang yang dijangkiti sudah tentu kamu akan bertukar jadi zombie.

Oleh itu janganlah bermain dan berkongsi cecair badan di tempat mandi awam.

2b. Bomoh Dan Pawang/Orang Kampung?
(Aku pasti mereka yang menggoogle ‘seks dengan bomoh’ pasti akan tiba di laman aku hari ini.) Aku pasti ketika wabak zombie ini bermula, orang yang mula-mula dijangkiti pastinya akan dikatakan ‘kena sampuk’ atau ‘kena buat’. Siapa lagi kalau bukan bomoh dan pawang yang akan mula-mula dicari agar dapat mengubati si zombie malang ini. Doktor mahal, lagipun pengeras biasanya tidak semahal harga ubat di klinik, janji nombor pelik seperti RM33.33 atau RM8.88.

Puh kiri puh kanan, aku jamin si zombie akan dapat menggigit tangan tok bomoh dan pawang ketika sibuk melibas kelibat zombie dengan daun-maun mistik dan ditekan biji saga. Sudah tentu apabila tok bomoh dan pawang bertukar menjadi zombie semua si polan yang ada akan menganggap ini proses ‘menurun’. Akibatnya lebih ramai yang jadi zombie, sebab rumah kampung biasanya berpintu sempit dan sukar untuk melarikan diri dengan cepat. Dan mungkin juga sifat peramah dan semangat perkampungan boleh menjadi satu masalah.

“Pak Leman! Nak pergi mana tu malam-malam?”
Ngap! (Usus terburai.)
“Yati, tak baik la kita berdua-duaan ni, nanti orang nampak….”
Ngap! (Tangan putus.)

Kalau di bandar orangnya semua sombong, dan kebiasaanya hubungan rapat antara manusia yang tidak dikenali akan dielakkan sama sekali, kecuali di waktu-waktu ingin menggesel-gesel dalam bas atau LRT sesak.

2c. Mat Rempit.
Aku rasa ketika wabak ini bermula nanti, orang-orang yang hero (seperti Awie, Jins Shamsuddin dan Azwan Ali) sudah tentu akan mengetuai kumpulan-kumpulan yang bakal menentang serangan zombie. Tidak kisahlah guna senapang patah, kayu hoki atau parang, mana-mana zombie yang kacau daun sudah pasti akan dipenggal kepala atau dimusnahkan otaknya.

Dan aku rasa ketika waktu darurat sebegini kalau diantara 30 zombie yang dibunuh kalau ‘tersilap’ masuk 3-4 orang rempit pun tidak ada orang yang akan tahu. Atau kisah.

2d. Budak Pavilion©
Aku rasa kamu semua pernah nampak. Sekali pandang macam zombie yang berpusu-pusu mengejar otak manusia di hujung minggu. Kes ‘collateral damage’ iaitu manusia normal yang terbunuh ketika wabak zombie semestinya akan berlaku di depan pintu masuk Pavillion. Oleh itu adik-adik semua, marilah kita kurangkan aktiviti melepak seperti zombie pakai kamera DSLR dan bersepatu Supra Skytop tiruan di depan Pavillion.

“OK kita ambik gambar lurah dada depan Pavilion OK?”
“OK B, I ok jerk!”
“Ready, 1…. 2….. weiiii ada mamat enter frame la”
“Eeee siapa you ni? Kenapa ada sos strawberi merah kat baju you….. OOooooo”
Ngap. (Tetek putus.)

2e. Pegawai Kementerian, Kerajaan dan Yang Berhormat.
Aku rasa sama ada kamu selamat atau tidak akan bergantung kepada pangkat kamu dalam kerajaan. Setiausaha kepada Pegawai Kastam Sepang, misalnya, mungkin tidak akan selamat. Pegawai Kastam Sepang pun aku rasa tidak akan selamat. Ketua Imigresen Malaysia mungkin akan selamat.

Aku bertanya Perdana Menteri kita apabila dia membuka Twitternya untuk soalan-soalan #tanyanajib tempohari. Salah satu soalan yang aku tanyakan beliau ialah perancangan keselamatan apabila wabak zombie melanda Malaysia. Buat masa ini beliau belum menjawab, tetapi aku harap beliau akan menjawab.

Sebab aku resah dengan perangai kerajaan kita yang sudah terhantuk baru mengalah. Bila sesuatu yang buruk baru terjadi, barulah kerajaan terhegeh-hegeh menggubah undang-undang baru, mengubah syarat-syarat itu dan ini (lihat sahaja kes tanah runtuh, atau kes pemandu bas ekspress kurang kelayakan) dan sebagainya. Aku tidak mahu bila 78% penduduk Malaysia sudah jadi zombie baru hendak mula gubal undang-undang kawalan wabak. Susah tau!

2f. Artis.
Aku rasa ini pula bergantung kepada artis tersebut. Kalau selalu sangat keluar blog-blog gosip Melayu dengan gambar-gambar ‘bersosial’ aku rasa pasti akan mati. Aktiviti bersosial ini biasanya dilakukan di kelab-kelab malam yang gelap dan penuh dengan orang dan juga rakan-rakan yang ambil gambar lepas itu senang-wenang dipos di dalam Facebook untuk adik beautifulnara.com ‘pinjam’ dan letak dalam laman dia.

