Dahulu, ketika zaman sebelum Astro, aku suka menonton rancangan tv ‘National Geographic Specials’, tak silap aku ketika itu ianya ditayangkan di TV3. Dan jenis-jenis dokumentari yang selalu ditayangkan adalah mengenai tentang haiwan di Afrika, kehidupan kaum orang asli di seluruh dunia, atau mungkin tentang teknologi am terkini di Barat dan sebagainya. Kiranya, dokumentari tentang perkara-perkara am yang sedikit sebanyak boleh membantu aku ketika itu untuk menambah pengetahuan am.
Tetapi sejak kemunculan Astro, kita disogokkan dengan lebih banyak pilihan dokumentari di Discovery Channel, National Geographic Channel, Animal Planet dan sebagainya.
Bukan apa, aku memang suka menonton dokumentari. Boleh dikatakan tv aku kalau dipasang, biasanya akan terpasang rancangan tv dokumentari. Tak kisahlah masa itu aku sedang menonton tv atau tv sedang menonton aku, tetapi biasanya akan terpasang di saluran Discovery Channel.
Aku memang menyokong jika rancangan yang disiarkan adalah mengenai sains, geografi, teknologi dan sebagainya, tetapi semenjak dua menjak ini aku perasan di saluran dokumentari pun sudah lebih banyak keganasan.
Tengok sahaja tajuk rancangan baru semenjak dua menjak ini di saluran-saluran tersebut. ‘Weapon Masters‘, ‘Human Weapon‘, ‘Fight Quest‘, ‘Futureweapons‘. Semuanya berunsur keganasan. Tentang senjata atau mempersenjatakan sendiri. Cara-cara hendak membina senjata, cara untuk mematahkan rusuk lawan, cara-cara untuk membunuh orang. Kenapa ya? Kita semua tertarik dengan keganasan sangat sampai perlu tahu semua ke?
Teringat aku tentang filem ‘The Running Man‘ lakonan Arnold Schwarzenegger zaman pra-gabenor (hasil karya Richard Bachman, juga dikenali sebagai Tamar Jalis Mat Salleh iaitu Stephen King. Cuba baca juga buku bertajuk ‘Rage’ karya Richard Bachman juga, yang semestinya juga tentang keganasan, kali ini di sekolah menengah) tentang masyarakat masa hadapan yang terlalu obses dengan keganasan (mungkin unjuran dari minat kita sekarang dalam rancangan gusti WWE dan WCW. Lihat sahaja pakcik-pakcik yang terkinja-kinja ketika menonton rancangan gusti…) sehinggakan sanggup menyiarkan rancangan tv tentang ‘peserta’ yang dibunuh dengan kejam oleh ‘bintang-bintang’ tv. Tapi kalau ikutkan pendapat aku mungkin tidak akan berlaku di Malaysia. Aku rasa kita lebih obses tentang seks dan tabiat seks orang yang dikenali dibandingkan dengan keganasan di televisyen. Siapa ingat rancangan ‘Wira Waja Malaysia’ di RTM dahulu? Memang komedi terbaik!
Haih.
Tetapi baru-baru ini aku terperasan tentang satu siri baru di National Geographic Channel iaitu ‘Don’t Tell My Mother‘ arahan hos serta penerbit Amerika Diego Bunuel. Memang menarik walaupun aku baru sahaja menonton dua episod, satu tentang kehidupan sebenar di Korea Utara dan satu lagi tentang kehidupan penduduk Afghanistan pasca-Kesatuan Soviet dan pemerintahan Taliban. Memang menarik. Mesti tonton.
Aku sebenarnya tadi sudah pun memulakan sekurang-kurangkan empat perenggan pertama untuk tafsiran terbaru aku, iaitu ‘Tafsiran Gadis Urban’. Berbekalkan gambar-gambar yang diambil dari laman Flickr ini (TSDTK, tetapi memang bagus!!!), aku macam berhempas-pulas untuk mengkelakarkan situasi.
Tapi tak berapa kelakar pun.
Jadi aku batalkan hasrat aku, sebelum aku buat bodoh. Dan sebenarnya ini bukan pertama kali perkara ini berlaku. Kalau kamu lihat akaun Blogspot aku, ada banyak nukilan-nukilan yang masih berstatus ‘draft’, iaitu nukilan-nukilan yang belum aku terbitkan. Mungkin sebab ketika sedang menulis aku hilang inspirasi, atau mungkin sebab aku sakit perut. Atau naik ghairah.
Dan jauh sama sekali bukan sebab aku takut menyinggung perasaan orang lain ataupun sebab aku takut ditahan dibawah I.S.A. mahupun sebab-sebab yang berkaitan, cuma kerana aku ingin mengekalkan kualiti penulisan dalam blog aku ini. Dan memang malang sungguh untuk aku, sebab tahap kualiti yang aku tetapkan untuk blog aku ini memang agak tinggi. Bukan calang-calang buah fikiran akan berakhir sebagai nukilan yang akan aku terbitkan. Lagipun ini bukan private blog (booooo!) yang aku sediakan hanya untuk bacaan eksklusif rakan-rakan aku, tetapi blog awam yang boleh dibaca oleh sesiapa pun.
