May 5, 2008 10

Akibat Makanan Segera.

By in Youtube

Popularity: 2% [?]

May 5, 2008 6

Ketinggalan Zaman.

By in Pendapat


(Rajah diambil dari Hipster Runoff. Idea untuk nukilan hari ini diambil dari laman yang sama.)

Innovation. Dari apa yang aku lihat, kita semua tiada banyak sumbangan jika dilihat dari sudut inovasi yang relevan untuk aku. Sebab kita semua peniru. Peniru dan kemudian mengaku hak sendiri.

Tak kisah-lah dari segi mana. Dari segi muzik, fesyen, gaya, pengangkutan, semua. Malas aku nak senaraikan di sini, aku rasa semua sudah tahu, bukan?

Kita tak banyak idea yang boleh dikatakan berasal 100% dari minda-minda terpelajar kita, dari trendsetter atau tastemaker kita, dari orang-orang yang betul-betul mempunyai pengaruh untuk mengubah minda dan persepsi awam. Kalau ada pun, kurang relevan.

OK, baiklah. Satu cabaran. Namakan satu inovasi Melayu/Malaysia (selain dari batik dan songket, yang mungkin kita ambil dari budaya negara lain pun), yang berjaya mempengaruhi minda secara global. Satu sahaja. (Maaf, Mee Rebus Johor bukan inovasi.)

Kalau kamu lihat rajah di atas, sebilangan besar kita mungkin termasuk di dalam golongan “Late Majority” dan “Laggards”. Dalam erti kata lain, kita ketinggalan zaman.

Tapi jangan resah, ke’ketinggalan zaman’ itu semestinya akan menjadi segar semula satu hari kelak, sebab citarasa dan trend hanya boleh bergerak dalam satu bulatan, bukan?

Jadi pakailah t-shirt polo kamu dengan kolar naik menegak.
Pakailah kasut but Timberland kesayangan kamu.
Pakailah cerminmata Oakley kanta kuning kamu ketika kamu memandu atau naik basikal.
Lunturkan warna rambut kamu supaya nampak keperangan.

Apa-apapun, citarasa itu subjektif, bukan?

Popularity: 2% [?]

May 4, 2008 1

Malam Semalam Di Ibukota 18.

By in Malam Semalam

Malam penuh dengan kamera, kawan-kawan di Susu Kagum dan ketiadaan John (?).

Popularity: 2% [?]

May 3, 2008 6

Malam Semalam Di Ibukota 17.

By in Malam Semalam

Lelaki Korea dan Arif, kasut baru dan emosi keruh.

Popularity: 2% [?]

May 1, 2008 13

Tafsiran Lelaki Metroseksual Melayu.

By in Tafsiran

Semalam, ketika berjalan-jalan di One Utama, aku telah terlihat seorang lelaki Melayu yang ‘salah’. ‘Salah’ di sini bermaksud tidak kena, atau janggal, atau terencat. Ketika ditanya, aku cakap kat Pidosan, “Aku tengah cari idea untuk nukilan esok.”

Jadi untuk hari ini, aku ingin terangkan pemerhatian aku tentang Lelaki Metroseksual Melayu (LMM). Bukan, tiada kena mengena dengan seks, hanya kerana ada perkataan seksual, tetapi, kalau kamu sudah terperap di bawah tempurung kelapa selama ini, istilah metroseksual ini paling sesuai untuk menerangkan si David Beckham.

Lelaki yang tiada masalah bermesra dengan bahagian femininnya. (Mana Feminin ya?) Masih tidak faham? Baca saja-lah pemerhatian aku. (Nota: Terdapat banyak serpihan LMM ini, tetapi hari ini aku terangkan tentang serpihan asas, iaitu lelaki Melayu dalam lingkungan pertengahan atau lewat 20an, dan masih memandu kereta Nasional. Yang lain semua semestinya Cerita Lain.)

1. Suka David Beckham.
Bukan sebab dia pandai main bola, tapi sebab itulah idola fesyennya. Bukan jersi bola, tetapi pakaian-pakaian yang dipakainya ketika tidak main bola. Sebab itu ramai LMM suka Manchester United jika dibandingkan Chelsea atau Arsenal. Maaf, aku tidak suka menonton bola. Zaman bola aku berakhir ketika berakhirnya zaman gandingan triniti Ervin Boban, Abbas Saad dan Alistair Edwards.