Aku tidak hairan kalau di ceruk gelap ini akan ada seekor dua zombie (yang bersembunyi disamping rempit-rempit berambut busuk) yang bakal menggigit. Jadi aku sarankan kepada artis-artis yang selalu keluar Gambar Bersosial© agar lebih berhati-hati. (Untuk artis-artis sebenar ya, bukan artis Akademi Fantasia.) Aku rasa nasihat ini juga sesuai untuk orang yang gemar bersosial, artis ataupun tidak.

Aku rasa selepas wabak zombie patut ada Akademi Fantasia versi zombie untuk artis-artis yang digigit. Aku harap Mawi versi zombie masuk.

2g. Orang Yang Tidak Beratur.
Zombie suka menggigit leher orang. Kalau kamu perasan di dalam semua filem zombie, mangsa-mangsa biasanya orang yang kurang sabar dan suka ke sana ke mari merusuh kiri dan kanan. Aku rasa orang yang pasti kena gigit mesti orang yang tidak suka beratur. Kalau sabar dan beratur belakang orang mungkin kamu boleh telitikan sama ada orang di depan kamu itu benar-benar orang ataupun zombie. Kalau main “potong line” mungkin zombie yang kamu ‘potong’ itu akan mendapat sudut mudah untuk menggigit leher kamu. Apa-apa pun orang yang tidak beratur memang perangai macam zombie, jadi patut jadi zombie.

Aku mahu menonton balik ‘Diary Of The Dead’. Kita sambung nanti!

Popularity: 76% [?]

January 14, 2011 0

Lagu Hari Ini 35.

By in Lagu Hari Ini, Youtube

Snow – Informer

[CHORUS:]
Informer
You know say daddy me snow me-a (gonna) blame
A licky boom-boom down
‘Tective man he say, say Daddy Me Snow me stab someone down the lane
A licky boom-boom down

Police-a them-a they come and-a they blow down me door
One him come crawl through through my window
So they put me in the back the car at the station
From that point on I reach my destination
Well the destination reached in down-a East detention
Where they whip down me pants look up me bottom

[CHORUS]

Bigger they are they think they have more power
There on the phone me say that on hour
Me for want to use it once and-a me call me lover
Lover who me callin’-a the one Tammy
And me love her in my heart down to my belly-a
Yes say Daddy Me Snow me I feel cool and deadly
Yes the one MC Shan and the one Daddy Snow
Together we-a love ‘em(?) as a tornado

[CHORUS]

Listen to me ya better listen for me now
Listen to me ya better listen for me now
When-a me rock-a the microphone, me rock on steady-a
Yes-a Daddy Me Snow me are the article don
But the in an a-out (?) a dance an they say, “Where ya come from?”
People them say I come from Jamaica
But me born and raised in Etobicoke I want ya to know-a
Pure black people man thats all I man know
Yeah me shoes are-a tear up an-a my toes used to show-a
Where me-a born in-a the one Toronto

[CHORUS]

Come with a nice young lady
Intelligent, yes she gentle and irie
Everywhere me go me never lef’ her at all-ie
Yes-a Daddy Snow me are the roam dance man-a
Roam between-a dancin’ in-a in-a nation-a
You never know say Daddy Me Snow me are the boom shakata
Me never lay-a down flat in-a one cardboard box-a
Yes-a Daddy Me Snow me-a go reachin’ out da top

[CHORUS]

Why would he? [repeat]

[MC Shan:]

Me sittin round cool with my jiggy jiggy girl
Police knock my door, lick up my pal
Rough me up and I cant do a thing
Pick up my line when my telephone ring
Take me to the station, black up my hands
Trail me down ’cause I’m hanging with the Snowman
What an I gonna do, I’m backed and I’m trapped
Smack me in my face, took all of my gap
They have no clues and they wanna get warmer
But Shan won’t turn informer

[CHORUS]

Popularity: 71% [?]

January 12, 2011 12

Ramalan 2011.

By in Panduan, Senarai

(Letak kata-kata pendahuluan.)

1. Churro.
Kita pernah lihat ‘boom’ cupcake. Kita pernah beratur macam orang bodoh untuk membeli roti kopi Pappa. Kita juga pernah jenuh menunggu untuk membeli donat dari Krispy Kreme dan Big Apple Doughnuts. Dan jangan lupa yang kita pernah kemaruk mencari macaroon yang berwarna warni di sekitar Lembah Kelang.

Tahun 2011 milik churro. Kuih yang juga dipanggil donat Sepanyol ini memang sedap. Aku suka jenis yang kosong berlapiskan gula aising, tetapi ada juga jenis yang diisi dengan coklat, dan di Malaysia, dengan kaya pun ada. Rahsia churro pada aku ialah kamu kena cari tempat yang menggoreng churro tersebut apabila kamu buat pesanan. Dan pada aku paling sedap sekali boleh dibeli di Molten Lava di One Utama. Macaroon pun ada!