Kriteria aku senang sahaja. Ketika aku menulis (dan ya, aku biasanya akan menulis terus secara spontan ke dalam akaun Blogspot aku. Aku bukan jenis yang ingin buka fail baru di Word dan ambil masa 36 jam berikutnya untuk menulis sesuatu), aku akan sebutkan satu-satu perkataan yang aku taip, seakan-akan yang aku ini sedang bercakap dengan diri aku sendiri. Kiranya, kalau aku ini Tamar Jalis, aku akan bercakap macam aku sedang Bercakap Dengan Jin.
Jika ketika aku bercakap dengan diri sendiri aku rasa apa yang aku cakapkan itu bosan, aku akan berhenti, dan kemudian aku akan buang nukilan tersebut. Kalau aku tersengih sendiri dan hampir ketawa dan perasan genius, aku tahu yang apa yang aku tengah tulis itu mungkin agak menarik.
Jadi, di sini aku minta jika kamu sedang membaca blog aku, cuba kamu bayangkan yang aku sendiri yang sedang berkata-kata menurut apa yang kamu baca. Cuma mungkin ramai di luar sana tidak tahu bagaimana suara aku, bukan?
Sebagai panduan, klip Youtube di bawah mengandungi suara yang paling hampir dengan suara aku. Jadi bayang-bayangkanlah, ya? Suara aku bercakap memang sebijik suara dalam klip di bawah.
Aku sudah masuk tahap bengang gila. Akibat cuba menyelesaikan masalah kereta aku, aku sampai tidak sempat ke tempat kerja hari ini. Majikan aku pasti marah. Tapi hendak buat macam mana? Jadi, sementara kemarahan masih meluap, aku akan alurkan segala kemarahan tersebut untuk menjawab soalan-soalan kamu semua.
Rozana Alia berkata… MM, saya guna MacBook and I don’t know why tak boleh masuk Facebook and sejak Twitter ubah apetah cannot masuk Twitter juga. (padahal boleh tanya dekat kedai Mac. Saje je mana lah tahu you tahu kan)
Kamu guna browser apa? Cuba resetkan ‘cookies’ kamu, dan jika tidak boleh juga padamkan ‘preferences’ kamu dari ~Home/Library/Preferences. Padamkan fail com.apple.Safari.plist jika kamu guna Safari atau org.mozilla.firefox.plist jika kamu gunakan Firefox. Mungkin boleh membantu.
Ferdows D. Isaac berkata.. MM, terima kasih utk penjelasan panjang lebar anda bagi aku,(aku tak tahu yg lain bagaimana) bimbo disini dimana, muka cantik tetapi when we start to talk about current issues atau perkara lain yang memerlukan kita memerah otak, mereka hanya mampu membisu dan tersengih2 dan mereka memang benak gamaknya. Haha. pendapat kamu?
Wah! Terima kasih untuk link yang menarik itu!:)) dan, kau dah dengar lagu-lagu baru malique? Pendapat kau?
Muka yang cantik jangan disangka otaknya kosong. Kadangkala perempuan suka berbuat demikian di depan lelaki, agar mereka nampak lemah, dan membolehkan si lelaki merasakan ego mereka melonjak-lonjak ketika mereka berupaya ‘menolong’ si perempuan yang konon lemah ini. Secara peribadi aku kurang minat mereka yang sebegini, tapi dari pemerhatian aku ramai yang masih sebegini dan ramai lelaki (terutamanya lelaki artis Melayu yang suka ceraikan isteri sebab isteri lepak di kelab malam) minat dengan mereka yang seakan-akan berotak kosong dan tidak mempunyai pendapat sendiri. Bukan aku. Aku lain tau!
Dan aku tidak mendengar album solo Malique lagi, jadi tiada komen. Tipu Tapi Benar (TTB) berkata… Sekiranya MM diberikan dana untuk membuat sebuah filem, cerita yang bagaimanakah yang akan MM jadikan filem? Dan apakah lagu-lagu yang MM akan pilih untuk dijadikan soundtrack untuk filem MM itu?