2. Suka Rambut Berkilat.
Tak kisah-lah, sama ada disikat ke belakang, atau pun di’gel’ sampai terpacak, tetapi rambut mesti nampak berkilat. Istilah Bahasa Inggeris-nya wet-look. Sekarang jarang mengenakan gaya rambut ‘Beckham fin’ sebab Mat Rempit pun pandai ber’fin’ sekarang. Kalau tak tahu apa itu ‘fin’ sila Google sekarang, terima kasih.

3. Suka Pakai Sweater. Terutamanya yang V-Neck.
Tapi bukan dipakai, tetapi di ikat di bahu. Atau di pinggang. Sebab semua orang tahu apa akan jadi jika kita pakai sweater di Malaysia. Ya, kita akan sweat. Yang V-neck pula tidak terhad kepada sweater. Janji V-neck saja terus diterkam. Tak rela I.

4. Suka Berseluar Pendek Warna Khaki.
Jadi, alang-alang untuk menstabilkan situasi kepanasan akibat sweater tadi, kebanyakannya akan memakai seluar pendek. Bukan jenis yang seluar kargo, tetapi jenis yang macam seluar pejabat, cuma pendek.

5. Tak Pandai Ikat Tali Kasut.
Akibatnya, suka memakai kasut jenis slip-ons atau mocassin. Selalunya tanpa stokin. Dan jualan kasut Crocs di Malaysia juga meningkat sebab mereka ini. Kamu tak tahu ke kalau pakai Crocs kebarangkalian kamu untuk mati akibat dibaham buaya meningkat 300%?

6. Suka Pergi Urut.
Tak kisahlah, sama ada di spa mahal (jarang dikunjungi) atau di pusat mengurut. Paling afdal jika ke spa yang ada perkhidmatan facial sekali. Lagi seronok, dia.

Ehhhh jap jap! Aku rasa ada banyak persamaan LMM dan LAM, iaitu Lelaki Arab Metroseksual.

7. Mengambil Masa Yang Lama Di Bilik Mandi.
Inilah aku rasa ciri yang paling penting. Selesai mandi (mandi di sini bermaksud basahkan badan, sapu body scrub (dan disental gunakan span asli), moisturizer, shampu dan conditioner), kena buat facial scrub, facial moisturizer, facial mask, shaving moisturizer dan kemudian bercukur jambang, aftershave lotion, deodorant, dan akhirnya minyak wangi.

Bila keluar rumah dijamin bau macam tingkat bawah Parkson Grand atau Metrojaya. Alah, tempat jual minyak wangi dan alatan kosmetik semua. Macam John.

Bu-wek.
Aku nak balik bekerja.

Popularity: 5% [?]

April 30, 2008 7

Tafsiran Kokokaina.

By in Tafsiran



Selain dari Gisele Bundchen, Kate Moss, David Beckham dan Oprah Winfrey, salah seorang pembaca tetap blog ini yang paling terkenal ialah Kokokaina. Akibat kesalahan maklumat yang amat memalukan kredibilit ketika menulis nukilan ini, Kokokaina telah bermurah hati berjumpa dengan aku sendiri tanpa peguam, pengurus, make-up artist dan pembantu peribadinya (gurau sahaja, ok?) untuk memperbetulkan fakta-fakta serong yang telah aku siarkan di sini.

1. Bukan Penduduk Kelana Jaya.
Dia seorang perempuan, yang tinggal di Ampang. Adakah ini menjadikan dia seorang Perempuan Ampang? Mungkin. Tetapi Perempuan Ampang tak pandai main gitar.

2. Bukan Jack Johnson, tapi Patrick Keeler.
Dia belum pernah berjumpa Jack Johnson lagi, sebaliknya, syarikat pengurusan Monotone Management dari Hollywood dan pemain drum dari band The Raconteurs, Patrick Keeler yang ‘menjumpai’ dia di Youtube. Jadi bukan sahaja dia di bawah naungan syarikat rakaman Jack Johnson, tetapi akibat Patrick Keeler, Kokokaina juga ada kaitan dengan Jack White, yang dari kumpulan The White Stripes, yang bernaung di bawah Monotone Management dan juga seorang ahli The Raconteurs. Syabas!

3. Bukan Kokokaina.
Nama sebenarnya bukan Siti Koko bt Abdul Kaina.

4. Bukan sambal tumis ikan bilis.
Tetapi Laksa Sarawak/Mi Kolok.

5. Pengguna komputer Macintosh.
Ini membuktikan hanya pengguna-pengguna Mac yang akan berjaya. Maaf, John, kamu tidak layak lagi. Arif pun dah beli Macbook tau!

