(Gambar dicilok dari Flickr redandjonny)
Salah seorang rakan sekerja aku (yang juga merupakan salah seorang guru capoiera terhandal negara) telah mencadangkan supaya aku menulis tentang tajuk di atas. Dan disebabkan aku semenjak dua menjak ini hanya sama ada menulis iklan ataupun tentang aktiviti berbasikal, aku rasa memang wajar aku cuba selidik 9 Sebab Mengapa Melayu Tidak Boleh Jadi Stormtrooper.
Sebelum itu, aku ingin memberi nasihat kepada laman-laman web di luar sana yang dengan senang-wenang meniru bulat-bulat penulisan aku tanpa meminta kebenaran supaya berhenti melakukannya sebelum aku tusuk lightsaber ke kemaluan kamu. Paling kurang pun aku akan lenyek muka kamu dengan tayar basikal aku. Ingat! (Aku bukan seorang yang sukakan keganasan kecuali rancangan gusti jadi sebenarnya mungkin aku tidak akan lakukan apa-apa cuma menyatakan saman kepada kamu.)
Oh ya, Bret Hart sudah kembali ke WWE!
1. Stormtrooper itu diilhamkan tentera Nazi Jerman.
Kalau kamu taksub dengan Star Wars seperti aku, kamu akan tahu bahawa askar Stormtrooper itu sebenarnya diilhamkan dari askar Jerman Sturmabteilung, yang juga bermaksud ‘Storm Trooper’. Askar ini merupakan salah satu punca utama kekuasaan Adolf Hitler dan Parti Nazi di Jerman ketika itu. Tidak mungkin orang Melayu ingin dikaitkan dengan Parti Nazi, sebuah parti politik bersifat kuasa diktator dan mengamalkan sifat perkauman melampau. Sebab orang Melayu sudah pasti tidak akan sokong parti politik yang dibawah kuasa diktator dan mengamalkan sifat perkauman melampau, bukan? OK aku mungkin salah.
2. Stormtrooper itu klon.
Aku tidak boleh bayangkan cadangan eksekutif yang boleh membuatkan pemimpin tertinggi Empire memilih orang Melayu sebagai templat untuk dijadikan klon. Pasti stormtrooper Melayu akan main tikam belakang, pemalas, makan gaji buta dan gila kuasa. Sekarang bayangkan berpuluh-puluh ribu klon yang perangainya sama. Susah!
3. Stormtrooper berteknologi tinggi.
Biasalah, pistol dan senapang pun laser, bukan pakai peluru. Melayu pandai bab laser kalau melibatkan mulut laser sahaja, boleh buat rancangan tv lagi! Ini tidak termasuk kenderaan-kenderaan yang rata-ratanya berkuasakan enjin berteknologi tinggi dan mampu membuat warp speed misalnya. Kalau enjin berkuasa jet sudah dicuri, inikan pula yang ada warp core. Nahas!
4. Laser itu bahaya.
Katakan dalam ramai-ramai Stormtrooper Melayu ada seorang yang stress teramat sangat. Orang Melayu kalau stress ada dua penyelesaian sahaja. Histeria atau mengamuk. Aku memang tidak boleh bayangkan kalau ada Stormtrooper mengamuk di Kuala Lumpur. Habis berlubang badan-badan pejalan kaki sebab kena tembak laser. Papan tanda semua pasti hangus, lagi-lagi depan Sogo Jalan Tuanku Abdul Rahman.
5. Darth Vader macam hantu.
Seperti yang diketahui ramai, Darth Vader sebenarnya merupakan Anakin Skywalker yang terjerumus ke dalam lembah Dark Side. Dan Darth Vader ini juga merupakan salah seorang pemimpin mutlak bagi mamat Stormtrooper. Walaupun satu bala tentera Stormtrooper berpakaian putih (tidak silap aku mengenakan pakaian seragam putih memupuk disiplin sebab akan memaksa si pemakai menjadi lebih berhati-hati agar pakaian putihnya tidak kotor. Sebab itu pakaian seragam pelajar berwarna putih, malah pengawas yang diharapkan lebih berdisiplin pula kadangkala berseluar putih), Darth Vader berpakaian serba hitam. Dan disebabkan Darth Vader memang berkuasa dari segi The Force dan boleh cekik orang tanpa tangan atau buatkan seluar kamu tertanggal pasti mamat Stormtrooper Melayu akan paranoid sebab tidak mampu menjelaskan fenomena ini. Sudah pasti akan dikaitkan dengan ilmu hitam (dahlah berpakaian hitam si Darth Vader ini) dan mulalah akan main-main tangkal dan jampi serampah semua. Pasti markas Stormtrooper akan asyik berbau kemenyan. Mana hendak cari kemenyan dalam alam Star Wars????
6. Darth Vader mungkin black metal.
Hitam. Berjubah. Sah black metal. Dan Melayu pantang dengan black metal sebab menggalakkan pembaziran kambing dan seks bebas.
7. Stormtrooper pakai exosuit.
Pakaian seragam stormtrooper berwarna putih sebenarnya merupakan perisai mudah yang boleh melindungi si pemakai dari elemen-elemen luar seperti panas bahang, salji dan mungkin lava gunung berapa (mungkin salah). Akibat pemakanan Melayu yang banyak melibatkan bawang, bahan yang ditumis dan sebagainya (sudah mesti mamat Stormtrooper Melayu akan diberikan menu istimewa sebab biasa diberikan layanan istimewa) kebarangkalian sistem penghadaman untuk membebaskan angin lebihan amat tinggi. Cuba bayangkan kamu pakai perisai exosuit dan tiba-tiba terkentut. Bisa pengsan!
8. Ada Speeder Bike.
Walaupun secara teknikalnya Speeder Bike ditunggang oleh Scout Trooper (yang sebenarnya Stormtrooper yang ditugaskan khas sebagai pegawai usha line), apa-apa kenderaan bermotor kecil (seperti motorsikal) tidak patut diserahkan kepada orang Melayu. Kalau di hujung minggu memang selalu nampak Mat Rempit bermotor merempuh sekatan jalanraya polis tetapi cuba bayangkan kalau mereka rempuh dengan Speeder Bike pula. Hangus. Belum main pacak lagi!
9. Tiada orang Melayu dalam dunia Star Wars.
Kamu pernah nampak? ‘Mohamad Hassan Hanif, Jedi Master’
Popularity: 36% [?]





