Aku akan bikin filem kehidupan dan cinta di Lembah Kelang yang setepat mungkin, tetapi yang langsung tidak melibatkan Mat Rempit, Bohsia (relevan ke golongan ini sekarang?), Mamat Drift, jus oren serta Abang Misai Muka Ketat Berjaket Kulit. Sebaliknya ia akan mengenai golongan-golongan yang rapat dengan aku. Ia akan penuh dengan bahasa slanga dan bahasa pasar, lurah dada, seks rambang dan arak, tanpa disunting oleh penerbit filem atau Lembaga Penapis Filem serta Kementerian Dalam Negeri. Filem yang sejujur-jujurnya, tanpa perlu tunduk pada mana target market dan trend terkini. Filem jujur. Soundtrack instrumental aku akan buat sendiri, semestinya. Kalau inginkan rakaman orang lain mungkin aku akan meminta izin Blue Note Records untuk menggunakan rakaman-rakaman jazz bebop mereka sekitar akhir tahun 1950an.
Pada aku, filem Malaysia yang mungkin paling hampir dengan visi aku ialah filem arahan Teck Tan, iaitu ‘Spinning Gasing‘. Premis awalnya mungkin menggalakkan, tetapi mungkin akibat tekanan penerbit dan syarikat filem, filem ini pada aku tidak berapa berjaya, kerana mengorbankan realisme untuk memudahkan pemasarannya dan menjadikannya komersil, serta barisan pelakon yang agak kekok dan tidak kena. Hampa jugalah.
harakirimonkey berkata… sir, i am curious as to your opinion on a. consensual anal sex b. non-consensual anal sex thank you for your time. :)
Di sini aku hanya boleh memberi komen tentang soalan di atas dari segi seks heteroseksual. Yang pertama, isu non-consensual sex atau seks tanpa izin tidak sepatutnya timbul. Tidak kisahlah depan, belakang, atas atau bawah. Sebab menurut pemahaman aku ‘tanpa izin’ adalah sama dengan rogol, satu jenayah paling berat yang aku tidak mahu berlaku kepada mana-mana kenalan wanita (dan mungkin lelaki) aku. Berkenaan cara-cara seks itu dilakukan, aku percaya kamu kena tepuk dada tanya selera. Terlampau subjektif, cuma mungkin tabiat-tabiat seks ‘pemimpin’ kita (sama ada benar atau tidak) tidak sepatutnya digunakan untuk melariskan akhbar. Itu sahaja.
Kurie berkata… Tolong senaraikan filem2 best berkaitan “HACKERS” selain dari filem yg pernah aku tengok seperti….HACKERS, ANTI-TRUS…etc..
Aku dahulu obses dengan filem ‘Hackers‘, dan itulah pengenalan pertama aku kepada Angelina Jolie. Sebab filem tersebut jugalah aku mula belajar Unix, dan mula bermain inline skate. Seingat aku, filem lain yang mungkin menarik minat kamu ialah ‘Pi‘ (soundtrack dia memang bagus!), ‘Wargames‘, ‘Electric Dreams‘ (bukan berkenaan penggodam tetapi agak menarik juga), ‘The Net‘ (lakonan Sandra Bullock). Juga janganlah lupa ‘Swordfish‘ dan mungkin juga ‘Tron‘. Aku dengar mereka akan bikin sambungan filem ‘Tron‘, jadi pandai-pandailah gunakan Google ya?
Tapi apa-apa pun, jangan lupakan siri tv ‘Max Headroom‘ yang popular dahulu. Watak ‘Max Headroom‘ lakonan Matt Frewer amat popular pada pertengahan tahun 1980an dahulu, dan visi masa hadapan yang ditunjukkan dalam siri tv tersebut (anarki berkomputer, user-generated content dan sebagainya) memang relevan untuk kita sekarang yang hidup di zaman Youtube, 3G, Akademi Fantasia serta tv realiti. Memang agak visionary.
Sue Anna Joe berkata… Soalan saya ialah: Cemana nak detect orang yang merokok untuk kelihatan ‘cool’. Apakah kriterianya?
Orang yang hembus rokok guna hidung.
young team berkata… apakah kurangnya industri muzik di tanah air kita ni? industri muzik non-mainstream lah (aku pun tak tau nak label ape lagi kpd industri ni, underground?, indie?, whatever) apa kurang berbanding scene indonesia? walhal kita punya muzik sume bagus2 (segelintir shj lah) Aku rasa dari segi penerimaan, kita semua sudah terbuka. kita boleh menjemput band2 post-rock, dan akan dtg band math spt TOE. maksud nya sudah ada pendengar dan market kpd genre ini. bukan aku kata post rock dan math satu kayu ukur, tapi aku rasa di situ ada perkembangan iaitu keterbukaan. metal(segala jenis metal lah), indie atau emo semua itu sudah kita terima lama dulu. mungkin tidak seawal negara jiran spore dan indonesia. dan mcm mana pula langkah2 utk mengembangkan industri ini? + oh ya, lama dah tak nampak KLPHQ main. mana pergi ya?
