Encik Orked Kelabu bertanya…
Aku nak tanya, dari aku sekolah menengah sampai ke universiti sampai dah muak belajar, perniagaan banyak tingkat (MLM) menjadi suatu trend yang menyakitkan hati. Dari pemerhatian aku MLM ni akan bertukar strategi kononnya pada setiap tahun. Walhal srategi mereka masih sama cuma slide power point aja dah tukar theme. Dan aku perasan perkembangan MLM ini disokong penuh oleh pemikiran tipikal melayu yang nak kaya cepat dengan cara mudah dan tak gemar (atau tak berani) dicabar. Maka apa pendapat kau tentang trend MLM yang aku rasa hanya efektif untuk memutuskan talian persahabatan dan persaudaraan. Adakah ianya suatu trend yang positif? Aku rasa ni bukan pop culture, ini dah boleh masuk kitab Sejarah Melayu.
Apa pendapat kau tentang industri IT di Malaysia selain di Low Yatt? Aku sekarang nak sambung CCNA dan MCITP. Adakah ianya memberi boost kepada aku dalam industri IT?
MLM itu salah satu cara perniagaan. Sama ada kita bersetuju tentang cara ia dilakukan atau tidak semua tidak penting, yang penting aku tahu ada ramai orang yang menyara keluarga mereka dengan cara sebegini.
Kedua, aku sedih kau fikir industri teknologi maklumat di Malaysia berpusat di Plaza Low Yat. Banyak syarikat-syarikat gergasi seperti Intel, AMD, Texas Instruments dan sebagainya yang menjadi Malaysia sebagai pusat penyelidikan serta pengeluaran teknologi tinggi. Setakat hendak buka kedai di Low Yat semua orang boleh.
miszcrowniq bertanya…
ada x cara mudah nak buat pinjaman peribadi bagi pekerja swasta??
Cuba cawangan Bank RHB terdekat. Mereka ada menyediakan skim pinjaman peribadi yang mudah tapi awas dengan kadar faedahnya!
firdaus bertanya…
bro, soalan tentang basikal yg aku tak jumpa walaupun dah google
kat malaysia ni, kalau baru2 mahu berjinak dgn fixed gear bikes, setup apakah yang paling sesuai utk beginner – tak terlalu mahal, senang utk upgrades, senang dapat etc.
kalu boleh bg nama kedai dan anggaran kos sekali bro hehe
Cuba cari Advanced Bicycle Centre (ABC) di Bandar Sri Damansara. Kalau nasib baik bawah RM600 boleh dapat.
seyn bertanya…
what is multi level marketing (MLM) to you?
Cara perniagaan yang sepatutnya tidak melibatkan kawan serta sanak keluarga terdekat. Aku pernah lihat rakan yang berjaya dengan cara perniagaan ini, dan aku berterima kasih kepadanya kerana tidak melibatkan aku serta memaksa aku menyertai skim yang sama.
sara bertanya…
mana lagi penting dalam perkahwinan,antara hubugan intim yang mengembirakan atau mendapat perhatian dan masa depan yang lebih terjamin?
Terus terang masa depan yang lebih terjamin akan menjanjikan hubungan intim yang menggembirakan dan jaminan perhatian. Berakit-rakit ke hulu…. Ramai orang mungkin pandang remeh tentang hal kewangan, tetapi percayalah bahawa masalah kewangan itu, sekecil mana pun, boleh menjadi akar umbi kepada masalah yang lebih besar. Pastikan ada wang, baru kahwin. Bukan cukup untuk kos kenduri dan hantaran sahaja, ya?
smowkin bertanya…
kau rasa kalau orang melayu nak cipta superhero, yang macam mana paling sesuai? pakai nilai tradisional ke moden kontemporari? atau kau dah bersetuju dengan tanggungjawab dan kredibiliti bio-nik, kapten kit dan kawan-kawan?
Aku ada sedikit masalah terhadap mana-mana konsep yang melibatkan penggunaan nilai-nilai tradisional di dalam konteks kontemporari. Tidak kisahlah sama ada untuk muzik, rekabentuk dan sebagainya. Pada aku terapan nilai-nilai tradisional ini hanya akan dijadikan gimik dan bukan menambah nilai sebenar mana-mana satu karya. Kamu seharusnya bertanding di pentas dunia, berdasarkan standard dunia, tanpa memerlukan apa-apa gimik. Kalau hendak tradisional, buat 100% tradisional. Orang mungkin lebih tertarik dengan nilai tradisional asli tanpa perlu olahan semata-mata untuk kesesuaian moden.
syafik bertanya…
1. apa pendapat kamu mengenai iphone 3gs?ada tak phone lain yang lebih hebat dan menarik berbanding iphone 3gs pada kamu?
Pada aku, fungsi telefon bimbit hanya untuk membuat/menerima panggilan serta SMS. Lebih dari itu aku akan gunakan komputer riba. Aku tidak perlu (dan sebenarnya tidak ingin) online 24 jam sehari, sebab sebenarnya dunia Internet itu amat memenatkan. Aku lebih gemar telefon bimbit dengan fungsi asas.
Ash bertanya…
bila ko perasan janggut ko putih? terkejut tak masa tu?
Hmm mungkin 6-7 tahun yang lepas. Aku tidak terkejut sebab aku sedar ketika itu aku di bawah banyak jenis tekanan. Itu cara badan aku menunjukkan kepada diri aku yang aku berada di fasa yang kurang menyenangkan minda.
orion bertanya…
Kenapa Majalah Junk semenjak 2menjak ini rasa mcm majalah2 budak2 sekolah? seakan2 majalah Utopia tapi penuh dgn berita “Indie” ?
