fendy bertanya…
aku rasa sistem lrt di malaysia patut benarkan membawa basikal dalam train. ape pendapat engkau? tak silap aku kalau di negara luar mereka benarkan bawa basikal dalam train
Setakat di Malaysia, aku rasa tidak mungkin. Basikal masih belum merupakan sistem pengangkutan massa yang digemari ramai, atas sebab mudah, iaitu cuaca. Sebab itu, selain dari Putrajaya, masih kurang lokasi yang menyediakan lorong khas untuk basikal, mahupun tempat meletak basikal yang khusus. Selagi Malaysia tidak bertukar menjadi negara empat musim (walaupun ada desas-desus kurang logik yang mengatakan salji patut turun minggu lepas), selagi itu basikal sebagai jenis pengangkutan asas dan utama tidak akan menjadi realiti.
chris martin bertanya…
wa rasa walaupun wa artis. tapi wa susah la mau berkawan dgn org. nak intro pun wa x reti. intro fix you wa reti lah. mcm mana tu? selalu org yang intro sama wa. wa kan artis.
lu rasa beli property masa skrg, ngam ke?
Pakai topeng. Aku masih belum tergerak hati untuk membeli rumah, apartmen, kondo, gudang, kedai dan sebagainya jadi aku kurang arif tentang aktiviti hartanah buat masa ini.
Haslam bertanya…
Apa pandangan kau tentang Cuci The Musical?
Aku belum berpeluang menonton (aku bukan seorang kaki teater, maaf), tetapi berdasarkan komentar kawan-kawan dan apa yang aku baca, memang kelakar.
meow bertanya…
hey sedara . setiap hari ahad pagi ada sorang aweks melayu bawak fixie pink wheels lima spoke at bulevard. apa pendapat ko pompuan naik fxixie ni? hype je or hampeh?
Selagi ada kemungkinan kurang satu kereta digunakan, aku sokong. Janji bawa basikal hari-hari. Bukan untuk pengangkutan pun sekurang-kurang untuk senaman kurangkan buncit. Perempuan Malaysia ramai sangat yang buncit.
aji bertanya…
bila radiohead nak datang malaysia? boleh ko bawak dorang datang tak.?
Boleh. Tak sikap aku kos membawa mereka ke Malaysia hanya £200,000. Kalau ada wang sila beritahu aku, dan aku akan uruskan.
miszcrowniq bertanya…
hye mr.MM
bile mr.MM nak kawen lagi??
Buat apa?
TTB bertanya…
MM,
1) Dari sudut hiburan, Boleh MM senaraikan Top 5 muzik/filem/konsert/buku yang MM dapati paling berbaloi untuk 2009?
2) Dan bolehkah MM senaraikan Top 5 perkara paling menarik yang MM jumpa dalam 2009 (contohnya, fixie)?
(kalau MM boleh berikan sedikit ulasan, itu lebih dialu-alukan macam alumunium ;-) )
1. Buku — ‘Dari Majapahit ke Putrajaya’ karya Farish Noor, ‘I Am Muslim’ karya Dina Zaman, ‘Saya Pun Melayu’ karya Zaid Ibrahim. Muzik kurang relevan untuk aku buat masa ini, tidak tahu mengapa.
2. Mungkin untuk jawapan ini aku akan buat nukilan khas sebelum hujung tahun, OK?
kkk bertanya…
anda suka majalah? majalah wajib anda setiap bulan apa?
anda suka ‘tv series’? ‘tv series wajib anda setiap bulan apa?
semoga maju jaya.
1. Dua majalah yang aku paling banyak beli tahun ini ialah majalah ‘Guitarist‘ dan ‘Computer Music‘.
2. Kebelakangan ini aku jarang melayan siri tv kecuali sinetron dari Indonesia. Paling mengancam ‘Untung Ada Jinny‘. Sebab ada Diana Pungky.
trulysally bertanya…
kenapa guys lebih cepat dpt pengganti lepas break-up berbanding p’puan?
Ini kurang tepat. Semuanya bergantung kepada individu, tidak kira jantina. Kalau tidak percaya tanya aku.
bebudak baru belajar bertanya…
selamat ber-fixie, encik MM
1) boleh tak MM cadangkan kaedah terbaik untuk sambungkan instrumen seperti gitar/bass/keyboard/midi processor ke Macbook supaya dapat dirakam menggunakan aplikasi seperti Garageband atau Logic Express/Pro/Studio? sy dah cuba beberapa cara tapi masih kurang memuaskan.
