December 23, 2010 6

Azam Berazam Tahun 2011.

By in Kenapa Aku Jarang Menulis, Senarai

Ya! MM datang kembali dengan nukilan paling baru! Walaupun sibuk dengan kehidupan di alam nyata yang sebenar, aku rasa sudah sampai masa aku memberikan sedikit tumpuan dan kasih sayang terhadap blog aku yang sudah lama diabaikan ini.

Untuk yang tidak tahu, siri Tanya Abang Minimalis sudah dipindahkan ke Formspring aku. Memang banyak soalan dalam minggu ini, dari yang terbodoh kepada yang mencabar minda, jadi untuk yang ingin bertanya dipersilakan membawa diri ke sana.

Walaupun hidup aku sekarang semakin kurang hedonistik dari pelbagai aspek, secara peribadinya aku rasa banyak pencapaian yang telah aku lakukan tahun ini. Yang paling menonjol sudah tentu ketika aku membebaskan diri aku dari belenggu kerja makan gaji. Memang agak meliberalkan diri.

Jadi untuk menyediakan diri bagi menghadapi tahun 2011 yang sememangnya akan mencabar, aku persembahkan senarai 10 azam tahun baru aku.

1. Lebihkan Menulis.
Aku sedar aku memang lemah bab ini pada tahun 2010. Seperti yang selalu aku tulis, memang aku tiada inspirasi langsung untuk menulis. Cubaan aku untuk menjadi blog ini diari visual aku juga gagal, sebab sebenarnya hidup aku bukan semenarik mana pun. Jadi dengan ini aku berazam untuk menulis lebih lagi tahun hadapan. Dan bukan sahaja untuk blog ini, mungkin untuk mana-mana penerbitan lain seperti draf Kewangan Malaysia 2011 dan skrip cerita Pontianak Melayu ciplak ‘Twilight’.

2. Lebihkan Interaksi Di Luar Bulatan Sosial.
Manusia secara lumrahnya akan berasa selesa di samping kenalan-kenalan yang biasa, termasuk aku juga. Mungkin tahun depan sudah sampai masanya aku bergaul dengan Mat-Mat Angkat Besi, Pakcik Tabligh dan Azman Angkat Kolar.

3. Lebihkan Menjelajah Dunia.
Salah satu sesalan yang aku ada sekarang ialah realiti yang aku sebenarnya kurang mengembara ketika masih muda. Benua Amerika dan Eropah masih belum dijelajah. Kalau ada rezeki memang tahun hadapan aku akan mengembara jika ada masa. Dan sudah tentu aku akan bawa basikal aku bersama. Sekurang-kurangnya ke New York atau London. Segala bentuk derma boleh disalurkan ke akaun Paypal aku mminimalis@gmail.com.

4. Lebihkan Kelantangan Ketika Bersuara.
Walaupun dunia Internet telah memberikan peluang aku untuk bersuara di persada yang sama seperti mana-mana pengkomentar sosial dan politik, aku rasa masih lebih banyak ruang, terutamanya bagi mereka yang berkuasa, untuk mendengar pendapat-pendapat rakyat.  Media massa komersial misalnya, boleh memberikan lebih peluang bagi suara-suara kecil diluar sana untuk didengari. Dan ya, tidak semua kritikan dan komen itu perlu dipolitikkan. Sebab kadangkala rasa tidak puas hati itu hanyalah masalah kecil yang boleh diselesaikan dengan sedikit perhatian.

5. Meng’analog’kan Diri.
Impak yang aku ada setakat ini lebih kepada dunia digital. Kerja-kerja aku selalunya di dalam bentuk digital, tidak tangible dan tactile. Tahun hadapan aku akan pastikan dunia boleh menyentuh kerja aku. Dan aku tidak maksudkan hanya dengan kemeja T ‘Aku Tak Peduli’.

6. Lebihkan Sumbangan Kepada Masyarakat.
Sudah tiba masanya aku memberikan balik sesuatu kepada masyarakat yang sedikit sebanyak telah membentuk aku seperti sekarang. Walaupun kadangkala masyarakat yang samalah yang memeningkan kepala aku, tetapi pada aku tidak akan ada kemajuan jika kita takut kepala pening, bukan?