6. Bukan UiTM.
Banyak blog-blog lain yang tidak diiktiraf dan tidak sahih mengatakan Kokokaina seorang pelajar UiTM. Tidak tepat. Jika ada perempuan lain yang mengaku Kokokaina di mana-mana cawangan UiTM di Malaysia, perempuan itu penipu. Tetapi kalau dia comel, sila tinggalkan alamat e-mel di sini.

“Aku Tak Peduli: Hanya Maklumat Ekslusif dan Terkini Untuk Kamu Semua.”

Bu-wek.

Suntingan – Ada salah lagi. Sorry Kokokaina! Pembetulan sudah dibuat :)

Popularity: 4% [?]

April 28, 2008 5

Nukilan Sempena Pelawat ke 100,000 Aku.

By in Layan Diri



(Nukilan hari ini adalah seperti episod ‘catch-up’ dalam mana siri tv barat, di mana pada pertengahan musim akan disiarkan episod yang menerangkan apa yang berlaku di awal musim dan apa yang patut dijangka hingga akhir musim. Bagaimanapun ni tidak bermakna blog ini sudah sampai pertengahan musim, terima kasih.)

Tak disangka blog tak seberapa ini sudah 100,000 kali dilawati semenjak bulan Ogos lalu. Memang gembira. Dari permulaan yang goyah, masuk ke era penuh kontroversi dengan komentar-komentar bangang hinggalah kepada metamorfosis terkini kepada blog bergambar, memang banyak pengalaman aku telah harungi dengan blog ini.

Dan semuanya dengan kurang 1% nukilan tentang aku, sebaliknya penuh nukilan pemerhatian-pemerhatian dan pendapat aku sendiri. Dari perihal skinny jeans ke Nu Ravers ke Hujan hinggalah tentang pendapat aku tentang mereka yang Ingin Jadi© dan Lembu©. Tak lupa pula nukilan-nukilan bongkak penuh rujukan kepada model-model kurus berbuah dada besar (semuanya Cerita Benar, sumpah!) dan perempuan-perempuan berbikini di kolam mandi. Juga dua nukilan aku yang paling banyak tindakbalas, iaitu nukilan ini dan ini. (Ketawa)

Ramai juga yang tertanya-tanya, kenapa aku kurang menulis semenjak dua menjak ini, dan secara jujur aku katakan di sini aku telah habis memperkatakan apa yang aku ingin katakan ketika aku mula-mula menulis di dahulu. Hendak tulis perihal diri sini, banyak implikasi undang-undang, jadi selagi aku tidak perhatikan perangai orang lain yang menarik untuk aku tulis, aku tidak akan memaksa diri sendiri. Tau.

Dan juga aku pasti sedikit-sebanyak ramai di antara kamu yang kenal siapa diri aku sebenarnya.

Ya, aku masih Faizal Hussein. Dan ya, selain dari berlakon, (jangan lupa, filem lakonan kegemaran aku masih “Gila-Gila Remaja”) aku juga seorang ahli nuklear fizik yang bertugas di Bangi, dan menurut cerita, aku juga seorang ahli PDRM.

Masih tidak berubah, ya? Masih seperti dulu, manusia biasa yang penuh cacat cela tapi mungkin sudah meningkat sedikit dari segi teknik pengambilan gambar.

Jadi, teruskan membaca, dan harap-harap kita boleh mencecah (dan menceceh) 200,000 orang pembaca (dan penonton gambar-gambar) dalam masa enam bulan lagi.

Siapakah seorang penulis blog jika tiada sokongan pembaca, bukan?

Popularity: 1% [?]

April 26, 2008 0

Malam Semalam Di Ibukota 16.

By in Malam Semalam

Perjumpaan dengan kawan-kawan lama dari selatan, dihiasi dengan gambaran-gambaran dari Si Kabur. Aman.

Popularity: 2% [?]

April 24, 2008 8

Beza ‘Hipster’ dan ‘Scenester’.

By in Pemerhatian

Baru-baru, sebagai penyelidikan, seorang penulis majalah telah bertanyakan kepada aku tentang apa bezanya hipster dan scenester. Ada banyak sebenarnya, tetapi malangnya tidak ramai yang tahu. Cuma satu fakta yang amat ketara ialah, seorang scenester mungkin seorang hipster, tetapi seorang hipster tidak semestinya seorang scenester.