Cuba tanyakan soalan yang sama ke pihak junkonline.net. Mana tahu kamu boleh menang hadiah? Tidak silap aku kehendak pasaran. Kalau tidak mahu turuti kehendak pasaran aku rasa lebih baik buat blog sahaja.
Johan bertanya…
Sekarang banyak label-label pakaian ‘indie’ yang wujud diMalaysia,terutama sekali yg fokus terhadap penghasilan grafik t-shirt.Soalan:
1)Bagi kau label apa diMalaysia ni ada potensi untuk maju.Label yang agak-agak kau boleh untung juta-juta macam ‘Johnny Cupcakes’.
2)Tips untuk memulakan label sendiri dan bagaimana cara untuk bertahan dalam industri ini.
3)Label dari seberang nampak lebih mendominasi,kenapa?
1. Di Malaysia pada aku belum ada yang betul-betul menonjol. Masih tiada keaslian.
2. Pasarkan dengan penjenamaan yang bagus, serta pastikan kualiti itu menonjol. Pastikan produk baru sentiasa ada. Misalnya keluarkan himpunan baru setiap musim, atau setiap 3-4 bulan. Kekalkan konsistensi. Pelbagaikan rangkaian produk. Buat penyelidikan untuk memastikan kualiti terbaik, dengan kos yang paling berpatutan. Turunkan nilai kos yang berpatutan ini kepada produk yang harganya berpatutan. Jangan lupa nilai endorsement serta product sampling.
mikequebecpapa bertanya…
Apa pendapat kau tentang budak-budak Melayu yang dihantar belajar ke luar negara (U.S./OZ/UK misalnya) tapi hanya berkampung sesama sendiri, hinggakan selepas grad english language proficiency masih di tahap yang sama? Berbaloikah kerajaan menghabiskan berjuta menanggung pembiayaan diorang?
Tidak berbaloi. Aku pernah tulis panjang lebar tentang perkara ini dahulu. Sila buat carian.
pamasi bertanya…
selamat pagi, aku mahu tahu pendapat kau tentang kerjaya sebagai seorang ahli pharmacist. adakah mempunyai masa depan yg cerah atau gelap?
adios,
Permintaan terhadap bidang professional yang memerlukan kepakaran akan sentiasa ada. Lagi obscure kepakaran kamu, lagi tinggi permintaannya. Fikirkan. Yang penting kamu kena cari jalan masuk kedalam bidang kepakaran kamu tersebut, dan asah kepakaran kamu. Lagi tajam lagi bagus.
Datuk Tanpa Nama bertanya…
1.konsert/event/gig/show apa yang paling bodoh kau pernah pergi?mengapa??
2.Jujur la,kau pernah sembahyang dalam 1 minggu yang lepas?
3.artis melayu paling kau menyampah?mengapa?
4.mcm mana kau terfikir nak buat blog ATP?
5.tahun ni ada ke ROXY Summer Splash or quiksilver revolution?kalau ada agak2 bila?
6.Tengok ajl baru2 ni x?komen kau?
1. Twisties Bingit di Sunway Lagoon. Sebab ada satu band yang ada drummer suka posing depan kamera.
2. Jujur la, kalau kamu tidak tanya soalan nombor 5 aku akan jawab.
3. Aku suka artis Melayu.
4. Di dalam tandas.
5. Mungkin ada tetapi tertutup agar orang-orang yang hanya ingin skodeng tidak dapat masuk. Kamu suka skodeng?
6. Tiada komen.
rika bertanya…
kawan kau shuz tu jongang eh?
Tidak. Gigi dia macam gigi Noh Hujan.
puteri gunung ledang…
kenapa customer service kat malaysia mcam haram?
baik kat F&B, Tele, retail outlet, gov tak payah cakap ar.
Ape ko rase diorg ni patut buat.
Mereka patut diberi ‘peluang’ menjadi pelanggan dan diberikan layanan yang sama.
salsa bertanya…
dengar cerita LX4 keluar bulan 2 nanti, agak-agak berapa range harga?
Aku agak dalam RM1799.
adam bertanya…
mana nk dpt facehunter book ?
Beli dari dia. Dia akan datang ke Kuala Lumpur dalam sebulan dua ini.
Suessy bertanya…
will you grant me an interview?
Sure, about what?
Benny Blanco from Bronx bertanya…
soalan aku berbaur tourism. heh
1. pendapat kau, apa perlu ditambah utk menghavockan malaysia ? selain shopping mall, kelab malam dll.
2. kalau kt dalam negara pulau2 indah mana yg kau dah pernah pegi ?
3. apa kelebihan negara kita dr sudut pandangan kau, berbanding negara2 serantau ?
1. Lebih banyak lokasi eco-tourism.
2. Turtle Beach di salah satu kepulauan kecil Perhentian. Aku tidak pernah sampai Sipadan lagi.
3. Amalgamasi 3 jenis budaya. Makanan Cina di Restoran Melayu di Little India, sebagai contoh.
Bourne bertanya…
Adakah seseorang itu akan dipandang rendah tahap kehidupan sosialnya jika seseorang itu slalu ke mana2 berseorangan cthnya di makan sorang2 di restaurant?
Hanya jika dia bercakap berseorangan.
kiki bertanya…
1)gibson / fender ?
2)satria neo / honda jazz ?
3)akai500 RM ?
4)skytop / cuban ?
1. Mosrite.
2. Cinelli Mash.
3. Macbook Pro.
4. Vans Era.
Maaf jika soalan kamu tidak dijawab, ya?
Popularity: 26% [?]