Popularity: 16% [?]
Soalan Cepu Emas 10.
By Melayu Minimalis in Soalan Cepu EmasAku baru ingat yang salah satu ruangan paling popular dan paling banyak respon dari para pembaca aku ialah siri nukilan Soalan Cepu Emas. Asyik kamu sahaja yang bertanyakan soalan kepada aku, apa kata kali ini aku pula yang tanya soalan. (Banyak soalan ni!)
Seperti yang ramai di antara kamu yang boleh agak (dari membaca nukilan-nukilan aku serta post Twitter aku), aku tidak berapa gembira kebelakangan ini. Mungkin antara kamu yang pandai meneka, tetapi mungkin ada juga yang tidak tahu menahu. Tidak mengapa.
Bukan apa, selain dari kerja dan berbasikal, hidup aku memang tiada menariknya. Mungkin disebabkan tiada penyeri, tiada dadah, tiada intoksikasi ataupun apa-apa yang berkaitan. Mungkin sekali tiada penyeri.
Pergi ke pasar membeli strawberi,
Strawberi yang kotor dicalit arang,
Penyeri bukan sebarang penyeri,
Tetapi penyeri yang teramat sangat terlarang.
Itu masalah aku. Berdasarkan pengalaman aku hidup 76 tahun di dalam dunia ini, tiada apa yang mustahil. Terutamanya yang melibatkan lebih dari aku sahaja. Dengan kerjasama dan dedikasi serta pengorbanan semuanya boleh. Dan aku rasa, aku boleh gembira, aku pasti. Cuma kadangkala jalan menuju kegembiraan itu selalunya dipenuhi ranjau sepanjang jalan. Sebab memang tiada yang mudah. Kegembiraan itu semestinya sukar. Sama ada kegembiraan itu boleh dikecapi atau tidak di penghujung jalan pun kita tidak akan tahu. Tetapi ranjau-ranjau sepanjang jalanlah itu yang akan membentuk personaliti serta jiwa kita, dan benar-benar menyerlahkan diri kita yang sebenarnya, bukan?
Jadi soalan aku berbunyi begini, “Berapa banyak ranjau yang kamu sanggup lalui sebelum mengalah, dan pernahkah kamu mengalami pengalaman yang sama?”
Sila jawab seikhlas-ikhlasnya di ruangan komen di bawah. Boleh jawab dengan pautan ke klip video Youtube jika mahu.
Popularity: 21% [?]
Tanya Abang Minimalis Musim 19 Episod 2.
By Melayu Minimalis in Tanya Abang MinimalisTanya Abang Minamalis bertanya…
Apa pendapat ko tentang:
a. “ethic over friendship” dalam scene?
b. Racism. Ko rasa ko ader sifat racist tak? Tak kisah byk atau sikit.
c. kenapa susah nak jumpa multi racial lineup dalam sesebuah band kat Malaysia nier?
1. Pada aku selagi fokus utama sesiapa pun yang ‘bergiat’ dalam bidang seni ialah seni itu sendiri, dalam konteks ini, muzik, persembahan dan hiburan. Selagi tumpuan utama diberi di situ yang lain semua tidak menjadi masalah. Aku lebih suka menonton band yang kreatif di atas pentas atau mempunyai lagu-lagu yang bagus dari band yang banyak cakap tetapi tune gitar pun tak reti. Kalau aku hendak berfikir keras aku akan baca buku, bukan pergi ke gig.
2. Ada.
3. Ada banyak. Cuma malangnya ada lebih banyak band yang bermentalitikan Melayu dan tidak mampu untuk melihat gambaran yang lebih jelas di luar sana.
Si Buyong bertanya…
apakah cara terbaik untuk disukai oleh masyarakat yang secara relatifnya sedikit kampung?
Rajin pergi ke ‘rewang’ dan bergotong-royong.
sarah bertanya…
awak pg F1 ?
fatboy slim doe !
Tidak.
kurang minat Wali Band bertanya…
1. Macamana nak devolep diri jadi individu yang ada macam-macam skill and boleh hebat dalam skill yang diceburi? Mcm renaissance-man la kiranya.
2. Citarasa majoriti malaysia adalah punca ‘produk’ malaysia hancus. I mean any products, dari stuff, branding, artis, artwork, etc. dan sukar untuk dieksport dan diterima oleh negara-negara luar. You know, kat sini Overrated, dan kat luar tak di pandang, vice-versa. Setuju?