Mari aku cuba terangkan.

Hipster
- pakai skinny jeans sebab bergaya.
- minat dan arif tentang muzik.
- selalu pergi ke gig untuk tunjuk baju band baru, atau beli baju band baru. Termasuklah dari label-label baju tempatan seperti Kurasamerasa apa entah.
- sangkut kamera DSLR di leher tetapi pakai full auto mode sahaja.
- tidak beli muzik kerana duit habis beli pakaian. Cuma dengar lagu di Myspace sahaja.

Scenester
- pakai skinny jeans sebab muat. Alang-alang masih muat tu pakai sajalah kan? Yang tak muat akan menyumpah-nyeranah kata skinny jeans hanya untuk hipsters.
- minat dan arif tentang muzik dan main dalam band yang main muzik-muzik pelik. Paling kurang pun pernah ada fanzine zaman awal 90an dahulu atau sekarang ada blog tentang muzik-muzik atau awek-awek ‘baru’.
- selalu pergi ke gig untuk main bersama band di gig, sambil memakai baju band baru. Termasuklah dari label-label baju tempatan seperti Kurasamerasa yang diberi percuma sebagai promosi. Kalau tidak main dengan band pun akan tolong mengangkat peralatan band yang membuat persembahan agar dapat masuk ke dalam gig secara percuma sebagai ‘crew’ atau ‘roadie’.
- pakai kamera compact dengan aperture priority mode sebab senang sedikit ambil gambar perempuan.
- tidak beli muzik kerana semua band beri CD percuma.

Cuma, pada masa yang sama, ada scenester yang tiada kena-mengena dengan hipster langsung. Kebanyakannya yang berperut buncit, rambut menipis ataupun yang sudah berkahwin dan main muzik metal.

Huhu.

Popularity: 3% [?]

April 23, 2008 11

3 Band Yang Akan Turun Ke Malaysia/Singapura Yang Kamu Patut Lihat.

By in Pendapat

Tempohari Explosions In The Sky turun Malaysia. Memang mengujakan. Jadi, di sini aku ingin mencadangkan tiga band yang sama ada akan turun ke Malaysia ataupun Singapura dalam masa terdekat ini, yang kamu semua patut keluarkan wang, dan patut kamu lihat.


1. Mono
Band dari Jepun yang pernah aku siarkan di sini, ura-uranya akan turun ke Kuala Lumpur bulan Julai ini. Walaupun genre muzik post-rock mungkin akan passé tidak lama lagi, tetapi untuk melengkapkan holy trinity bagi mereka yang telah pun menonton Mogwai tahun lalu di Singapura dan Explosions In The Sky baru-baru ini, memang agak tidak logik kamu tidak pergi menonton Mono, salah satu band yang boleh dikatakan amat relevan dalam arena muzik instrumental ini.


2. Sigur Ros
Band dari Iceland ini dikatakan akan membuat persembahan di Singapura tanggal bulan Ogos nanti, dan kalau kamu tidak kenal siapa Sigur Ros, sama ada kamu hanya menonton Astro Ria ataupun kamu masih kanak-kanak lagi. Oh ya, jika kamu ada RM150,000 kamu juga boleh membawa band ini untuk membuat persembahan di Kuala Lumpur. Atau Batu Pahat, jika kamu suka.


3. Envy
Lagi satu band dari Jepun yang bakal menggegarkan Singapura. Awalnya merupakan band hardcore, tetapi semenjak dua menjak ini mereka memasukkan lebih elemen-elemen muzik post-rock di dalam lagu-lagu mereka. Sudah aktif lebih dari sedekad, dan terkenal dengan persembahan pentas yang amat agresif dan menarik. Pergi jangan tak pergi.

Popularity: 2% [?]

April 22, 2008 19

Tafsiran ‘Blogger’ Malaysia.

By in Tafsiran



Aku rasa ramai perasan semenjak pilihanraya awam yang lalu, kerajaan kita telah mula memberi perhatian kepada kuasa dan pengaruh Internet. Bukan Internet sebenarnya, tetapi pendapat-pendapat, tak kira yang betul ataupun yang salah, yang boleh disiarkan sebebas-bebasnya di alam maya. Sebebas John.

Sampaikan sekarang ramai menteri-menteri kita sudah mula mempunyai blog sendiri. Sama ada dia tulis sendiri atau dia ada machai yang tuliskan, tak tahulah kan?