2) apa pendapat tentang karya Alan Moore yg terbaharu di pasaran?
1. Beli interface audio. Jenama M-Audio memang murah.
2. Aku berhenti membaca Alan Moore semenjak karyanya dari zaman Swamp Thing dan Watchmen kemudiannya, maaf.
steph bertanya…
Where can i get knee high doc martens for girls in KL? Pertama complex macam takde je. Guys punya banyak la. hampeh. or am I looking in the wrong places? Thanks :)
Di KL tidak silap aku memang tiada. Cuba di Ebay, memang berlambak. Mudah sahaja untuk membeli di Ebay sekarang, mohon untuk kad debit Visa/Mastercard (Ambank ada, Public Bank ada) dan kemudiannya daftar untuk perkhidmatan Paypal. Kalau kamu mahu aku boleh tolong belikan (selepas membayar aku) dan kamu boleh memodelkannya di depan aku. Kasut sahaja. Tanpa pakaian lain.
Nilog bertanya…
sudah lihat videoklip 30second to Mars – Kings and Queens?
Sudah. Jared Leto pakai Aerospoke freewheel poyo.
Kat bertanya…
1)MM how do u deal with it bila u leave your own long term partner for another person and the guy does the same for you?i know that karma can be a bitch, so how do you know that this is the right thing to do?it would be a tad selfish to say that ultimately i should think of my own happiness
2)how do u know if the guy is the right one for you?
3)bagaimana i nak deal dengan conscience i?
1. Perkara yang paling penting kamu boleh dapat dari perpisahan ialah pengajaran. Dan pengajaran biasanya tidak akan datang melainkan jika kamu buat kesilapan. Jadi belajar dari kesilapan.
2. Bila kamu tahu jikalau dia sibuk pun, kamu masih di dalam hatinya.
3. Sematkan dalam fikiran bahawa jika tidak mencuba, maka tidak tahu. Cuma kamu harus bersedia menerima akibatnya.
hana bertanya…
Bila PJ nk dtg malaysia?
Aku pun tunggu. Masih tiada pengesahan.
Jeff rense bertanya…
1)adakah kau seorang illuminati @ freemason?
2)makan sambal belacan x?
3)kau pakai notebook/desktop brand serta os apa?
4)kalau install/repair pc buat sendiri @member/kedai buat?
5)layan laman2 porno dan lucah?
6)fikir tak apa nak jadi dengan remaja melayu/islam yg kebaratan bila nak mati nanti sempat bertaubat ke tak?
1. Aku ada kaitan (tanpa disedari) dengan Trilateral Commission dahulu.
2. Makan, tetapi bukan yang dibuat dari cili padi sebab aku tidak makan pedas.
3. Macbook Pro 15″, Mac OS X.
4. Buat sendiri.
5. Siapa tidak layan?
6. Terpulang kepada individu. Janji cukup pengalaman dan tiada sesalan.
Alenka bertanya…
MM, you should create a website like Lamebook.com. Mesti laku. Hee
Mungkin boleh diusahakan. Versi Bahasa Melayu, ya?
kasparov bertanya…
MM pandai main chess tak?
Pandai. Walaubagaimanapun aku lebih minat pada Scrabble.
Firdauz takes 5 bertanya…
Hi abang minimalis,
1) kenapa semua tenaga (energy) dan jisim (matter) boleh mempamirkan ciri-ciri zarah (particle) dan gelombang (wave) serentak pada masa yang sama. Tetapi bila diukur, atau diperhatikan, mereka memilih untuk menjadi salah satu sahaja.
2) adakah jisim dan tenaga sifatnya pemalu, dan suka berahsia.
3) ’string theory’ mengatakan semua blok asas yang mencipta alam semesta ini terdiri dari tali-tali yang bergetar yang wujud di dimesi lain. gema dari getaran tali-tali dari dimensi lain ini, memberi sifat fizikal pada dimesi kita. gema ini juga, membuahkan nota-nota musik dan selagi musik itu bermain, selagi itu wujudnya alam semesta. soalan saya, jenis musik apa yang mereka mainkan? adakah musik ini berubah mengikut peredaran masa?