3. Aku tak paham dengan manusia yang cemburu, sentiasa cuba untuk menjatuhkan orang lain, cabaran yang paling sukar I must say. Mcmana ko handle benda ni?
1. Rajin membaca, lagi-lagi pembacaan yang kononnya dilarang.
2. Setuju. Citarasa majoritilah yang menggerakkan ekonomi mana-mana negara. Tetapi jangan perlekehkan kuasa si minoriti. Tanpa minoriti tidak akan ada majoriti. Yin dan Yang.
3. Jangan pedulikan sangat. Asal kamu tahu apa yang kamu buat, cukup.
imlih namri bertanya…
apa pendapat kau tentang kau?
hahaha
Tiada pendapat. Hahaha.
babun bertanya…
kenapalah org yg baca blog ni terencat sgt? semua soalan teknikal yang korang tanya boleh google bodoh siot? MM ni super guru ke?
PS ORANG JB BLAGAK LEBIH
Aku bukan super guru. Tetapi aku ada pendapat. Google hanya beri jawapan, mungkin.
EN JUNIT bertanya…
Saya seperti orang lain yangg saya baca di akhbar sering mengalami ereksi pramatang ketika dalam hubungan kelamin. Nak tanya kepada En MM adakah dengan menggunakan minyak Sensaoil atau Toprod dapat melambatkan ereksi ?
Melambatkan ereksi buat apa? Nak lambat tegang? Aku kasihan kepada kamu sebab mengalami masalah ereksi pramatang. Selalu ereksi di tempat-tempat rawak?
nyos bertanya…
1.adakah satu masa nanti anda akan datang kluang?
2.nanti bila saya dah ada basikal,boleh saya ikut tour dgn ratskl?
1. Sudah pasti.
2. Boleh sahaja.
muhamad asmara bertanya…
1) bagaimanakah perasaan kau bila dapat berbaik semula dengan bekas kekasih?
2) sekarang ini aku jarang dapat lihat gambar perempuan cantik tutup mulut, muka kau cover dengan topi dan gambar kaki-kaki. apa sudah jadi sama lu? mana pergi camera?
3) Kenapa kau sering mendahului yang lain apabila ratskl berada di jalanan?
4) aku nak peluk kau? boleh?
1. Lega. Tetapi bergantung kepada bekas kekasih yang mana satu.
2. Kamera baru hanya akan dibeli hujung minggu ini. Mungkin selepas ada kamera kembali gambar-gambar akan bertambah. Nantikan sahajalah.
3. Sebab basikal aku laju.
4. Silakan. Tetapi sila beri amaran dahulu. Mungkin ketiak kamu basah. Atau ketiak aku.
rika bertanya…
definisi curang bagi kamu
Kongkek orang yang bukan dengan kamu.
al mansur bertanya…
1.ko rase gelombang “indie” dah reda ke belom? kalo belom bile ?
2.Gelombang seterusnya? (Selepas indie punye musim)
May the fittest survive. tq
1. Pada aku tiada gelombang. Kalau kamu benar-benar mengikuti perkembangan arena muzik tanahair yang bukan komersil, band-band serta lagu-lagu sebegini sudah lama ada. Bezanya cuma ada media massa yang ingin mengeksploit sumber kreativiti tersebut ataupun tidak.
2. Neo-keroncong.
MTBrules bertanya…
fixie itu hanyalah untuk coolness betul atau tidak???
Betul. Nasib baik aku tidak naik ‘fixie’.
NGISED bertanya…
1. apa pendapat mm tentang “rantai” diorg nie melacurkan bakat atau mencari bakat..
Aku tidak faham soalan kamu.
Kurang sihat. Mungkin terkejut akibat dua hari melepak bersama Kings of Convenience di kedai mamak.
Popularity: 17% [?]
Lagu Hari Ini 30.
By Melayu Minimalis in Lagu Hari Ini, YoutubeBoat Behind — Kings Of Convenience
So we meet again
after several years
several years of separation
moving on
moving around
Did we spend this time chasing the other’s tail?
Singing
Ohohohoh, I could never belong to you
Ohohohoh, I could never belong to you
Winter and spring
Summer and fall
You’re the wind surfer crossing the ocean and the boat behind
Skiffle and rag, shuffle and waltz
You’re the up tip toe ballerina in the chorus line:
Singing
Ohohohoh, I could never belong to you
Ohohohoh, I could never belong to you
River and sea, picking up salt
Through the air there’s a fluffly cloud falling down as rain
Ohohohoh, I could never belong to you
Ohohohoh, I could never belong to you – oohooh
I could never belong to you -ooh ooh
I could never belong to you -ooh ooh
Popularity: 8% [?]