2. Kasut but dan fesyen grunge.
Kepada kamu yang benar-benar fashionista, tentu sudah tahu semenjak pertengahan tahun yang lalu, imej berasaskan kasut but seperti yang dikeluarkan Dr Martens dan Redwing sudah mula popular. Fesyen ala-grunge juga semakin kuat, lihat sahaja The Temper Trap. Walaupun mungkin bukan fesyen grunge yang popular awal tahun 90an dahulu, sebab aku rasa silhoutte grunge 2011 berbeza sedikit. Dan disebabkan fesyen Malaysia (fesyen am dan jalanan, bukan fesyen Pemimpin Fesyen Malaysia seperti Jiman Casablancas dan yang sewaktu dengannya) selalunya lambat berkembang, aku rasa fesyen ala-grunge ini (ditambah pula dengan jumlah kemeja flannel yang murah yang boleh dibeli di Uniqlo) akan mengganti fesyen seluar senteng berSperry yang popular sekarang ini.

3. Longboard.
Ini mungkin aku terlambat sedikit. Sukan longboard memang amat popular diantara orang yang minat sukan papan luncur, dan aku perhatikan ramai orang yang mula mengikuti sukan ini dari tahun lalu. Aku rasa dalam 2011 sukan ini akan mula diterima orang ramai?

4. Mulakan Perniagaan.
Kepada sesiapa yang tahu tentang aku pastinya sudah terbaca komen aku di dalam satu majalah tentang ramalan aku pada tahun 2011. Aku perhatikan sedikit demi sedikit rakan-rakan dan kenalan sekeliling aku yang berjinak-jinak dengan perniagaan. Bukan MLM (Multi-Level Marketing) tetapi bisnes betul. Yang ada kedai, ada kad bisnes, ada nombor pendaftaran perniagaan. Mungkin orang sekarang sudah bosan bekerja dengan orang dan sudah mula sedar pentingnya rasa bebas dalam pekerjaan. Apa lagi cara yang bagus selain dari memulakan perniagaan sendiri? Tidak kisahlah sama ada kamu buka kafe, butik fesyen, kedai kereta dan sebagainya, janji itu semuanya atas daya usaha kamu sendiri. Masalahnya pula ramai sangat yang ingat boleh terus beli kereta BMW bila buka perniagaan. Percayalah, memang susah membuat perniagaan sendiri, dan ya, kamu bukan boleh kaya serta-merta.

5. Makhluk Asing Akan Munculkan Diri.
Aku sudah bosan dengan teori yang mengatakan apabila makhluk asing menunjukkan kepada dunia yang mereka itu wujud, mereka akan lakukannya di negara barat, seperti di Amerika Syarikat. Aku rasa ini salah. Makhluk asing akan mendedahkan identiti mereka di Malaysia dengan secara aman. Mungkin wabak zombie juga akan bermula di sini. Jangan hairan jikalau konsep ‘bunian zombie’ atau ‘toyol zombie’ menjadi popular di sini.

Kita sambung lain kali! Aku mahu menonton ‘Blade Runner: Director’s Cut”.

Popularity: 80% [?]

January 9, 2011 9

Zombie Di Malaysia 01.

By in Senarai

Salah satu siri TV yang paling popular hujung tahun 2010 ialah siri “The Walking Dead“, berkenaan perjuangan sekumpulan manusia sekitar Atlanta yang menentang dunia yang dijajah zombie. Semestinya sebagai seorang peminat filem genre ‘kiamat zombie’ aku memang tertunggu-tunggu untuk menonton siri tv tersebut.

Setelah menonton beberapa episod siri ini, aku terfikir tentang apa yang akan jadi jika kita fikirkan konteks kiamat zombie jika berlaku di Kuala Lumpur. Aku pernah menulis tentang zombie dalam konteks Melayu, tetapi sekarang kita lihat pula dalam konteks lokalisasi, iaitu jika ianya berlaku di sini. Untuk kali ini kita lihat tajuk di bawah.

1. Tempat-tempat Persembunyian Ketika Serangan Zombie.

1a. Pusat Membeli-Belah?
Jika kamu ikuti filem-filem zombie, tiada banyak tempat yang selamat dari serangan zombie. (Walaupun ianya sebenarnya bergantung kepada zombie dalam filem tersebut, sama ada zombie perlahan versi Romero atau zombie laju versi “Dawn of the Dead“) Kalau mahu difikirkan secara logiknya sudah tentu bangunan yang tinggi akan menjadi tempat paling selamat? Kalau di Kuala Lumpur, mungkin tidak. Sekuriti bangunan-bangunan tinggi di sini amat teruk. Angkat sahaja tangan kepada Pak Guard Nepal sudah boleh masuk kondo/pejabat/markas. Aku rasa Pak Guard Nepal pun kalau malam-malam susah hendak bezakan antara zombie dan Melayu mabuk.

Jadi, seperti strategi yang ditunjukkan dalam filem “Dawn of the Dead”, salah satu tempat yang paling selamat ialah pusat membeli-belah. Bukan sahaja selamat, malah kamu boleh, dengan mudah, mendapat bekalan makanan dan pakaian (kalau di Pavilion boleh ambil makanan import dari Mércato dan jaket kulit dari Topman) serta senjata (boleh ambil kayu hoki dari Studio R atau parang dari Ace Hardware).

Tetapi semestinya semuanya ini bergantung kepada pusat membeli-belah mana yang kamu pilih. Kalau terpilih Pavilion aku rasa paling selamat sebab zombie semua akan kenyang makan Dak Hipster© yang bertimbun-timbun menunggu di pintu masuk dan kemungkinan kamu akan dapat kamera DSLR percuma amat tinggi. Kalau terpaksa pilih Kompleks Wilayah aku rasa mungkin akan mati kelaparan sebab yang ada hanya Pejabat Pendaftaran Negara dan kedai fotostat.