7. Selami Lebih Dalam Falsafah Dan Ideologi.
Semenjak dua menjak ini aku sudah mula berjinak dengan ilmiah falsafah moden dari Kant, Nietszche, Freud dan Marx. Apa yang aku belajar sekarang sedikit demi sedikit membuatkan aku terfikir sejenak tentang ideologi umum masyarakat, terutamanya kaum Melayu. Nilai-nilai estetik misalnya, sudah umum diketahui adalah amat subjektif, tetapi persoalan aku apakah yang membuatkan citarasa serta cara pemikiran dan set pemikiran yang amat berbeza antara pemikiran aku dengan pemikiran Mat Rempit misalnya. Jika ada masa aku akan selami, sebab cara paling efektif untuk mengubah set pemikiran masyarakat sudah tentunya dengan menyelami cara bagaimana seseorang itu berfikir? Ke aku sudah terlampau menyimpang?

8. Keluarkan Produk Bertaraf Antarabangsa.
Kerja seharian aku sedikit sebanyak telah mendapat perhatian komuniti antarabangsa Internet. Tanpa belanjawan pengiklanan dan pasukan pemasaran yang padu pun sudah boleh sampai berita ke Amerika dan Eropah. Aku ingin kembangkan proses ini, mana tahu ada rezeki?

9. Tempuhi Hari Demi Hari dengan Hati dan Minda Yang Lebih Terbuka.
Seliberal mana pun aku, aku rasa aku masih tertutup berhadapan dengan perkara-perkara tertentu. Masih banyak yang aku perlu pelajari dan hayati, sebab tiada siapa yang akan memperbaiki diri aku selain dari aku sendiri. Mungkin tahun 2011 aku akan mula makan petai, pedal dan kerang. (Tak mungkin.)

10. Menonton Lebih Banyak Wayang 3D.
Tahun ini memang aku banyak ke panggung wayang untuk menonton filem 3D. Malahan filem ‘Shrek 4D’ di Universal Studios Singapura pun aku telah tempuhi. Aku harap teknologi baru filem akan mengeluarkan filem 3D yang lebih mencabar minda. Filem 3D paling menarik aku tonton tahun ini? ‘How To Train Your Dragon‘. Paling kecewa? ‘Tron Legacy’.

Aku benar-benar kecewa dengan ‘Tron Legacy’. Penat aku menunggu 28 tahun. Cilakak!

Popularity: 86% [?]

November 14, 2010 3

Tanya Abang Minimalis Musim 20 Episod 1.

By in Tanya Abang Minimalis

Kita mulakan sessi soaljawab kita kali ini ya?

salsa bertanya…
Semua dah tahu identiti kau yang sebenar, mungkin sebab itu kau malas menulis, lebih-lebih lagi tentang pemerhatian. Okay, soalan aku:
1. Mamat ni punya basikal kau rasa okay tak? Untuk beginner. http://simplestore.wordpress.com/

Terpulang kepada kamu. Yang kamu perlu ingat kualiti itu datang dengan harga. Dan kualiti itu penting agar kepala kamu tidak pecah. Lebih baik melabur untuk keselamatan dan jangka hayat yang panjang.

budak baru bertanya…
apa pendapat abang MM tentang budak-budak poser?

Golongan poséur menjana ekonomi.

sastraboy bertanya…
soalannya, apa pendapat lu pasal drama dan filem melayu sekarang?
sebab gua tengok, ada peningkatan dari segi mutu drama dan filem melayu(walaupun sikit)
keh keh keh.

Aku mengaku, mungkin ada peningkatan dari segi teknik, dari suntingan ke pencahayaan dan mungkin juga lakonan. Tetapi mungkin kurang peningkatan dari segi isi. Semenjak dua menjak ini aku lihat kalau tidak tentang bomoh, tentang kisah hidup perempuan malang. Aku rasa penonton Melayu sekarang sudah matang untuk dicabarkan dengan topik serta isu yang lebih sensitif dan kontroversial. Kisah cinta pun OK, tetapi mungkin penonton boleh dikejutkan dengan kisah cinta yang kurang konvensional, seperti kisah cinta Perdana Menteri dengan warga asing ataupun makhluk asing.

Encik Tasuke bertanya…
Soalan Pertama:
So, adakah MM berpuas hati dengan trend fixie yg telah berleluasa di sekitar KL ni? …Saya maksudkan kepada si pengikut trend, bukan yang benar-benar pure.
Soalan Kedua:
MM boleh beri pengakuan tak, adakah MM sudah penat berkarangan dan lebih berat ke arah blog-gambar sejak akhir-akhir belakangan ini?
Soalan Ketiga:
Beri status MM bila berada dikalangan artis-artis di Malaysia ini. Adakah selebriti atau sekadar orang awam yang bersahabat dengan artis.
TITIK.