Lagu Hari Ini 29.
By Melayu Minimalis in Lagu Hari Ini, YoutubePlease, Please, Please Let Me Get What I Want — The Smiths
Good times for a change
See, the luck I’ve had
Can make a good man
Turn bad
So please please please
Let me, let me, let me
Let me get what I want
This time
Haven’t had a dream in a long time
See, the life I’ve had
Can make a good man bad
So for once in my life
Let me get what I want
Lord knows, it would be the first time
Lord knows, it would be the first time
Popularity: 7% [?]
Lagu Hari Ini 28.
By Melayu Minimalis in Lagu Hari Ini, YoutubeThe More You Ignore Me The Closer I Get — Morrissey
The more you ignore me
The closer I get
You’re wasting your time
The more you ignore me
The closer I get
You’re wasting your time
I will be
In the bar
With my head
On the bar
I am now
A central part
Of your mind’s landscape
Whether you care
Or do not
Yeah, I’ve made up your mind
The more you ignore me
The closer I get
You’re wasting your time
The more you ignore me
The closer I get
You’re wasting your time
Beware !
I bear more grudges
Than lonely high court judges
When you sleep
I will creep
Into your thoughts
Like a bad debt
That you can’t pay
Take the easy way
And give in
Yeah, and let me in
Oh, let me in
Oh let me …
Oh, let me in
IT’S WAR
IT’S WAR
IT’S WAR
IT’S WAR
IT’S WAR
WAR
WAR
WAR
WAR
Oh, let me in
Ah, the closer I get
Ah, you’re asking for it
Ah, the closer I get
Popularity: 8% [?]
Lagu Hari Ini 27.
By Melayu Minimalis in Lagu Hari Ini, YoutubeFailure – Kings of Convenience
Using the Guardian as a shield
To cover my thighs against the rain
I do not mind about my hair
Your jacket may be waterproof
But I know the moment you get home
You’re gonna get your trousers changed
Failure is always the best way to learn
Retracing your steps until you know
Have no fear your wounds will heal
I wish I could travel overground
To where all you hear is water sounds
Lush as the wind upon a tree
I wish I could travel overground
To where all you hear is water sounds
To capture and keep inside of me
Failure is always the best way to learn
Retracing your steps until you know
Have no fear your wounds will heal
Failure is always the best way to learn
Retracing your steps until you know
Have no fear your wounds will heal
Aku sedih, sebab tiket ke konsert Kings of Convenience semuanya telah habis terjual. Sesiapa boleh tolong aku?
Popularity: 9% [?]
Tanya Abang Minimalis Musim 19 Episod 1.
By Melayu Minimalis in Tanya Abang MinimalisAlanis bertanya…
Sila buat tafsiran tentang cinta. Terima kasih.
Cinta itu buta, bisu, pekak dan bodoh.
JE bertanya…
Apa pendapat kau mengenai Kings of Convenience?
Aku suka. Melodi yang mudah yang disampaikan dengan cara yang mudah. Mesej lagu juga mudah. Aku mahu pergi menonton mereka, tetapi malangnya tiket sudah habis dijual. Sesiapa hendak jual tiket kepada aku? Satu pun cukup. Tolong!!!
V D La Signog bertanya…
1. Kenapa aku suka tgk cleavage?
2. Abg MM ada cleavage tak?
3. Nak tgk boleh tak?
4. Abg MM tutup lampu tak masa Earth Hour tahun lepas?
5. Pendapat abg MM tentang kemusnahan hutan di Malaysia?
1. Lurah yang didedahkan hanya untuk dilihat. Kalau tidak mahu dilihat sila jangan dedah.
2. Tiada.
3. Tiadalah, bodoh. Aku lelaki kurus.
4. Tutup. Aku ingat lagi. Masa itu aku di acara Earth Hour rasmi di tengah Kuala Lumpur. Eh itu mungkin 2 tahun lepas. Tahun lepas mungkin aku sengaja keluar rumah dan matikan semua lampu.