Aku pernah menulis tentang ini dahulu. Semuanya akibat pasaran. Aku, engkau dan kawan-kawan engkau. Paling kuat pun yang mungkin minat dengan muzik sebegini berapa orang? Kamu rasa dalam penduduk Malaysia yang mungkin mencecah 27 juta orang ini, bilangan kita sampai satu juta orang tak? Aku rasa tidak sampai. Dan jumlah pasaran yang kecil inilah yang amat terhad inilah yang amat membantutkan perkembangan kita. Berlainan dengan Singapura, walaupun jumlah penduduknya kecil jika dibandingkan Malaysia, tapi aku rasa nisbah penduduk dengan mereka yang mungkin menerima jenis muzik baru itu adalah amat tinggi. Dan Indonesia pula jumlah penduduknya teramat besar. Walaupun nisbahnya mungkin lebih kecil dibandingkan negara kita, tetapi jumlah penduduknya yang amat besar menjanjikan pasaran yang amat besar untuk band sekecil mana pun.
Aku rasa yang lebih penting dari mengembangkan industri kita ialah untuk me’mature‘kan industri kita terdahulu (maaf aku tidak jumpa istilah sesuai). Jumlah akhir tidak penting, tetapi yang penting adalah pemikiran mereka yang berkarya kreatif di sini, serta sebab-sebab dan motivasi mereka ingin berkarya sedemikian.
KLPHQ sekarang sedang tour Brazil, tidak silap aku.
Dang Ijah berkata… Hai En MM… Ble tlg senaraikan benda2 best yg ble dberi utk kaum lelaki… Terima kasih…
Untuk kamu yang mengikuti perkembangan tentang kereta Proton aku, ya, aku sudah pun menghantar e-mel kepada Pengarah Urusan Proton. Malangnya dia tak baca pun e-mel aku, dia lepas tangan hantar kepada orang bawah dia, dan orang bawah dia hantar pada orang bawah dia satu lagi, yang akhirnya menghantar e-mel yang sama kepada orang yang paling bawah.
Jawapannya? Sama seperti jawapan penjual kereta aku. Lebih baik tak payah. Hari ini genap 2 BULAN, beb.
Sebelum aku menyumpah-nyeranah apa kata kita lihat soalan-soalan untuk kali ini ya?
renegix_01 berkata… terangkan teori kematian wang dan sejauh mana relevan penggunaan dinar emas dalam menggantikan wang?
Kan aku sudah cakap jangan tanya berkenaan Tajwid? ;) Tapi jika kamu perlu tahu sila baca artikel ini, yang memang menerangkan konsep penggunaan dinar emas, termasuk contoh penggunaannya dalam sistem ekonomi Malaysia dan Indonesia. Maaf, aku memang tidak fasih ekonomi, duit simpanan pun tiada.
Ferdows D. Isaac berkata… MM, persepsi kau terhadap perempuan Melayu Bimbo? hehe
Satu perkara yang kamu perlu faham tentang blog aku ialah, walaupun adakalanya aku menulis tafsiran yang begitu sinis tentang kelompok-kelompok tertentu di dalam masyarakat, tetapi aku akur bahawa setiap kelompok itu ada relevannya di dalam masyarakat sejagat. OK, aku bagi contoh, golongan ‘kyogaru’ atau ‘kogal’ di Jepun misalnya (mungkin ini yang paling hampir dengan golongan Melayu Bimbo yang kamu maksudkan), merupakan satu kelompok masyarakat berpendapatan sederhana yang mempunyai banyak pengaruh di Jepun. Dari fesyen, trend, rekacipta telefon bimbit, jenis makanan dan minuman dan banyak lagi semuanya banyak dipengaruhi apa yang digemari golongan ini. Bukan itu sahaja, pendapatan boleh-buang (? – disposable income) kelompok ini juga banyak mempengaruhi gerak ekonomi negara Jepun, terutamanya berkenaan barangan serta produk yang digunakan kelompok ini. Sebab itu selalu dikatakan mana-mana trend terhangat di dunia ini banyak dimulakan dari Shibuya serta Shinjuku, kedua-duanya tempat yang penuh dengan golongan remaja ini.
Tapi aku kurang pasti tentang ‘kuasa pembelian’ (? – purchasing power) yang dimiliki oleh Melayu Bimbo, dan sejauh mana kelompok ini mampu mempengaruhi ekonomi negara kita. Sedikit sebanyak pun golongan ini mampu menghiburkan kita dengan gambar-gambar lurah dada di Flickr yang diambil dengan kamera digital serta telefon bimbit berkamera mahal mereka, bukan?
aiko berkata… adakah anda perokok? kalau ye kenape? kalau tak kenape? lastly, kenapa org suke merokok walaupun dah tau merokok tu membahayakan diri & org sekeliling dan juga membazir duit?..