1b. Kem Tentera/Balai Polis/Balai Bomba?
Kalau kita lihat dari filem-filem barat walaupun pada mulanya kerajaan akan mengarahkan penduduk yang masih hidup pergi ke kem tentera untuk keselamatan, kebiasaanya kem tentera ini akan tumbang akibat kesilapan membenarkan penduduk yang dijangkiti penyakit zombie ke dalam kawasan kem. Kalau di Malaysia aku rasa tiada perbezaannya, cuma mungkin akan ada anggota tentera/polis yang berada dalam tekanan yang teramat teruk sampai mengamuk di tengah-tengah jalan. Ketika sessi amuk ini berlaku kamu mungkin akan selamat sebab si tukang amuk ni sudah tentu dengan senang-lenang akan menembak kepala zombie-zombie sampai banyak yang mati, tetapi awas sebab bila mengamuk aku pasti zombie atau manusia tidak ada bezanya.

Dalam balai polis pula aku rasa akan timbul rasa panik dan kecoh sebab anggota polis hanya biasa dengan orang-orang yang buat laporan hilang MyKad atau rumah pecah. Apabila serangan zombie berlaku aku pasti banyak zombie yang akan mati di kawasan sekitar balai sebab polis di Malaysia memang mahir menembak. Lagi-lagi zombie yang naik motosikal. Cuma aku rasa kereta kebal FRU tidak akan berapa berkesan dalam situasi ini sebab kemungkinan mata zombie pedih akan dipancut air ‘kuning’ agak rendah, dan baton kayu serta peluru getah juga tidak akan memusnahkan zombie yang menyerang.

Jadi aku rasa balai bomba pilihan yang terbaik. Kawasan balai bomba biasanya berpagar tinggi dan disertai dengan kawasan kuarters bomba termasuk kawasan bermain badminton dan sepak takraw. Selagi kamu senyap dan bersembunyi di kawasan balai bomba aku rasa kamu selamat. Orang memang jarang pergi ke balai bomba (kamu pernah pergi balai bomba?) jadi bila sudah bertukar menjadi zombie pun perangai dan naluri untuk tidak pergi ke balai bomba juga akan sama. (Sebab menurut katanya naluri ketika masih hidup akan kekal walaupun setelah bertukar menjadi zombie.)

1c. Masjid/Surau.
Sudah tentunya bila menjelang Kiamat Zombie ramai orang akan berkumpul di masjid untuk bersembahyang hajat agar selamat dari serangan zombie. Malangnya mungkin struktur masjid yang agak terbuka memudahkan serangan zombie bertuli-tuli. Jadi, mungkin kurang selamat.

Tetapi masjid boleh digunakan sebagai tempat berkumpul beramai-ramai sebelum mobilisasi ke tempat yang selamat. Lihat sahaja apabila ada isu untuk ditunjuk perasaan selepas solat Jumaat. Lagipun sistem pembesar suara boleh digunakan untuk memanggil mereka yang masih hidup ke arah keselamatan, walaupun sebenarnya zombie tertarik dengan bunyi-bunyi kuat. Jadi, ya, mungkin masih kurang selamat.

1d. Sekitar Putrajaya/Pejabat Kerajaan.
Sudah pastinya konsep pejabat terbuka dan juga realiti ramainya jaga dari Nepal yang menjaga bangunan-bangunan kerajaan di Malaysia akan menjadikan Putrajaya kurang selamat.

Lagipun seperti yang aku katakan tadi disebabkan naluri manusia mungkin masih ada walaupun sudah menjadi zombie sudah tentu orang pertama kali yang kamu ingin makan selain dari AC Mizal dan Dr Rozmey ialah ahli-ahli politik.

Jadi selain dari Putrajaya mari kita jauhkan diri dari bangunan-bangunan Kerajaan Pusat dan Negeri dan juga pejabat Majlis-Majlis Perbandaran.

1e. Kelab Malam.
Tempat-tempat tertutup dan gelap serta berasap semestinya tidak sesuai untuk bersembunyi dan untuk menunggu lama-lama. Aku tahu sebab aku pernah tunggu dalam kelab malam selama 2 jam bersama 60-70 orang selepas serbuan polis, dan memang rasa macam mahu meletup. Kebarangkalian kamu untuk dibunuh/membunuh orang yang masih hidup dan bukan zombie memang tinggi.

Ini juga bermaksud tempat-tempat gelap lain seperti Cineplex juga tidak selamat dari serangan. Kalau di sekitar Chow Kit kalau kamu lihat sekarang pun sudah agak sukar untuk membezakan zombie dan manusia.

1f. Rumah Sendiri.
Aku rasa pilihan paling ideal mestilah rumah sendiri, tetapi ini bergantung sama ada kamu mempunyai cukup bekalan makanan dan Astro serta DVD. Walaupun mungkin Pak Guard Nepal akan membenarkan zombie yang angkat tangan untuk masuk ke kawasan umum kondo kamu, tetapi kamu sendiri yang bertanggungjawab untuk membenarkan sesiapa sahaja yang boleh masuk ke dalam rumah kamu sendiri.