5. Aku tidak kisah asalkan digantikan semula. Walaupun konsep sustainable wood/forest banyak pembetahnya, iaitu mungkin ianya ekosistem palsu buatan manusia, tetapi sekurang-kurangnya ianya pokok yang mengeluarkan oksigen. Aku kurang setuju hutan yang ditebangkan atas sebab ‘kemajuan’. Sekarang ada banyak cara untuk mengurangkan kemusnahan ekosistem kita.
kamilasari bertanya…
apa pendapat lu tentang teori konspirasi dan agenda freemason.
Manusia tidak perlu paranoid. Banyak lagi perkara kecil yang lebih penting yang perlu difikirkan. Kita memang semuanya mangsa percaturan orang yang lebih besar dari kita, bukan?
kersani bertanya…
brader MM yang dihormati,
satu, lu rasa kebanjiran hiburan Korean Pop @ K-Pop kat malaysia ni satu benda yg positif atau tidak?
dua, mana nak dapat skil bina ‘identiti’ sendiri bila tangkap gambar? apa yang perlu ditekankan? coloring? perspective? subject?
itu saja.
1. Semuanya hiburan semata-mata. Tidak perlu gusar atau bimbang. Rakyat Malaysia sekarang sudah semakin matang untuk membezakan mana yang baik dan buruk. Buka mata kamu!
2. Cari niche kamu. Paling mudah tiru gaya jurugambar yang kamu suka, dan kemudian kembangkan serta tambah idea kamu sendiri. Semuanya penting, warna, perspektif dan subjek, tetapi aku rasa paling penting konsep.
suehanna bertanya…
how do you hide anger?
Dengan bersenyum.
counter bertanya…
1) Bagaimana MM mengurus barang peribadi atau barang-barang lain yang MM ada? Maksud saya di sini adalah cara penyimpanan barang MM. Adakah MM akan simpan barang-barang MM di dalam kotak atau bilik stor sekiranya tidak diperlukan pada masa ini dan dikeluarkan semula di masa hadapan (walaupun prospek untuk digunakan semula tipis) atau MM derma/jual/buang barang-barang tersebut?
2) Buku apa yang MM baca sekarang ini?
3) Dari pembacaan blog ini, didapati MM hidup di kota. Adakah MM merancang untuk memulakan kehidupan baru di desa di masa hadapan?
4) Di kedai makan mana MM suka meluangkan masa, kopitiam atau mamak (kalau ada pilihan lain MM boleh nyatakan)?
1. Biasanya aku akan simpan di dalam kotak-kotak. Rumah aku memang penuh dengan kotak-kotak. Bila perlu, aku keluarkan. Yang aku rasa aku tidak akan guna aku akan jual, beri pada kawan atau buang sahaja.
2. Aku kurang masa untuk membaca buku sekarang. Mungkin aku patut amalkan semula.
3. Kalau bukan berseorangan, aku akan fikirkan.
4. Village Park dan Wondermilk di Uptown Damansara, Ajidon di Plaza Damas, Pondok di Kota Damansara, Pizza Uno di Centrepoint Damansara, mamak depan rumah aku.
popo bertanya…
camana mau masuk politik?
Bayar yuran keahlian.
Polis gemuk bertanya…
1)Budak subang semua memang cool ke?
2)Pendapat MM tentang band 41?
1. Mungkin ada yang perasan cool.
2. Tiada apa-apa pendapat. Aku sokong semua band Malaysia yang boleh main lagu sendiri dan bukan hanya handal main lagu orang lain sahaja.
Polis gemuk bertanya lagi tak habis-habis…
1. Macam mana nak tahan berak?
2. Pendapat MM tentang band 41?
1. Kemut. Mungkin sukar untuk orang berbadan gempal.
2. Tiada apa-apa pendapat. Aku sokong semua band Malaysia yang boleh main lagu sendiri dan bukan hanya handal main lagu orang lain sahaja.
Polis kurus bertanya…
MM.
Kenapa setiap kali adanya fenomena baru untuk remaja sekarang, anda akan cuba nak jadi pioneer.. sedangkan anda hanyalah pengikut wabak tersebut.. Seperti mengayuh basikal, muzik dan fesyen.. semua orang tahu anda cuba hendak jadi seseorang yang paling cool dan paling tahu tentang segenap bidang yang wujud dalam wabak dan dimensi yang cuba dimanipulasikan anda.. jika anda individu yang benar2 memahami apa yang anda ceburi sekarang sila jawab persoalan ini..