Ya, aku perokok. Sebab rokok mengandungi nikotina, satu dadah yang amat ketagih. Orang suka merokok bukan sebab mereka suka merokok, tetapi mereka suka aksi yang dilakukan ketika merokok. Ini termasuklah mengetuk kotak rokok ketika mula dibeli, membuka bungkusan plastik rokok dengan cara tertentu, menarik atau menyimpan balutan kertas aluminium di dalam rokok, menarik rokok keluar dalam aturan tertentu, mengeluarkan pemetik api, cara membakar rokok dengan api, cara meletak rokok di bibir, cara memegang rokok dengan tangan, cara menyedut asap rokok, cara menghembus asap rokok, cara menjentik abu rokok dari rokok, cara memadam api rokok serta cara membuang puntung rokok. Semuanya penting.
Dan manusia memang selalunya suka benda-benda yang membahayakan dan membazirkan. Sebab itu aku merokok. Bukan untuk nampak ‘cool’, OK?
Sue Anna Joe berkata… MM, soalan saya ialah, apesal sorang diorang kat atas ni tak best?
Aku tidak mendiskriminasi. Cuma aku ada pendapat tentang orang sahaja.
heartbeat berkata… MM, soalan saya – kenapa perlu tanya soalan kepada anda?
Sebab ramai orang ingin membaca pendapat aku di sini, tak kisahlah sama ada betul atau salah, tetapi ia memangnya pendapat aku. Juga sebab kamu semua tahu aku tak peduli apa pendapat kamu tentang pendapat aku. Sebab itu tajuk blog aku ‘Aku Tak Peduli’. Sila rujuk vendetta aku kembali jika kamu kurang faham.
47 berkata… wahai MM, ini soalan aku: kenapa sesetengah blogger tidak kisah mendedahkan identiti dan muka mereka dan sesetengah lagi mahukan anonymity?dan pada pendapat MM, apakah pros and cons kekal anonymous / mendedahkan identiti?
Aku pernah menyentuh hal ini lama dahulu. Sebab aku ingin anonymous (walaupun aku tidak berusaha sangat pun semenjak dua menjak ini) ialah aku tidak mahu identiti serta kedudukan aku (serta reputasi aku, tak kisah baik ataupun buruk) mempengaruhi apa yang kamu baca di sini. Dia macam Ozzy Osbourne serta Snoop Dogg, kamu dengar lagu mereka memang mereka ini macam handal, tetapi bila melihat rancangan tv realiti mereka pendapat kamu tentang mereka berubah terus (Ozzy tu macam orang tua nyanyuk, dan Snoop Dogg tidaklah se-gangsta mana pun).
Aku banyak memikirkan kelebihan dan kerugian menyembunyikan identiti, tetapi aku rasa dalam kes aku lebih mudah untuk aku tidak mendedahkan identiti, sebab banyak implikasinya terhadap aku. Cukuplah kamu semua menganggap semua lelaki berseluar ketat dan berkasut putih itu Melayu Minimalis.
H berkata… MM, dulu ada tafsiran lelaki metrosexual. dan sekarang boleh bagi tafsiran lelaki maskulin?
Kwaidan Tarmizi berkata… Lagu kegemaran encik MM tahun ini, dan Album terakhir encik MM last dengar?
(Blog kamu best!) Lagu kegemaran aku tahun ini semestinya ‘Halcyon – Beautiful Days‘ dendangan Mono. Mendalam ertinya buat aku. Dua album terakhir yang aku dengar betul-betul ialah album M83, ‘Saturday = Youth’ serta album Bitcrush bertajuk ‘Epilogue In Waves’.
Jebon berkata… Encik MM, normalkah untuk saya berasa marah/berang/nak tampar diri sendiri apabila mendengar pasangan bercinta (bawah umur/cukup2 umur,mostly di myspace) menggunakan kata ganti diri ‘Mama’ dan ‘Papa’ bila bercakap sesama sendiri?
Normal. Aku harapkan mereka yang bawah umur ini jangan pula begitu sebab asyik menggunakan pengganti cincin tunang yang semakin popular di Amerika sekarang. Betul-betul jadi ‘Mama’ dan ‘Papa’.
Fendy berkata… Apakah antara perkerjaan yang cool bagi anda? Jelaskan.
Perdana Menteri Malaysia. Selain dari itu aku rasa pekerjaan aku sebagai ahli fizik nuklear memang agak cool. Sebab aku dan rakan sekerja aku sahaja dari Malaysia yang bakal melihat particle accelerator di CERN, Geneva, membinasakan dunia kita dengan ‘lubang hitam‘.
Sarah is the One berkata… di manakah di Malaysia kedai untuk membeli kostum-kostum nakal selain daripada costume nurse atau catwoman atau rabbit. ada tak kedai yang mempunyai lebih variasi dari itu. terima kasih.