1. Tidak semua orang yang berkecimpung di dalam mana-mana bidang atau hobi itu boleh terus dinobatkan sebagai tulen atau otai. Semua orang ada permulaannya. Pada aku, aku tak peduli tentang poseur atau trend. Janji tidak kacau aku. Tapi sebenarnya kalau mereka kacau aku pun aku tak peduli.
2. Bukan penat berkarangan, mungkin tiada topik untuk dikarangkan. Sudah cukup apa yang aku tulis buat masa ini.
3. Aku tiada rakan artis/selebriti. Semuanya hanya rakan-rakan yang aku kenal lama.

air cond bertanya…
kenapa MM poyo?

Sebab aku tak cool.

haji bertanya…
perkembangan long board kt Malaysia?

Pesat. Malah hari itu ada aktiviti tutup jalan bukit semata-mata untuk orang redah turun dengan long board mereka.

haji bertanya…
GF2 dah announced. bminat?

Tidak. Aku pinjam Lumix LX-5 sekarang. Memang hebat!

inveto bertanya…
aku lebih suka penulisan kau berbanding gambar. bila bosan aku akan buka balik entri lama di sini dan baca balik lebih-lebih lagi manusia yang kau stereotaip-kan, aliran muzik, fesyen dan sebagainya. because i believe these are your expertise.
jadi soalan aku, boleh dak tolong tulis balik? 70% tulisan dan 5% gambar dan 25% iklan pembesaran buah dada.

Seperti yang aku katakan berkali-kali, jika ada buah fikiran sudah pasti aku akan menulis. Mungkin sekarang ada tanggungjawab baru jadi tiada banyak kelapangan untuk mencari buah fikiran. Cari buah dada boleh.

John Travolta bertanya…
pendapat MM tentang John Mayer ?

Gitaris handal yang sombong. Memang sukar mencari pemain gitar yang bukan sahaja boleh bermain gitar, malah menulis lagu serta menyanyi dengan baik serta mencari perempuan dari ‘Senarai A’ Hollywood.

BO bertanya…
Saya ingin bertanya, betul ke MM dah ada kedai basikal?

Semua orang ada kedai basikal.

Collateral bertanya…
Barack Obama merupakan kesilapan besar yang pernah dibuat Amerika Syarikat selepas Richard Nixon. Benar atau tidak? Sila bantu.

Hmm. Aku kurang pasti tentang polisi-polisi kerajaan baru yang diperkenalkan oleh Obama dan cara polisi-polisi baru itu mempengaruhi cara hidup warga Amerika, tetapi sebagai warga dunia aku rasa ramai yang mungkin berdukacita atau hampa dengan ketiadaan impak yang benar-benar berkekalan yang boleh dimanfaatkan penduduk seluruh dunia. Aku rasa tiada perubahan besar yang Obama lakukan terhadap polisi serta undang-undang Amerika yang boleh mempengaruhi arus serta aliran sejagat, walaupun ketika beliau dipilih aku rasa itulah harapan utama pemerhati-pemerhati politik antarabangsa.

angkasawanhitam bertanya…
Identiti MM dah terbongkar seluas-luasanya, adakah MM akan membuat pendedahan tanpa anonymity lagi? Dan siapa yang MM kutuk semenjak dua menjak ni?

Aku rasa aku tidak pernah buat pendedahan yang benar-benar kontroversi. Aku rasa semua sudah tahu tentang subjek yang aku tulis, cuma tiada sesiapa yang mengambil inisiatif untuk benar-benar mengkaji serta menulis tentang subjek tersebut. Aku tidak kutuk, cuma kritik.

wirasaiya bertanya…
MM menulis nukilan ini pada waktu tengahari, mungkin waktu makan tengahari MM, adakah selepas ini MM akan menulis hanya pada waktu makan tengahari?

Waktu makan tengahari aku semenjak dua menjak ini agak fleksibel, jadi waktu menulis tidak bergantung kepada waktu makan tengahari. Waktu menulis hanya bergantung kepada kelapangan serta inspirasi.

MissOpinionated bertanya…
Grafa tu kedai u ke?

Bukan.