Jadi, untuk memudahkan A.A.y.D.d.K.B.G.A.B kita di Kementerian-kementerian di luar sana, ingin aku jelaskan 10 contoh jenis-jenis blogger (kita panggil pemblog di sini, ok?) kita yang aktif di Malaysia. Lepas baca ini boleh buat laporan bertulis terperinci kepada ketua-ketua bahagian kamu untuk menentukan siapa yang dapat projek juta-juta itu, ya? Maaf, ini bukan nukilan mengampu. (Tetapi pada masa yang sama untuk mencerahkan peluang aku, aku tidak sertakan mana-mana pautan kepada contoh-contoh pemblog di bawah. Kecuali John.

1. Pemblog Selebriti Lelaki Emosi Keruh.
Selalunya blog berlatarkan warna hitam, dan topik-topik utama adalah tentang cinta terlarang, cinta tak berbalas, cinta tanpa cinta (hanya seks), dan cerita tentang menumpang kereta, lepak di kafe, berlatarkan soundtrack punk rock. Terutamanya lagu-lagu Bad Religion dan The Smiths, yang selalunya berkisarkan kehidupan bagaikan neraka di dunia. Dan tak lupa perihal senaman.

2. Pemblog Emosional Diari Sendiri.
Pastinya ada grafik unsur-unsur bunga, dan lamannya akan penuh dengan widget berunsur kalendar, ‘tarikh hari ini’, ‘playlist hari ini’ dan yang sewaktu dengannya. Biasanya akan penuh dengan nukilan tentang berat badan, makanan yang dimakan (yang sedap jadi tak sedap, mandi tak basah punya kes dan lain-lain), dan luahan hati kepada si kekasih atau bekas kekasih yang ditulis dengan harapan si dia tidak akan membaca tetapi kalau dibaca pun tidak mengapa.

3. Pemblog Syair Kreatif.
Ada blog. Kreatif Sangat. Menyengat, disengat, tersengat. Oh, lihatlah dunia!!!

4. Pemblog Bergambar.
Lebih suka meluahkan perasan dengan gambar-gambar dari perkataan-perkataan. Selalunya penuh dengan gambar fokus makro bunga (dan kumbang), gambar kanak-kanak mandi di kolam penuh bakteria KLCC, dan gambar perayaan Deepavali, Thaipusam, dan Hari Kemerdekaan dan tidak lupa pula gambar kaki lima sekitar Kotaraya. Sudah tentu pengguna DSLR. Juga suka makan ambil gambar makanan sebelum makan.

5. Pemblog Cari Makan.
Contoh 1: Aku suka mengambil gambar dengan kamera Panasonic Lumix DMC-LX2 aku. Memang sungguh bagus, 10.2 megapixel, lensa wide-angle dan amat mudah untuk mengambil gambar-gambar mengancam. Dapatkannya sekarang di kedai-kedai kamera terkemuka, juga di cawangan-cawangan Courts Mammoth di seluruh negara!
Contoh 2: Blog penuh dengan iklan ihsan Advertlets, Google Adsense, Nuffnang.
Contoh 3: Blog perempuan fashionista yang suka jual baju-baju buruk mereka di Internet. Dengan harga yang mahal sangat. Jual barangan mistik pun ada!

6. Pemblog Dunia Fantasi
Sila lihat blog ini.

7. Pemblog Mempopularkan Band/Diri Sendiri.
Biasanya dibuat oleh band-band tempatan yang gemarkan muzik-muzik keras 90an, yang suka mengaku ditaja oleh jenama-jenama pakaian tertentu, walaupun baju dan jaket yang dipakai mereka dibeli duit mereka sendiri hasil penat lelah main 45 minit di konsert bergerak syarikat telekomunikasi. Penuh dengan gambar ahli band dengan 34 orang peminat. 34 orang dari sejumlah 35 orang peminat keseluruhan. Yang lagi seorang tengah mengambil gambar. Juga pengarah-pengarah serta produser filem syok sendiri yang tiada duit untuk mempromosikan filem jadi cuma promosi di blog sendiri.

8. Pemblog Politikus.
Contoh 1: Pemblog Pra-Pilihanraya—Untuk menang selepas pilihanraya.
Contoh 2: Pemblog Pasca-Pilihanraya—Untuk yang kalah selepas pilihanraya.