Tetapi kalau fikir balik orang di Malaysia ini memang mudah membenarkan orang masuk ke dalam rumah. Terutamanya yang beri salam dan bekerja dengan JAWI.

Untuk yang tinggal di rumah bertanah pula semuanya bergantung sama ada kamu ada pintu slide 3 cermin ataupun tidak. Kalau tiada kamu dijamin selamat, kalau ada pintu 3 cermin sudah tentu akan senang pecah, jadi kamu mungkin terpaksa melayan zombie-zombie yang menghulur tangan dan menghentak besi gril kamu seperti Along yang minta hutang atau orang yang minta derma.

Kita sambung bab kedua lain kali pula.

Popularity: 80% [?]

January 6, 2011 2

Lagu Hari Ini 34.

By in Lagu Hari Ini, Youtube

The XX – Crystalized.

You’ve applied the pressure
To have me crystalised
And you’ve got the faith
That I could bring paradise

I’ll forgive and forget
Before I’m paralysed
Do I have to keep up the pace
To keep you satisfied

Things have gotten closer to the sun
And I’ve done things in small doses
So don’t think that I’m pushing you away
When you’re the one that I’ve kept closest

[ahh ahh ahh] x4

You don’t move slow
Taking steps in my directions
The sound resounds, echo
Does it lesson your affection
No

You say I’m foolish
For pushing this aside
But burn down our home
I won’t leave alive

Glacies have melted to the sea
I wish the tide would take me over
I’ve been down on my knees
And you just keep on getting closer

[ahh ahh ahh] x4

Glaciers have melted to the sea (Things have gotten closer to the sun)
I wish the tide would take me over (And I’ve done things in small doses)
I’ve been down onto my knees (So don’t think that I’m pushing you away)
And you just keep on getting closer (When you’re the one that I’ve kept closest)

Go slow x5

Popularity: 75% [?]

January 4, 2011 16

Perihal Gelang Dan Ali Baba.

By in Pendapat

(Gambar dipetik dari sini.)

Orang Melayu memang suka pada benda-benda yang kononnya boleh membantu ‘menyihatkan’ tubuh badan, membantu pengaliran darah, buat kepala pandai, itu dan ini.

Atas alasan inilah orang-orang seperti AC Mizal berjaya menyeleweng orang-orang Melayu dengan skim piramidnya yang berasaskan produk ‘gelang magnet’. Kalau kamu hendak betah mengatakan gelang itu memang mujarab, itu suka hati kamu, tetapi sebagai seorang pewaham yang berfikiran waras dan logik memang tidak logik memikirkan yang sesuatu bendasing sebegitu boleh membantu kesihatan. Aku rasa kalau kamu Google sahaja tentang perkara ini banyak blog lain yang menulis tentang apa yang AC Mizal lakukan.

Apa yang aku sedih tentang kes gelang magnet AC Mizal ialah kerana bukan sahaja dia sanggup ambil profit margin beratus-ratus peratus dengan produk gelang biasa yang dibelinya di China (tidak silap aku kos kurang RM50, gelang dijualnya dengan harga RM1000! Cari sahaja di alibaba.com), malah dia lakukannya semua dengan skim Ponzi, yang memang haram di bawah undang-undang mana negara pun. Dapat gelaran Datuk pula tu, dan mampu membeli kereta Bentley yang ditayangnya dengan bangga.

Ini bukan kes Melayu yang tidak puas hati dengan kejayaan Melayu lain, tetapi ini kes aku yang sedih dengan orang-orang yang sebenarnya percaya dan sanggup membayar wang ringgit hasil titik peluh mereka dengan relanya. Dan aku pasti yang membelinya bukan orang-orang seperti aku, tetapi pakcik dan makcik yang terpaksa bekerja keras untuk wang mereka, yang perlukan ‘magis’ atas saranan seorang selebriti.

Aku tidak salahkan kamu jika kamu berasa bengang dan tidak percaya kalau kamu sendiri yang dianiaya skim ini, sebab takkan seorang selebriti terkenal seperti mamat 4U2C sanggup menipu kamu bukan? Tetapi faktanya semua termaktub di dalam Internet, cari sahaja, kamu pasti jumpa. Sudah tentu ada orang yang akan kata tidak semuanya yang di dalam Internet itu betul, tetapi itu lebih menyakinkan dari mempercayai segala apa yang kamu baca di media massa tempatan, bukan?

Dan kepada sesiapa yang ada pengalaman atau terdengar cerita tentang kemujaraban gelang ini, ingin aku persembahkan ‘kuasa minda’ kamu. The Power of Suggestion memang bagus, malah itulah konsep di sebalik ubat ‘placebo‘ yang biasa digunakan oleh doktor-doktor dan penyelidik perubatan, cuma malangnya kamu terpaksa berpisah dengan duit beribu-ribu kamu untuk membeli gelang dari kilang China itu, dan ini tidak termasuk duit beribu-ribu yang kamu terseleweng dari orang-orang downline kamu juga.

Tetapi jangan bimbang, bukan orang Melayu sahaja yang mudah ditipu sebegini.

Lihat kes Power Balance! Bakal kecoh satu dunia. Berjenis-jenis manusia yang percaya dari satu pelosok dunia.