K bertanya…
siapa perintis fixed gear di Malaysia? Apa pendapat MM tentang perkembangan scene fixed gear di Malaysia pada masa sekarang? adakah MM terlibat sama dalam perkembangan ini?

1. Abang Din.
2. Pesat.
3. Sekadar penunggang biasa.

wert bertanya…
hai. bila nak mengarang buku?

Bila ada masa, inspirasi serta jemputan dari penerbit. Tetapi jika difikirkan semula, aku tidak mahu. Macam sudah menjadi kebiasaan penulis blog jadi penulis buku. Aku tidak mahu terbitkan buku, aku hendak rancangan TV sendiri!

1412 bertanya…
Orang asyik tanya mintak pendapat camne cara-cara nak ‘move on’ dari seseorang atau sesuatu keadaan.
Boleh kau bagi pendapat bagi bangsa yang hati kering dan berdegil nak ‘stay instead of move on’?
Kalau pendapat bernas, sebutir burger vegetarian di jalan serangoon mungkin akan menjadi milik anda.

Aku rasa orang yang berhati kering itu menjalani satu proses yang amat panjang serta menyeksakan sehingga boleh mencapai tahap hati kering. Mungkin juga proses ini melibatkan kedegilan diri untuk ‘stay on’ dan tidak ‘move on’. Tapi menurut pengalaman aku si hati kering ini diwaktu dia mengambil keputusan untuk ‘move on’, serta-merta hatinya akan menjadi lembap dan basah dan bersedia untuk episod hidup selanjutnya. Sebab pada pendapat aku hati yang kering ini masih boleh menyerap kelembapan yang datang bersama kasih sayang serta cinta. Cuma terpulang kepada inisiatif diri sendiri. Sedap ke burger vegetarian tu?

knisa zain bertanya…
awak ni sape ek?

Sape tu nama alat muzik tradisional Sarawak.

M3 bertanya…
1.Kemana menghilang?
2.Selama hilang apa buat?
3.Ketika membuat ada buka blog?
4.Jadi kalau buka kenapa tidak update @ post idea kamu yang kami tunggu-tunggu?
%.Haaaiiiiiihhhhh……

1. Tidak menghilang ke mana-mana.
2. Sekadar menfokuskan diri di dalam realiti dunia sebenar.
3. Jarang sekali.
4. Tiada subjek menarik untuk ditulis.

salsa bertanya…
Adakah Noh Hujan seorang hipster?
Sila jawab dengan jujur.

Aku lagi hipster dari dia. Kalau tidak percaya sila tanya dia.

salsa bertanya…
1. TOS 2010 kau ada join?
2. Grafa ada jual apa?
3. Kalau budak-budak rempit datang lepak Grafa kau layan tak?

1. Tidak.
2. Jual barang.
3. Kalau pelanggan yang membeli aku layan.

hanif bertanya…
1.sekarang kau memang fulltime kerja grafa?
2.banyak tak modal nak bukak grafa?
3.kau buat pinjaman bank ke nak bukak grafa?bank apa?

1. Mungkin.
2. Banyak.
3. Tidak.

wan bertanya…
kasut yang selalu di pakai pada ketika ini?

Kasut kanvas yang dibeli murah di Topman (selesa buat berbasikal) atau boat shoe Sperry Top-sider. (tidak perlu berstokin.)

anonymous bertanya…
sedikit sebanyak pendapat MM tentang fesyen 2011?

Hmm. Soalan yang menarik. Aku rasa semua sudah bosan dengan aliran fesyen seluar senteng yang dipadankan dengan boat shoe. Aku rasa mungkin tahun depan (ini berdasarkan pemerhatian dan penyesuaian di Malaysia, OK?) ramai orang akan mula berjinak-jinak dengan layering. Dan dengan layering aku bukan maksudkan hanya dengan memakai t-shirt dan jaket ala Justice yang membosankan dan semua orang pakai. Untuk aku, aku sukakan silhoutte yang diperolehi dari memakai top yang besar dan berlapis dan dipadankan dengan seluar potongan skinny dan kasut berprofil kecil (bukan kasut high-cut, misalnya).