Pioneer atau pengikut tidak penting. Yang penting buat sungguh-sungguh. Jangan cakap/taip sahaja.
santos cubanican bertanya…
aku tak bole nak happy dengan semua benda aku buat. dan kau rasa duit tu platform untuk jadi superior ke? apa kata kalau aku takde duit tapi aku nak rasa superior?
Aku rasa kamu belum jumpa haluan kamu. Yang penting bukan wang. Tetapi kepuasan diri sendiri. Memang sukar untuk mendapatkan kepuasan tetapi cuma ada satu cara untuk dapat tahu apa yang boleh memuaskan hati kamu. Cuba dan gagal dan cuba lagi.
mudkips bertanya…
1. Umur berapa elok untuk kahwin?macam mana pilihan anda?
a: enjoy dulu. lawat negara lain, kumpul duit, rumah ,kereta, business(bukan mlm)… awal 30 baru kahwin.
b: kahwin seawal yang boleh. eg 23-24
mana patut aku lakukan dahulu?
2. aku jenis yang hanya suka sesuatu benda untuk jangka masa singkat. selepas 1-2 bulan, semua jadi bosan. eg: aku beli bag, 2 bulan lepas tu rasa bosan, walaupon benda itu perfect.
Aku cuma takut berlaku dalam perhubungan aku sahaja. hubungan jangka panjang mungkin akan berpisah.
ada pendapat menarik untuk atasi?
terima kasih.
1. Paling penting dalam perkahwinan ialah pengalaman bagaimana untuk bertolak-ansur dengan orang. Dan sebenarnya perasan tolak-ansur ini bukan sesuatu yang kamu (dan juga aku) boleh belajar dalam tempoh yang singkat. Untuk belajar bertolak-ansur dengan orang kamu harus berinteraksi dengan pelbagai karenah orang. Lagi ramai orang, lagi bagus. Lagi lewat kamu berkahwin, lagi besar peluang kamu untuk berjumpa dengan pelbagai jenis manusia dan menimba pengalaman sama ada dari mereka atau pun dari berinteraksi dengan mereka. Aku sampai sekarang masih belajar.
2. Jangan kahwin. Atau sekurang-kurangnya, jangan kahwin dahulu. Aku jamin cara kamu berfikir sekarang dan dalam masa setahun dari sekarang akan berubah. Bagi peluang perasan dan minda kamu berkembang. Banyak kelebihannya.
orido bertanya…
apa perasaan ko apabila rambut ko semakin nipis dan semakin jelas kebotakan di kepala ko?
Pasrah.
Khairul F bertanya…
1. Bakun dam tu sustainable energy source ke?
2. Klu bleh revamp ataupun undo balik malaysia nyer public transportation, ape ko nak buat?
3. Amik guitar class ataupun archery, mana ko pilih?
1. Soalan yang baik. Cuba tanyakan pada diri sendiri, berbaloikah berhektar-hektar hutan ditenggelamkan semata-mata untuk menjana tenaga elektrik dari arus air? Implikasi jangka panjangnya pula bagaimana? Aku rasa perancangan jangkapanjang sudah pasti telah dibuat, cuma yang perlu dipersoalkan siapakah yang membuat perancangan serta kajian tersebut? Dan siapa yang bakal untung apabila projek ini habis terlaksana?
2. Bina Smart Tunnel sekeliling Lembah Kelang dan bina laluan LRT di dalamnya.
3. Archery. Supaya aku boleh panah orang yang aku tidak suka dari jauh.
Tanya Abang Minamalis bertanya…
1. Antara Mick Haris (Ex-Napalm Death)vs. Dave Witte (Ex-Discordance Axis)
maner ko prefer sebagai better “Blast Beat Drummer”?
2. Aku bercadang nak sambung belajar(part-time diploma) dalam bidang IT:
a. University mana yang ko prefer dalam Kl atau sekitarnya dalam bidang
IT?
b. Boleh buat pinjaman ker PTPN, Bank, etc) kalau nak buat part-time
study?
3. Ko makan asam pedas daging tetel tak, apa pendapat ko?
1. Mestilah Dave Witte. Sebab kami saling kenal mengenali.
2. Aku kurang pasti jawapan kepada soalan ini. Ada mana-mana pegawai PTPN boleh menolong di sini?
3. Tidak pernah dengar/nampak masakan tersebut, maaf.
Kita sambung Episod kedua nanti jika cukup soalan.
Popularity: 22% [?]
Tanya Abang Minimalis Lagi!