Manusia yang terlebih pandai akan sentiasa menindas manusia yang kurang pandai. Cuma satu sahaja penyelesaiannya—pengetahuan. Fikir dengan logik, jadi pewaham dahulu sebelum percaya bulat-bulat.

Popularity: 83% [?]

December 31, 2010 18

Kamu Tahu Kamu Tua Bila…

By in Pemerhatian, Senarai, Youtube

Aku kagum melihat budak-budak muda zaman sekarang. Semuanya disuapkan ke dalam mulut, sampai hendak pakai Google pun malas. Hidup memang senang, jika dibandingkan zaman dahulu.

Semestinya kalau kita hidup dalam era mana-mana pun, pasti ada jurang generasi antara yang muda dan tua. Walaupun tidak seteruk jurang yang wujud 15, 20 tahun dahulu, tetapi jurang itu tetap ada.

Jadi, sebagai merenung tahun 2011 yang bakal tiba beberapa jam lagi aku ingin kongsi senarai perkara-perkara yang mengingatkan aku yang esok aku akan menjadi tua setahun lagi. Perlu diingatkan ini adalah senarai ‘tua’, bukan ‘purba’.

1. Kamu Sempat Menonton TV Hitam Putih.
Aku rasa satu sebab aku suka rekabentuk monokrom adalah kerana aku membesar dengan menonton peti TV hitam putih. Malah, TV dahulu pun berbentuk seperti peti/perabot jika kamu ingat. Aku ingat lagi menonton siri TV Six Million Dollar Man dan Fantasy Island dalam hitam putih. Jadi bayangkanlah berapa terujanya aku bila aku akhirnya dapat menonton montaj ‘Cumi & Ciki’ dalam warna kerana Youtube.

2. Kamu Tahu Apa Itu Puspa Jaya.
Pada zaman awal 80an dahulu, oleh kerana tiada TV3, Astro dan sebagainya, penonton TV hanya boleh menonton siaran RTM 1 dan RTM 2 (untuk yang tinggal di Selatan kamu boleh menonton siaran dari Singapura, dan di Utara dari Thailand). Ketika itu, selain siri ‘Drama Minggu Ini’, siri-siri drama RTM memang popular. Pasal Opah dan Anjang Aki janganlah cerita, tetapi yang betul-betul ‘hardcore’ akan tahu siri ‘PJ’. Senang cerita siri ini sebenarnya ingin menumpang populariti siri ‘Dallas‘. Tidak silap aku ianya kisah keluarga yang ada seorang anak perempuan bernama Puspa Jaya yang sakit leukemia. Akibat kesempitan wang mereka telah berusaha mengumpul derma tapi malangnya apabila cukup wang untuk menjalankan rawatan si Puspa Jaya tadi telah meninggal. Aku tidak faham kenapa tetapi semua ahli keluarga dan rakan taulan yang menderma tidak ingin mengambil wang yang mereka derma itu balik, jadi bapa si Puspa Jaya ini mengambil wang tersebut dan memulakan perniagaan dengan syarikat bernama ‘PJ’. Semestinya syarikat ini berjaya dan keluarga tadi pun menjadi keluarga jutawan.

Kalau drama sekarang selalunya keluarga tersebut sudah hidup macam jutawan, tiada ‘backstory’ tentang bagaimana mereka menjadi jutawan, bukan?

3. Kamu Pernah Naik Bas Mini Tanpa Penghawa Dingin di Stesen Bas Klang.
Memang panas, busuk dan menyakitkan hati. Aku bersyukur tiada lagi Bas Mini di Lembah Klang.

4. Kamu Pernah Simpan Buku Nombor Telefon.
Aku pasti manusia zaman sekarang semuanya menyimpan nombor telefon dalam telefon bimbit mereka. Pada suatu masa dahulu manusia semuanya membawa Buku Nombor Telefon. Yang paling popular ialah jenis yang dilipat-lipat dan boleh diletakkan dalam dompet. Kalau dibuka lipatan akan menjadi sehelai kertas yang panjang. Penting untuk menyimpan nombor saudara-mara di KL apabila kamu lari dari kampung.

5. Kamu Pernah Tunggu Surat.
Sekarang benda yang kamu terima dari Pos Malaysia hanyalah bil-bil dan bungkusan barang tidak berguna yang kamu rembat dari Ebay. Dahulu sebelum adanya telefon bimbit dan e-mel (dan semua telefon awam berbau ludah) cara paling biasa untuk berkomunikasi adalah dengan surat-menyurat. Lagi-lagi bila kamu masih belajar. Aku tidak ingat berapa banyak masa aku bazir semata-mata untuk menunggu surat. Kalau ingin keluar hujung minggu terpaksa buat rancangan awal-awal melalui surat, kalau ingin menelefon rumah terpaksa beritau awal-awal agar mak si dia yang bukan angkat telefon rumah dan macam-macam lagi. Aku pun hairan mengapa kita dulu semuanya penyabar, sekarang e-mel lambat sikit sudah maki-hamun.