Hmm. Setahu aku di Malaysia tiada. Kalau ada pun mungkin di kedai-kedai (atau gerai-gerai kecil) yang menjual lingerie murahan di pusat membeli-belah. Untuk lelaki aku pernah berjumpa seluar dalam berupa belalai gajah, di Jusco tidak silap aku. Memang comel untuk mereka yang berzakar panjang. Kalau hendak senang beli di Ebay sahaja, banyak boleh beli kad debit (di 7-11 pun ada) yang boleh digunakan dalam Ebay. Untuk aku senang sahaja, baju sekolah. (Bukan untuk yang dibawah umur, ok?)
Bagaimanapun, jika kamu peminat Furry Fandom atau seorang ‘Furvert‘, banyak kedai-kedai pakaian beragam di Lembah Kelang yang menyewakan sut penuh dengan topeng sekali. Di sini aku ingin tabik Freelove kerana berjaya memuaskan hati semua ‘Furvert’ di Malaysia dengan video muzik mereka di bawah ini. Mengghairahkan. Oh ya, teman lelaki kamu memang bertuah.
Baiklah, atas permintaan ramai sekali lagi, aku akan buka ruang di sini untuk kamu bertanyakan soalan kepada aku, Encik Melayu Minimalis (tiada pangkat, tiada darjat). Soalan-soalan yang dibenarkan adalah soalan yang selain berunsur agama dan politik, seperti biasa. Tetapi untuk kali ini, soalan-soalan berunsur Matematik serta Ilmu Tajwid juga tidak digalakkan. Lagipun aku rasa kamu salah blog jika kamu ingin bertanyakan soalan sebegitu.
Juga, selain dari soalan, permintaan-permintaan nukilan serta pendapat juga dialu-alukan. Tidak lupa juga segala dermawan-dermawan internet yang ikhlas yang ingin menderma juga akan mendapatkan jawapan terperinci kepada semua soalan-soalan mereka, ya? Tetapi perlu disertakan dengan bukti dermaan, terima kasih.
(Sebenarnya aku semenjak dua menjak ini kurang marah. Kecuali terhadap Proton. Lain-lain hal aku no hal. Jadi kalau mahu cari hal tanyalah soalan ok?)
Aku sudah dua hari tidak pergi kerja. Migraine yang mencucuk kepala aku dari hari Sabtu lepas sampai hari ini tidak beredar. Ubat pun sudah tidak berkesan, jadi aku fikir rehat secukup-cukupnya mungkin jawapannya. Hendak menulis blog pun pening. Tapi hari ini aku dapat buah fikiran sikit. Jadi sebelum buah fikiran aku jadi busuk aku tulis dulu.
Aku hendak tulis pasal orang kita dengan kuasa. Orang kita yang gila kuasa. Tidak kisahlah bagaimana dia dapat kuasa itu, sebab dia beli ke, sebab ada ‘ayahanda’ beri ke, sebab dia dapat pakaian seragam ke, sebab dia dilantik kroni ke, tetapi semuanya sama.
Atas sebab yang samalah aku dari dulu tidak suka berkawad. Pengakap ke (‘pengangkap’ kata orang yang bebal sikit), Kadet ke, Puteri Islam ke, Rumah Iskandar ke, semua sama. Aku tidak suka sebab ada orang memerintah aku untuk langkah kiri, kiri, kiri kanan kiri. Lagipun aku tidak suka pakaian seragam kecuali pakaian seragam Stormtrooper, dan tak silap aku di Malaysia masih belum ada 501st Legion lagi.
Kita tengok Pak Guard kita. Lagi-lagi yang Melayu. Baru ditugaskan untuk jaga kereta dan pelawat-pelawat yang masuk ke dalam kondo, tetapi aksinya mengalahkan kumpulan S.W.A.T LAPD. Macam-macam ditanya, itu dan ini, nasib baik di sini tiada ‘taser‘, kalau ada mesti jadi macam mamat bawah ni.
Kamu bayangkan, kalau di Malaysia semua orang yang ada ‘kuasa’ dibekalkan dengan ‘taser’. Mesti kecoh.
Senario 1: Stadium Bola Alak – “Mari menjilat lalalala“ Pakcik Taser – “Woooi! Turun pentas sekarang!” Alak – “Lalalalala oi oi oi“ Pakcik Taser – “Nah rasakan!!” Alak – “Bzzzt!!!”
Senario 2: Dekat Segambut, pukul 12:45 tengahari Ahad. Nas Ahmad – “Mari kita terjah dia tanya dia pasal kes video lucah tersebut!” Pak Guard – “Eh! Apa ni?” Nas Ahmad – “Aku nak terjah artis kat dalam kondo tu!” Artis 1 – “Terjah artis? Pas mana? Nah aku taser kau!” Nas Ahmad – “Bzzzt!!!”