Cuma masalahnya selama ini tidak banyak top yang boleh digunakan, atau mempunyai material yang sesuai dengan cuaca panas di Malaysia. Aku rasa sudah sampai masa fesyen lelaki di Malaysia berkembang dari hanya sekadar t-shirt dan jaket (yang terlampau panas) yang dipakai di atas t-shirt tersebut. Masa untuk layering dengan t-shirt berpotongan besar dan oversized, dengan kardigan kapas nipis yang tidak panas. Untuk rujukan sila lihat Diet Butcher Slim Skin. Aku suka dengan cara mereka padankan t-shirt berpotongan tidak konvensional dengan jaket/kardigan nipis yang sesuai dengan cuaca di sini.

naqiey bertanya…
1. Pendapat MM tentang melanjutkan pelajaran dalam A-levels , buang masa/cerah future ?
2. Tak berminat nak me-Majalah 3-kan Grafa ?
3. Syamsul Yusuf pengarah terbaik ? Setuju ?

1. Melanjutkan pelajaran itu tidak pernah dan tidak akan membuang masa.
2. Tidak.
3. Tidak pernah melihat hasilkerja beliau jadi tidak patut memberi komen. Tidak mahu pun.

gadfly bertanya…
Apakah yang membezakan orang mengikut trend atau yang digelar poser daripada orang yang dikira ahli tulen sesuatu subculture, lebih-lebih lagi kalau subculture tertentu ditiru dari barat?

Jika subculture yang popular semua berasal dari barat, tidakkah ini bermakna semua orang di Malaysia ini, apabila mengikiut subculture barat hanya pengikut trend atau poser?

Adakah saudara sudah puas dangan subculture yang dipilih sekarang atau ada kemungkinan saudara akan tukar kepada subculture yang lain?

Apakah yang menyebabkan sesuatu subculture yang ditiru lebih baik daripada subculture-subculture barat yang lain? Agaknya berapa lama ‘cool factor’ sesuatu subculture itu bertahan sebelum ia pudar?

Seperti yang aku katakan berkali-kali, semua orang sudah pasti akan bermula dari tahap poséur. Sebab kebiasaannya seseorang itu akan mengikut sesuatu aliran atau trend itu berdasarkan tahap coolnya, dan selalunya tahap cool itu akan dinilai dari aspek paling mudah, iaitu segi estetiknya (dari segi visual atau aural contohnya), dan estetik inilah yang akan ditiru.

Apa yang membezakan seseorang itu ialah apa yang dikajinya tentang nilai estetik tersebut. Apakah asal usul estetik tersebut, mengapakah ia kelihatan/kedengaran sedemikian dan sebagainya. Kiranya jika kamu suka Justice misalnya kamu akan selidik siapa itu Justice, apa latarbelakang muzik mereka, dan apakah pengaruh muzik mereka sampai mereka boleh keluarkan lagu ‘Stress‘ misalnya. Ketepatan serta obsesifnya kamu dengan kajian inilah yang akan menentukan kedudukan kamu di dalam hierarki kamu dalam dunia penuh trend dan subculture ini.

Pada aku, kamu kurang penting jika kamu hanya suka Justice. Kamu mungkin juga kurang penting jika kamu buat apa yang Justice buat. Kamu mungkin lebih menarik minat aku jika kamu ambil pengaruh dari mereka yang mempengaruhi Justice, dan buat intepretasi sendiri. Dan dari intepretasi inilah kamu patut suntikkan identiti kamu sendiri, dan make it your own. Hakikat inilah yang membezakan poséur/trend follower/lembu dengan trendsetter/opinion leader/kambing.

Sekian terima kasih.

Popularity: 100% [?]

Tags:

November 8, 2010 32

Tanya Abang Minimalis Lagi!

By in Tanya Abang Minimalis

Mungkin ramai yang tertanya-tanya tentang arah tujuan blog ini, atau apa aktiviti terbaru aku, atau orang mana yang aku kutuk semenjak dua menjak ini.

Jadi ini peluang kamu!

Silakan kemukakan pertanyaan di ruang komen di bawah. Segala persoalan akan terjawab akhirnya!

Popularity: 75% [?]

Tags:

September 6, 2010 4

Belacan Dan Paku.

By in Layan Diri, Youtube

Malasnya aku nak menulis!

Mereka ini memang terbaik! Selamat Hari Ray untuk semua dan jangan lupa add Belacan dan Paku di Facebook! Juga silakan ke laman Youtube mereka untuk menonton banyak lagi video-video yang kelakar! Memang kering gusi!

Popularity: 62% [?]

Tags:

August 11, 2010 10

Petang Semalam Di Ibukota 45.