6. Kamu Sempat Menonton Gila-Gila Remaja di Panggung Wayang.
Sebelum semua remaja kononnya ‘cool’ sekarang, remaja-remaja yang ingin tampak individualistik terpaksa berhempas pulas mencari bahan rujukan. Tidak kisahlah rujukan muzik (ingat lagi zaman fanzine?) ataupun fesyen. Disebabkan Internet tidak wujud ketika itu remaja zaman tersebut terpaksa lebih kreatif untuk menonjolkan diri. Rancangan TV pun banyak yang di’potong’, dan wayang di pawagam jangan cerita-lah. Jadi kamu bayangkanlah betapa gempaknya bila filem Gila-Gila Remaja keluar. Aku mati-mati ingat pada masa itu untuk SPM kalau tidak belajar dan hanya naik motor sekeliling Malaysia sudah boleh lulus.

7. Kamu Pernah Rasa Modem 56K Itu Memang Laju Gila.
Zaman Internet pada mulanya dipenuhi dengan aktiviti menunggu. Buka sahaja browser Mosaic, terus ke Yahoo! dan terus menunggu.

Dan tunggu.

Dan tunggu.

Budak-budak sekarang memang beruntung!

8. Kamu Pernah Kemaruk King’s Quest.
Ketika zaman komputer CGA dahulu (bila komputer kamu ada punat ‘turbo’), salah satu game yang aku betul-betul kemaruk ialah King’s Quest. Memang penuh dengan pengembaraan dan memang seronok ke sana ke mari dalam dunia fantasi mencari penyelesaian masalah. (Ini semuanya selepas zaman Karateka dan DigDug berakhir, atas inginkan lebih cabaran). Memang mengujakan mencari pengembara zaman mitos di Barat.

Dan selepas itu siri Leisure Suit Larry pula keluar. Macam King’s Quest, tapi ada tetek.

9. Kamu Pernah Sewa Video Gusti.
Waktu remaja aku dahulu banyak dibazirkan dengan menonton video gusti. Duit pun banyak dibazirkan, sebab sewa ketika itu RM2 untuk satu pita. Paling seronok ketika ada rakaman khas seperti Wrestlemania, Survivor Series dan macam-macam lagi. Sebagai remaja yang mudah terpengaruh, ya, aku memang pernah ingat Hulk Hogan itu ‘cool’. Aku juga suka Ultimate Warrior, walaupun si Jim Warrior itu sekarang sebenarnya fanatik berhaluan kiri sekarang. Walaupun gambar tidak jelas (akibat pita yang digunakan dan dipadam dan kemudian dirakam balik berkali-kali) tetapi dunia cukup indah ketika itu. (LUPAKAN HD!) Akibat dari selalu menyewa pita video dari kedai sewa video aku sedikit-sedikit mencuba menyewa video-video jenis lain. Terutamanya yang ada tetek.

10. Nama Jepun Yang Kamu Tahu Hanya Hayata.
Sebelum bermulanya ‘boom’ Doraemon dan siri-siri anime separa porno bahan import yang paling popular dari Jepun ialah siri TV Ultraman. Ya, Ultraman Hayata.

Semua kanak-kanak ketika itu kenal siapa Hayata. Sebelum Tiga, sebelum Dyna dan sebelum Ultraman ada warna ungu dan emas pada kostum mereka, Ultraman yang paling asas ialah kegemaran kanak-kanak satu dunia. Protagonis utamanya bernama Hayata, dan semua kanak-kanak zaman itu berangan ingin menjadi Hayata. (Walaupun sebenarnya kanak-kanak zaman sekarang pun masih ada yang ingin menjadi Ultraman. Malah yang bukan lagi kanak-kanak pun ada aku pasti.)

Selamat Tahun Baru 2011 Semua!

Popularity: 89% [?]

December 28, 2010 11

Pantang Larang Twitter.

By in Pemerhatian, Senarai

(Gambar logo Twitter di dunia sebenar)

Aku rasa semua sudah tahu yang dalam setahun kebelakangan ini aku lebih aktif dalam Twitter, dan baru-baru ini Formspring aku pun boleh tahan pengunjungnya. Walaupun aku sudah lama guna Twitter (aku termasuk dalam generasi yang buat kemaskini menggunakan SMS 4 tahun yang lepas), ada beberapa tweet yang selalu buat aku terlebih ghairah.

1. Tweet Mengenai Makanan Johor.
Malam semalam rakan aku yang juga ahli kugiran lelaki metroseksual They Will Kill Us All dengan secara tiba-tiba tweet tentang Mee Rebus. Aku memang pantang orang tweet pasal makanan Johor. Secara automatik fikiran tidak keruan, dalam kepala hanya makanan yang ditweetkan. Akibatnya malam tadi dalam jam 10 aku telah ke Gulam Mee di Kota Damansara semata-mata untuk makan Mee Rebus. Konklusinya Mee Rebus Baidali Plaza Damas masih di tangga teratas, diikuti Mee Rebus Mak Tim di Keramat.

2. Tweet Gambar Di Majlis Anugerah.
Ya. Twitpic di lokasi Majlis Anugerah. Ini semua tweet dari artis-artis (bukan rakan-rakan artis) yang aku ikuti. Bukan sebab aku geram tidak mendapat pelawaan ke majlis, cuma gambar-gambar tersebut biasanya ada muka comel Scha Alyahya atau Juliana Evans.