By Melayu Minimalis in Tanya Abang MinimalisDipersilakan. Tanya di dalam ruang komen di bawah, ya? Segala urusan surat-menyurat tidak akan dilayan.
Popularity: 19% [?]
Lagu Hari Ini 26.
By Melayu Minimalis in Lagu Hari Ini, YoutubeDull Flame of Desire – Bjork featuring Antony Hegarty
I love your eyes, my dear
Their splendid sparkling fire
When suddenly you raise them so
To cast a swift embracing glance
Like lightning flashing in the sky
But there’s a charm that is greater still
When my love’s eyes are lowered
When all is fired by passion’s kiss
And through the downcast lashes
I see the dull flame of desire
I think one reason why songs are popular is because it gives a chance for people to speak the unspeakable.
Popularity: 8% [?]
Lagu Hari Ini 25.
By Melayu Minimalis in Lagu Hari Ini, YoutubeRed, Like Roses - The Velvet Teen
each night i close my eyes and wonder what will come of me in days to follow
i lay awake and after countless hours, i just can’t think straight
turn in, fade, pass out
yet, in this simple way, we offer
to destroy all we can’t figure out
in our simple lives, unconscious
we employ our skills from underground
to seek what we’ve never seen
to explore, deep inside
the mornings greet me with grey days and tear-stained windowsills and pillowcases
i get dressed and go to work
bloody noses, red like roses pose as sanctuary
when i just need a minute to myself
and in this simple way, we offer
to destroy all we can’t figure out
in our simple lives, unconscious
we employ our skills from underground
to seek what we’ve never seen
to find, where we never knew
to explore deep, inside
kill me, won’t you kill me
kill me
let me sleep again
kill me
don’t relate your memories
kill me
kill me won’t you
to see
what we’ve never seen to find
where we never knew to go
where we never dared to explore
deep…
Kalau kamu rasa lagu ini ditujukan kepada kamu, maka lagu ini ditujukan kepada kamu.
Popularity: 7% [?]
Tulis, Jangan Tak Tulis.
By Melayu Minimalis in Layan DiriSalah satu dilemma utama ketika menghasilkan penulisan dalam blog ini adalah sama ada aku akan menulis tentang perasaan peribadi atau sesuatu yang seumpama itu. Memang sudah jelas dari awal lagi konsep blog ini ialah pemerhatian sosial, sama ada penulisan tentang apa yang aku perhatikan, atau gambar sekeliling aku, disajikan dengan sedikit unsur satira, semestinya. (Walaupun ramai beruk yang masih tidak faham konsep satira dalam dunia Melayu ini mungkin.)
Masalah utama yang aku hadapi sekarang ialah kekurangan sumber untuk ditulis. Ilham memang banyak, tetapi semakin hari semakin kurang golongan sosial yang aku boleh gubahkan menjadi penulisan yang menarik. Pembaca sekarang semakin pandai dan arif (kecuali beruk-beruk yang aku sebut di atas), dan kadangkala aku rasa sukar untuk menghasilkan penulisan yang benar-benar boleh mencabar minda ataupun sekurang-kurangnya membuatkan pembaca senyum tanpa menjadi terlampau serius atau berunsur politik.
Aku pernah cerita dahulu, bahawa sebelum blog ini, aku pernah ada blog peribadi, yang banyak menulis tentang perihal peribadi aku. Dan ketika itu apa yang ditulis memang banyak menyusahkan aku, maklumlah aku jenis yang impulsive dan kadangkala tidak berfikir panjang.
Tetapi jika tiada apa lagi perkara lain yang boleh ditulis, bukankah logik jika aku tulis sahaja apa yang bermain di dalam fikiran aku? Maksud aku, secara peribadi, bukan?
Dan disebabkan aku belum ada kamera (rancangan terbantut akibat perbelanjaan yang melibatkan aktiviti berbasikal) jadi mungkin aku tiada pilihan lain selain menulis tentang perkara peribadi.
Ataupun berhenti menulis. Atau jadikan blog iklan (hampir-hampir jadi blog iklan sebenarnya jika kamu perasan) serta jual barang. (Aku ada banyak barang yang boleh dijual sebenarnya.)
(Pembaca tegar pasti bosan mendengar perbahasan dalam kepala aku yang tidak habis-habis ini.)
(World Waits karya Jeremy Enigk berkumandang dalam ‘repeat mode’ iTunes aku.)