9. Pemblog Pra Akil Baligh.
Biasanya perempuan-perempuan cantik penyorak sekolah (cheerleader-lah) yang penuh dengan gambar berskirt mini sambil beraksi terkangkang dan gambar-gambar parti bawah umur dengan meja penuh tin-tin arak dan botol-botol arak kepunyaan ibu bapa. Banyak juga. Tak percaya sila Google sendiri.

10. Pemblog Jamin Berjaya.
Well, kamu di sini, dan sedang membaca bukan?

Popularity: 4% [?]

April 22, 2008 5

Nak Tengok Gambar?

By in Layan Diri

Popularity: 3% [?]

April 22, 2008 0

Perkara-Perkara Menarik Yang Berlaku Setelah Munculnya Blog Ini.

By in Layan Diri

• Perkara-perkara yang telah berlaku.

Hujung minggu yang lalu. (Yang aku habiskan dengan berehat dan tidur di rumah.)
Lelaki A — Eh, awak ke yang dalam gambar dalam blog Melayu Minimalis tu?
Perempuan A — Erm ya…

Beberapa minggu yang lalu. Adegan 1.
Perempuan B — Eh, kamu nak buat fashion spread dalam majalah aku tak?
Aku — Erm ok.

Beberapa minggu yang lalu. Adegan 2.
Lelaki A — Eh, John tu memang Korea ke?
Aku — Erm ya…

Beberapa minggu yang lalu, ketika aku sedang berjalan-jalan di satu pesta.
Lelaki C — (menjerit) Melayu Minimalis!
Aku — Oi!

• Perkara-perkara yang aku inginkan berlaku.

Apple Malaysia — Nah Macbook. Kau nak yang hitam kan?
Aku — Terima kasih.

Kerajaan Malaysia — Nah RM1 juta. Maaf lagi RM3 juta dah bagi kat Mike untuk dia blog pasal perempuan. Sila buat pemerhatian di New York, Tokyo, Berlin dan London. Kami tanggung semua. Mike dapat lebih sebab dia berpusat di Bangsar sahaja.
Aku — Erm, terima kasih.

Syarikat A — Nah barangan kami. Cuba pakai lepas tu ambillah, kami bagi. Percuma.
Aku — Erm, terima kasih.

Eh, yang terakhir tu dah berlaku semuanya. Indahnya dunia Internet. Bu-wek.

Popularity: 1% [?]

April 22, 2008 1

Mesej Perkhidmatan Komuniti Aku.

By in Pemerhatian

Kalau kamu tiba-tiba diberi peluang untuk mendapat jumlah wang yang banyak dalam masa yang singkat, jangan terima.

Kata orang-orang yang pandai berbahasa Inggeris, “If it’s too good to be true, then it probably isn’t.”

Aku resah bila membaca suratkhabar dan kerap terjumpa laporan mengenai rakyat Malaysia (biasanya Melayu, dan perempuan) yang sedang merengkok di penjara di luar negara. Sebab apa? Sebab kantul menyeludup dadah. Dalam masa setahun ini sudah ramai, di China, di Jepun, dan yang terbaru emak mengandung beranak tiga yang kini di penjara di Malta.

Menarik sangat ke tarikan wang ringgit sampai kamu boleh tertipu membawa dadah ke negara yang kononnya kamu ditawar kerja? Tidak buat kajian latarbelakang, tanya pihak-pihak tertentu dan sebagainya? Mudah tutup mata sebelah, baca doa sikit, dan nekad menaiki kapalterbang?

Jangan tertipu. Wang ringgit patut diperolehi dengan kerja keras dan usaha, bukan mudah untuk turun dari langit. Yang turun dari langit hanyalah Hujan.

Popularity: 1% [?]

April 20, 2008 3

Malam Semalam Di Rumah Aku.

By in Malam Semalam

Aku tengah sibuk buat projek besar-besaran beb. Aku rasa sudah tiba masanya aku upgrade iBook aku yang telah banyak berjasa ni. Perasmian tanggal 31 Mei nanti. Jadi, nantikanlah, ya?

Popularity: 2% [?]

April 18, 2008 7

Minggu Yang Sibuk.

By in Layan Diri







Minggu yang teramat sibuk dan memenatkan, sampai aku tak larat untuk keluar dan mengambil gambar. Tapi, minggu ini, aku dapat berjumpa badut berbangsa India.

Popularity: 1% [?]

Get Adobe Flash playerPlugin by wpburn.com wordpress themes