3. Tweet Bola Campur Laser.
Penuh timeline aku dengan borak bola ketika Malaysia melawan Indonesia tempohari. Ditambah pula dengan isu laser memang agak kecoh. Patutlah rakan bangsa Jepun aku berkata penunjuk laser sebegitu diharamkan penjualan di Jepun. Katanya ramai penonton besbal di stadium menggunakan penunjuk laser untuk membuatkan pitcher kena strike. Dalam hal ini dengan bangga aku boleh katakan Orang Malaysia sama taraf dengan Orang Jepun.

4. Tweet Terasa.
Kadangkala ada tweet yang sememangnya berbau tidak puas hati si tukang tweet itu terhadap seseorang. Aku tak tahu kenapa tapi aku selalu terasa. Dan ada yang masih aku terasa. Mungkin sebab aku sensitif macam Man Bai.

5. Tweet Foursquare.
Kalau hendak jadi Mayor sangat sila mulakan dengan borang applikasi sertai DBKL/MPSJ. Dan peliknya aku tidak pernah tengok orang check-in masuk Masjid Shah Alam.

Lima sahaja untuk kali ini. Ada masa nanti aku sambung. Sambung. Sambung.

Popularity: 92% [?]

December 28, 2010 2

Lagu Hari Ini 33.

By in Lagu Hari Ini, Youtube

Popularity: 82% [?]

December 26, 2010 4

Apa Yang Aku Sarankan Untuk 2011.

By in Panduan, Pendapat

Setelah berbulan-bulan tidak bersuara di persada Internet sudah tentu ada pelbagai perkara yang aku ingin kongsikan bersama. Salah satu perkara yang aku bangga aku tulis di dalam blog ini adalah nukilan-nukilan yang berkenaan cara pemikiran (set minda) serta cara-cara merevolusikan minda sendiri.

Jauh di lubuk hati mungkin aku ada berharap yang penulisan aku telah dapat membantu beberapa orang yang mungkin pada asalnya berfikiran sempit, ataupun setidak-tidaknya membuatkan seseorang itu berani membuat keputusan yang diluar jangkaan dan mendapat akibat yang menguntungkan diri, baik secara rohani mahupun fizikal.

Aku tidak sama sekali mengaku ahli falsafah yang boleh merevolusikan hidup kamu, sebab itu bukan matlamat aku. Matlamat aku ketika mula-mula menulis blog ini ialah untuk berkongsi pendapat dan cerita (di dalam Bahasa Malaysia. Ya, bukan Bahasa Melayu) yang mungkin seorang rakyat Malaysia tipikal tidak pernah ketahui wujud. Kiranya, di Malaysia ini, ada dan wujud ramai orang yang berfikiran dan hidup macam aku. Sebabnya tidak semua orang membuat carian ‘seks dengan bomoh’ ataupun ‘bau faraj’ (Kisah benar) untuk mencari bahan bacaan mereka di Internet, bukan?

Aku selalu terpekik terlolong (secara senyap) di dalam blog ini tentang penentangan ‘sistem’. Walaupun aku bukannya Pendekar Perasan Punk© mahupun Karyawan Terseksa©  yang taksub dengan sifat anti-kapitalis dan anti-establisymen tetapi aku tetap tahu, suka mahupun tidak, aku ada ramai pembaca. Dan mungkin ada dari kamu yang akan jadi Teramat Berjaya dalam karier dan perjuangan kamu. Jadi apa perkara pertama yang kamu harus buat?

Sertai Sistem.

Buat Kacau Dari Dalam.

Gubal Undang-Undang Kamu Sendiri.

Ada orang suara sahaja kuat, dan tangan kuat memegang sepanduk, dan bangga apabila dihentak kepala dengan baton oleh polis, tetapi apa ertinya semua perjuangan ini jika keputusan akhir masih terletak di tangan (tua) yang sama? Aku tidak pernah percaya kepada protes, sebab itu bukan cara aku. Aku rasa seseorang itu lebih berguna jika ada sumbangan yang tidak kira besar atau kecil, yang boleh dinikmati semua.

Dan pada aku, sumbangan itu boleh wujud dalam pelbagai bentuk. Pada asasnya yang paling suci, sumbangan inspirasi itu penting. Suka atau tidak orang akan ikut benda lain yang orang buat jika difikirkan benda itu berguna, senang, mahupun kelihatan cool atau trendy. Menjadi inspirasi kepada revolusi kecil itu amat bermakna. Tidak perlu sogokan wang atau nama, yang penting kamu percayakan apa yang kamu buat, dan buat sesungguh-sungguh, dan aku pasti lambat-laun orang lain akan perasan.

Itu yang aku sarankan kamu semua buat untuk 2011.

Buat sesuatu yang berguna. Buat sesuatu yang positif. Janji apa yang kamu buat itu, perkara yang kamu SENDIRI ingin buat. Sudah sampai masa kamu semua keluar dari kepompong dan menjadi pemimpin diri sendiri, dan bukannya orang yang hanya tunduk kepada pemimpin.

Aku tidak kisah sama ada kamu penulis, peniaga, pemuzik, ahli politik, peguam, penganggur. Buat apa yang kamu buat. Dan jangan berhenti bila puas hati. Berhenti bila kamu mati.

Carpé Diém!

Popularity: 86% [?]

Get Adobe Flash playerPlugin by wpburn.com wordpress themes