Bukan apa, tetapi kebelakangan ini mungkin banyak perkara berlaku dalam hidup aku yang membuatkan aku tertanya-tanya. Mungkin pemangkin awalnya tindakan aku, tetapi aku memang jenis yang jarang menyesal tentang tindakan aku. Kalau aku mahu, aku akan dapatkan. Yang kenal aku semua tahu.
Jadi aku mahu.
Yang lain semua bukan pilihan utama. (Gila abstrak.)
Popularity: 30% [?]
Lagu Hari Ini 24.
By Melayu Minimalis in Lagu Hari IniWorld Waits – Jeremy Enigk
World wait forever never
Take the time
Don’t break my heart
Again
World wait forever never
Take the time
Don’t break my heart
Again
Though I wanna take the time
By nature of design it’s so hard
To arrange
So hard to explain
Mmmm Mmmm
Mmmm Mmmm Mmmm
Moment
The way beyond
Your heartache
No time for our love
Your moment a way beyond
Your heartache
No time for our love
World wait forever never
Take the time
Don’t break my heart
Again
World wait forever never
Take the time
Don’t break my heart
Again
Though I wanna take the time
By nature or design
It’s so hard to arrange
So hard to explain
Then running delayed beyond
Moment
A way beyond
Your heartache
No time for our love
Your moment a way beyond
Your heartache
No time for our love
No time for our love
No time for our love
Popularity: 8% [?]
Nukilan Tanpa Nukilan Sebenar Lagi.
By Melayu Minimalis in Layan DiriPerangai aku memang mengarut. Sebijak mana pun keputusan yang aku pernah ambil di dalam kehidupan, aku akan ‘kontra’kan kembali dengan keputusan yang kurang bijak. Walaupun aku tidak pernah rasa kesal dengan apa-apa keputusan yang aku pernah ambil di dalam hidup aku, aku pernah tertanya apakah yang mungkin terjadi jika aku tergerak hati untuk mengambil keputusan yang berbeza.
Aku rasa semua orang pernah mempunyai perasaan yang sama. Kalau kamu kenal aku secara peribadi (maaf, setakat ‘berjumpa’ di Facebook tidak diambil kira, ya?) kamu akan tahu yang hidup aku memang banyak dugaan dan cabarannya. Buat masa ini aku berjaya menempuhi lurah dan lembah yang dilewati (macam lagu Zaiton Sameon), tetapi ianya bukan sesuatu yang mudah. Aku akui yang kadangkala aku akan berhenti berfikir sejenak, mengenang kembali pelbagai insiden masa lalu, dan kadang-kadang tertanya bagaimana sebenarnya aku lalui masa-masa yang getir dulu.
Aku ada ramai kawan yang mungkin sedang melalui cabaran yang sama. Kepada mereka, aku akan ucapkan apa yang aku selalu katakan pada diri aku sendiri, iaitu ‘seteruk-teruk aku, ada orang lain yang lebih teruk situasinya’. Sedikit sebanyak mungkin akan memberikan sedikit sinar harapan untuk terus hidup hari seterusnya.
Pada hari-hari sebegini (hari cuti, tanpa ditemani kawan-kawan) aku biasanya akan lebih banyak berfikir. Kalau berseorangan dan tiada aktiviti memang tiada pilihan lain selain berfikir. Sebab itu aku tidak suka berseorangan. Makan berseorangan aku tidak kisah, tetapi apabila berseorangan dengan semua orang lain (‘Alone With Everybody‘, kata si Richard Ashcroft), dunia ini akan terasa amat sepi.
Tambahan pula hari ini ‘Hari Kekasih’. Aku tidak kisah kamu hendak kata ini hari yang diasaskan musuh Islam zaman dahulu atau perayaan Kristian atau sebagainya, sebab yang aku tahu sesiapa pun tidak mahu bersendirian di hari yang kamu patut luangkan bersama si dia. (Walaupun sebenarnya tiada beza antara hari ini dan mana-mana hari pun.)
Dalam kes aku pula, nasib baik aku tidak mengharap walaupun telah diberi janji yang sekurang-kurangnya aku tidak perlu menghabiskan hari ini bersendirian. Alah bisa tegal biasa, aku sudah boleh membaca perangai orang-orang yang rapat dengan aku. Tidak mengapa, aku tidak kecewa atau marah pun.
Nasib baik ada basikal. *Mengeluh*
Popularity: 30% [?]





