Senario 3: Dekat Pentas Rakaman Mawi – “Aduhaaaai Saliiiiiiiiiiihaaaaaa” Adlin Aman Ramli – “Kau sumbang la Mawi. Nah Taser!” Mawi – “Bzzzt!!!” Fauziah Ahmad Daud – Kau berani taserkan si Mawi!?? Nah rasakan!” Adlin Aman Ramli – “Bzzzt!!! Bzzztt!!! Bzzztt!!” (Kena 3 kali)
Jadi kepada mereka yang berkenaan, sila jangan import taser gun ke Malaysia. Mungkin jadi kes macam ni.
Kamu hendak membaca tentang perkara baru? Terutamanya tentang filem, seni, senireka dan pendapat tentang kehidupan yang kamu tidak boleh dapati dari blog aku?
Baca blog ini. Serius, aku tabik. Aku pun sedang membaca habis-habisan. Mungkin blog dalam blogosfera Melayu yang paling genius tanpa perlu menggunakan apa-apa metafora, rujukan kepada penulis ‘Situation Heavy’ serta ayat-ayat canggih.
Eh? Ke mana pergi gambar kasut aku? Aku tak suka hari-hari Jumaat kebelakangan ini, sebab ianya hanya akan mengingatkan aku yang aku tidak berkereta, dan akibatnya aku akan marah Proton sekali lagi.
Siapa masih ingat Wendy James dan Transvision Vamp? Dia ini memang tak peduli langsung.
Baby I Don’t Care – Transvision Vamp Well you can give me all your love And anything else you got too But don’t pay it any mind If it seems like I’m acting cool Well you can dress me in your mirror Give me kisses forever and a day yeah But there’s just one thing You don’t have to say You don’t have to say you love me And you don’t have to say any prayers No you don’t have to say you love me Baby it’s alright Cos honey I don’t care Oh baby I don’t care Oh honey I don’t care Oh honey I don’t care Well you can turns the lights down low Somethings are better that way And you can tell me all your stories But please spare me the plays Cos you don’t have to say you love me And you don’t have to save any tears No you don’t have to say you love me Baby it’s alright Cos honey I don’t care Oh honey I don’t care Oh baby I don’t care Oh honey I don’t care Deep in your eyes I see your thoughts I know you want me Sometimes it hurts But you know that some things Are best left never said Cos you don’t have to say you love me And you don’t have to say you care No you don’t have to say you love me Baby it’s alright Cos honey I don’t care Oh when I tell you baby I don’t care Oh baby please believe me I don’t care Oh when I tell you baby I don’t care Oh baby please believe me I don’t care Oh baby please believe me Don’t you see that I don’t care I don’t care Oh honey I don’t care You know, you know that I don’t care You know, you know That you don’t have to say you love me And you don’t have to say you care No you don’t have to say you love me Baby it’s alright, oh honey it’s alright Oh baby I don’t care
Sebagai bonus, tonton video di bawah. Ingat Patsy Kensit dan Eighth Wonder? Aku masih ingat menonton video di bawah ini ketika aku masih budak-budak lagi. Seksi!
Nukilan aku tentang Batman tempohari telah membuat aku terfikir tentang apa yang aku boleh buat jika harta aku sebanyak harta Bruce Wayne. Disebabkan aku seorang minimalis, aku rasa aku akan belanjakan sedikit wang untuk benda-benda yang mempunyai rekabentuk minimalis (seperti Lamborghini Gallardo untuk pergi Tesco, gitar custom jenama Electrical, 3 buah Macbook Pro, satu untuk kegunaan di rumah, satu di pejabat dan satu untuk kegunaan di luar rumah, 5 unit kondo berlantaikan kayu hasil projek MK Land atau YTL untuk makan duit sewa dan akhirnya satu unit tentera khas berbaju seragam hitam yang aku akan gelar ‘Angkatan Tentera Minimalis’ yang akan aku gunakan sebagai entourage aku. Simbol tentera aku hanyalah perkataan ‘Angkatan Tentera Minimalis’ di dalam fontHelvetica Neue) dan selebihnya akan aku gunakan untuk membeli jawatan Perdana Menteri Malaysia serta membayar gaji ahli kabinet aku.
Disebabkan duit aku ada berbillion-billion ringgit, aku akan gunakan duit aku untuk memulakan pelbagai projek-projek kerajaan yang aku harapkan dapat menampung sendiri kos mereka setelah pelaburan duit aku sendiri selama 10 tahun minima, tanpa peningkatan cukai pun. Kalau tidak dapat menampung kos sendiri dalam 10 tahun aku akan letak jawatan sebagai Perdana Menteri dan beli Pulau Lang Tengah dan naik takhta sebagai raja.
Jadi diantara perkara-perkara yang akan aku buat di bawah pemerintahan rejim aku adalah seperti berikut.
