(Maaf, kurang sedikit pahala berpuasa bagi mereka yang berpuasa.)
Apa Yang Tidak Kena.
• Tidak silap aku kalau kamu berposing begini, selalunya pakaian tidak diperlukan. Apa matlamat gambar ini sebenarnya? Myspace? Harian Metro? Akutakpeduli.com?
• Orang lelaki tidak patut pakai topi di atas katil. Kalau hendak pakai topi wajib pakai kasut, dan si lelaki tidak berkasut dalam gambar [...]
Kasut Raya #1.
Apa-apa pun aku tak sabar menunggu album solo dari Monoloque. Lihat sahaja klip di bawah ni.
Bulan puasa layan tapai memang mengasyikkan.
Kalau tidak silap aku, disepanjang hayat aku, aku sudah memiliki 3 hingga 4 pasang kasut but Dr. Martens. Walaupun zaman kejatuhan jenama ini bermula apabila mereka mula mengilangkan kasut yang kurang kualitinya di China, tetapi baru-baru ini kilang yang asli di United Kingdom telah mula mengeluarkan dua versi kasut klasik model 1460 mereka, yang dijual [...]
Sangkaan aku meleset. Aku sangkakan versi ‘abang’ siri Panasonic Lumix LX-3 iaitu LX-4 akan keluar awal tahun hadapan dengan lensa format Micro Four Thirds, tetapi nampaknya Panasonic betul-betul ingin melawan Olympus PEN E-P1 dan mengeluarkan kamera mereka lebih awal. Panasonic Lumix GF1 nampaknya menggunakan skema penamaan siri G (seperti Panasonic G1), dan menggunakan lensa format [...]
Kadangkala di sebalik kesejagatan kaum yang kita inginkan akan ada perkara-perkara yang berlaku yang akan buat aku tersentak. Perkara-perkara memalukan yang mungkin juga berlaku akibat usia negara kita yang boleh dikatakan masih muda.
Pada pendapat aku, selagi perkataan toleransi digunakan dan bukan kesefahaman, selagi itu kita akan melihat jiran kita dengan syak wasangka. Kamu tidak sepatutnya [...]
Orang kita memang suka berniaga. Asalkan boleh dapat wang ringgit, memang gembira. Jadi di sini aku ingin membincangkan bersama pemerhatian yang aku buat tentang peniaga-peniaga Melayu. ‘Peniaga Melayu’ di sini merujuk kepada perniagaan yang lebih konvensyenal dan umum, bukan pengusaha blogshop misalnya. Aku rasa mungkin aku ada menyentuh tentang kandungan senarai di bawah di dalam [...]
Terbaik. Kualiti rakaman video dan audio teramat memberangsangkan. Memang malang sekali band-band 10-15 tahun lepas tidak mendapat peluang sebegini. Syabas XFM!
Sebentar tadi aku baru sahaja selesai menonton rancangan ‘The Science of Sex Appeal’ di Discovery Channel. Pada aku memang amat menarik, sebab aku memang selalu tertanya-tanya mengapa citarasa seseorang itu berlainan dari citarasa yang seorang lagi di kala mencari pasangan.
Macam aku, aku memang cerewet apabila mencari pasangan. Selain dari rupa fizikal (kamu penipu jika kamu [...]
kurik bertanya…
mm,
what do u think of the hardcore scene here in malaysia? myhc?
Aku tidak fikir apa-apa.
pitery bertanya…
mm,
baju raya tahun nie kaler ape?
thanx..
Sama seperti warna baju raya tahun lepas, dan tahun sebelumnya, dan juga tahun sebelumnya. Secara jujur selain dari makanan, Hari Raya bukan satu hari yang aku tunggu-tunggukan setiap tahun. Banyak sangat soalan dan [...]
Selamat berpuasa untuk mereka yang berpuasa.
(Gambar curi)
PEMBEBEL SEKSI bertanya…
betul ke melayu mudah lupa?
kat mana nak shopping clothing murah2 area kl/pj/selangor selain bb
1. Pada aku sesiapa pun mudah lupa kalau tidak diingatkan, bukan terhad kepada bangsa-bangsa atau orang-orang tertentu. Kalau kamu mudah lupa cuba amalkan menulis di dalam organizer atau gunakan fungsi peringatan (reminder) di dalam telefon bimbit kamu.
2. Bundle Chow [...]
Punya sibuk sampai aku terlupa ruangan ‘Tanya Abang Minimalis’ bulan ini. Kamu semua pun tidak ingatkan aku. Haih.
Seperti biasa, tinggalkan soalan di ruangan komen nukilan ini, atau jika segan e-melkan terus ke mminimalis at gmail dot com. Seperti biasa juga soalan-soalan yang diluar jangkauan kepakaran tidak akan dilayan. Ini termasuk soalan-soalan berkenaan politik, agama, bolasepak, [...]
Tahniah ke atas ulangtahun kelima, guys!
I
Wobble wobble wob wob wobble.
Terus terang aku mengaku inilah konsert paling bagus aku pernah pergi seumur hidup aku. (Terima kasih ii53)
‘Closer’, ‘Head Like A Hole’, ‘March Of The Pigs’, ‘Wish’, ‘Piggy’. Perfect. Dan ya, gambar pertama = Gene Simmons.
Singapura selalu buat aku berpeluh.
10/09/09
24