By in Petang Semalam

Selamat Berpuasa semua!

Popularity: 36% [?]

Tags:

July 11, 2010 5

Petang Semalam (Bukan) Di Ibukota 44.

By in Petang Semalam

Bangsa Berbasikal.

Popularity: 30% [?]

July 4, 2010 2

Petang Semalam Di Ibukota 43.

By in Petang Semalam

Tipu. Bukan petang semalam tetapi pagi tadi.

Popularity: 25% [?]

Tags:

July 3, 2010 4

Lagu Hari Ini 32.

By in Lagu Hari Ini, Youtube

This Modern Love—Bloc Party

To be lost in the forest
To be cut adrift
You’ve been trying to reach me
You bought me a book
To be lost in the forest
To be cut adrift
I’ve been paid
I’ve been paid

Don’t get offended
If I seem absent minded
Just keep telling me facts
And keep making me smile
Don’t get offended
If I seem absent minded
I get tongue-tied
Baby, you’ve got to be more discerning
I’ve known never known what’s good for me
I will be yours

I’ll pay for you anytime

You told me you wanted to eat up my sadness
Well jump on, enjoy, you can gorge away
You told me you wanted to eat up my sadness
Jump right on
Baby, you’ve got to be more discerning
I’ve known never known what’s good for me
Baby, you’ve got to be more demanding
I will be yours

What are you holding out for?
What’s always in the way?
Why so damn absent-minded?
Why so scared of romance?

This modern love breaks me
This modern love wastes me

Do you wanna come over and kill some time?
Tell me facts, tell me facts, tell me facts
Tell me facts

Popularity: 24% [?]

Tags:

July 2, 2010 5

Petang Semalam Di Ibukota 42.

By in Petang Semalam

Pan Mee Dry.

Popularity: 23% [?]

Tags:

June 29, 2010 3

Kenapa Aku Jarang Menulis 07.

By in Kenapa Aku Jarang Menulis

Popularity: 22% [?]

Tags:

June 27, 2010 3

Petang Semalam Di Ibukota 41.

By in Petang Semalam

Melepak-lepak di Urbanscapes. Siapa nampak aku? Ya, semua gambar diambil dengan kamera telefon bimbit Samsung aku.

Popularity: 19% [?]

Tags:

June 25, 2010 4

Petang Semalam Di Ibukota 40.

By in Petang Semalam

Dua merpati yang sedang berteduh.

Popularity: 16% [?]

Tags:

June 23, 2010 14

Kenapa Aku Jarang Menulis 06.

By in Kenapa Aku Jarang Menulis

Aku rasa ini langkah kedua untuk menukarkan sepenuhnya blog ini kepada blog foto. Maaf untuk mereka yang suka cara penulisan aku, tetapi malangnya aku sudah ketandusan subjek untuk ditulis. Kalau rindu dengan penulisan aku, aku sarankan kamu selak semula nukilan-nukilan terawal aku yang dahulu. Banyak sebenarnya aku telah tulis, bukan?

Mungkin lebih mudah untuk aku kongsikan apa yang aku perhatikan setiap hari di dalam bentuk gambar. Penulisan dikurangkan, gambar dilebihkan. Setuju?

Popularity: 14% [?]

Tags:

June 21, 2010 9

Petang Semalam Di Ibukota 39.

By in Petang Semalam

Bukan petang pun, pagi sebenarnya. Jalan-jalan cari lontong.

Popularity: 12% [?]

Tags:

June 19, 2010 6

Mari Kita Cuba Sesuatu.

By in Layan Diri

Mungkin ada diantara kamu yang perasan yang blog aku hilang seketika dalam sebulan sebelum ini. Mungkin sebab hilang inspirasi, mungkin sebab aku sibuk dengan hal duniawi lain, dan mungkin juga aku tidak membayar bil untuk server hosting. Tetapi apa-apa pun aku sudah kembali, tetapi blog ini sudah berubah konsepnya. Ala-tumblr sekarang. Tunggu dan lihat, ya?

Sementara itu kalau ada salah dan silap (saiz imej yang salah, navigasi berselerak dan sebagainya), sila bersabar ya?

Buwek.

Popularity: 12% [?]

Tags:

May 11, 2010 1

Malam Semalam Di Ibukota 112.

By in Malam Semalam

Popularity: 24% [?]

Tags:

Get Adobe Flash playerPlugin by wpburn.com wordpress themes