1. Merombak Sistem Pendidikan.
Pendidikan wajib akan aku kekalkan sehingga Tingkatan Lima, tetapi aku akan merombak semula kurikulum sekolah dari Darjah Satu sehingga Tingkatan Lima. Sistem pendidikan akan berubah kepada sistem yang berasaskan pengalaman dan aplikasi dan bukan berdasarkan peperiksaan. Akibatnya pelajar-pelajar akan lebih berada di luar kelas untuk belajar menggunakan apa yang di ajar di dunia luar, tanpa sistem gred yang terlampau mementingkan ‘A’, sebaliknya menggunakan sistem analisa pelajar yang lebih menyeluruh. Para guru juga akan dilatih secara komprehensif, dan sistem saringan untuk mereka yang layak menjadi guru akan lebih diketatkan.
2. Membiayai Pendidikan Percuma Sehingga Peringkat Universiti.
Mereka yang layak serta berminat akan dibiayai pendidikan dalam negara sehingga peringkat universiti. Mereka yang inginkan pengalaman boleh memohon biasiswa penuh khas untuk ke luar negara, tetapi hanya mereka yang melalui proses pemilihan yang amat ketat. Antara kriteria pemilihan adalah keterbukaan minda, serta mampu menyesuaikan diri dalam apa-apa situasi sosial dan bukan sahaja keputusan peperiksaan. Segala buku rujukan dan buku teks serta buku latihan akan dibekalkan secara percuma tanpa mengira pendapatan keluarga, serta tidak akan wujud sekolah-sekolah atau kolej-kolej swasta. Kemudahan am semua pusat pendidikan akan disekatakan, tanpa membezakan lokasi sama ada di bandar atau kampung.
3. Gaji Tenaga Kerja Perkhidmatan Awam/Am Akan Dinaikkan.
Gaji guru/pensyarah, pekerja dan pegawai kerajaan, polis/tentera/bomba, penyelidik awam serta doktor akan dinaikkan sehingga tarap yang boleh menandingi sektor swasta. Pemilihan untuk ke sektor awam juga akan diketatkan, dan bukan calang-calang orang akan boleh bekerja di dalam kerajaan. Gaji kerajaan akan dinaikkan ke tahap yang amat kompetitif sehinggakan orang ramai akan lebih terkejar-kejar untuk masuk ke dalam kerajaan dan bukan sektor swasta. Pelindungan dari segi kos kesihatan, perumahan serta pengangkutan, dan tidak lupa kontrak yang menjamin pekerjaan jangka panjang akan menjadi sebab utama ingin menyertai kerajaan.
Latihan untuk memasuki sektor kerajaan juga akan dikemaskinikan, dan akan menumpukan lebih kepada aspek perkhidmatan pelanggan serta dedikasi kerja.
4. Memansuhkan Segala Akta Yang Akan Menguntungkan Mana-Mana Kaum/Pihak Tertentu.
Aku rasa ini yang mungkin penting. Akibat pemansuhan ini semua orang akan menjadi lebih kompetitif dan bekerja keras, dan tidak perlu ‘disuap’ dengan ‘kerusi’ yang dijamin ataupun subsidi yang membebankan kerajaan. Jika semua rakyat, tidak kisah harta, pangkat, kaum dilayan secara adil tidak akan ada mana-mana pihak yang akan mengadu ada pihak lain yang mendapat lebih layanan dari kerajaan.
Aku rasa, dengan hanya empat langkah diatas, akan berlaku kesan domino yang akan mendatangkan kebaikan terhadap rejim (ha ha) kerajaan aku secara automatik.
Antara yang aku rasa akan berlaku ialah:
a) Peningkatan Taraf Hidup.
Aku mungkin boleh rapatkan jurang miskin dan kaya, dan akibatnya 95% rakyat akan tergolong di dalam golongan pertengahan. Kuasa pembeli akan meningkat, dan akan meningkatkan ekonomi negara secara keseluruhan. Aku malas fikir secara ekonomi makro. Peningkatan kualiti perkhidmatan awam juga akan meningkatkan keberkesanan, dari pemprosesan dokumen kerajaan hinggalah kepada pengagihan projek pembangunan. Gaji yang cukup akan menyebabkan semua orang berdedikasi terhadap kerja, dari pemandu bas hinggalah kerani kaunter kerajaan. Semua orang gembira.
b) Kurang Penyalahgunaan Kuasa.
Akibat tidak banyak perbezaan taraf hidup di antara seorang pegawai pemasaran di syarikat swasta dan seorang pegawai polis, akan hilang situasi di mana salah seorang dari dua orang tersebut akan berada di situasi menguntungkan dari segi kuasa atau wang (get the upper hand-lah kata Mat Salleh) jadi semua mungkin akan berlaku secara adil. Kesan terus dari ini akan aku hapuskan agensi kerajaan yang mungkin tidak berguna jika semua ini berlaku, seperti Badan Pencegah Rasuah serta mana-mana badan serta Suruhanjaya Di-Raja dan juga pemerhati NGO yang tidak relevan.
Haih. Impian semata-mata.
Tunggu apa lagi? Sila transfer wang ke akaun aku sekarang!