1. Kamu jawab di soalan kedua.
2. Jawapan untuk soalan pertama.
3. Hiphop dan r’n'b.
slash bertanya…
ada x kau rasa mereka2 yg hide identiti masa post komen disini merasakan blog ni separa lucah menjadikan mereka ’segan’ nak mempamerkan diri pada khalayak?
Segan duduk bagan.
kikilalakukukiki bertanya…
1)saya seorang pelajar IPTS di utara dan saya merancang untuk membeli sebuah kereta terpakai jenama Proton Iswara. Harga mengikut mudah.my untuk kereta ini ialah sekitar RM5k hingga RM7k. Saya merancang untuk menggunakan kereta ini selama 3 tahun tempoh saya belajar dan 2 tahun selepas saya mendapat kerja. Pada pendapat MM, adakah pembelian ini berbaloi?
1. Berbaloi, sebab salah satu sebab kenapa ramai membeli kereta tempatan ialah kerana mudah dan murah untuk mendapatkan barang ganti.
afaris bertanya…
1)bace komik x?
Baca. Lagi-lagi kalau ada kaitan Batman dan Justice League.
zariq bertanya…
1.Kau tak nak beli ke skytop II tu ?
2.Band punk rock ape yang kau paling minat ?
3.Dalam sesebuah band, kau rasa siapa yang paling live up the songs? vocalist?bassist?guitarist?drummer?
1. Mungkin sudah kurang relevan dengan aku buat masa ini, tetapi mungkin aku akan beli juga jika ada colourway yang menarik.
2. Too Phat.
3. Vokalis semestinya. Sebab itu aku suka band yang tiada vokalis.
M bertanya…
1. Apa perkara yg paling memalukan yg pernah ko lakukan?
2. Ko tahu apa itu melies?
3. Kalau ko diberi 3 wishes, apa yg ko akan mintak? selain dari menambah wishes!
1. Aku siarkan nama dan alamat aku di akhbar nasional untuk berkenalan dengan seorang perempuan yang aku jumpa di Kuala Lumpur. Nasib baik dia balas dan masih berkawan sehingga sekarang. Cerita Lain.
2. Tidak.
3. Keamanan sejagat, stabiliti ekonomi, kawalan cuaca.
pochikcakmen bertanya…
1. kamera (dslr) canon atau nikon mana lagi baik. Kenape?
2. dimana bleh dapat barang ni dengan harga berpatutan?
3. tempat servis bila rosak kat kl yang mm tau?
1. Panasonic Lumix LX-3.
2. Cuba usha sekitar Jalan Pudu.
3. Pusat servis jenama kamera tersebut. Selagi ada guarantee sila hantar ke sana.
salsa bertanya…
Apa pendapat saudara MM tetang kamera DSLR pentax k-x, dengar khabar di Jepun sana kamera ini menjadi fenomena kerana warna body-nya yang berbagai-bagai.
Seperti ramai pembaca aku tahu, aku tidak berminat dengan kamera DSLR. Orang Jepun memang begitu, perkara kecil suka digembar-gemburkan. Lagi-lagi yang boleh pancut.
zwan bertanya…
kenapa kertas kerja fizik KILLEUR CALCULATEUR & the president hambar dan tak menarik?
adakah kerana bajet, kehendak pelanggan atau masa?
Fizik itu subjektif.
pitery bertanya…
hai MM,
minat lady gaga tak? ape pendapat MM tentang lady gagagap?
Aku rasa dia pushing the envelope berkenaan apa yang boleh dianggap tasteful di arena muzik mainstream. Aku kurang minat dengan muzik dia tetapi aku sukakan idea kemungkinan yang boleh diperolehi dari apa yang dia lakukan dari segi penjenamaan dan imej.
tekitou bertanya…
I think it’s a fact that, although sometimes u might not be happy with your partner’s behaviour, u cannot change them. It is either you accept them unconditionally or leave.
Tak sure mm ada gf ke tak, but if your partner keep doing sth u don’t like, what would u do?
Dahulunya mungkin aku akan suruh ubah, tetapi sekarang mungkin aku akan tegur sahaja, terpulang kepada dia untuk berubah atau pun tidak dan aku terima sahaja sehingga ke tahap tidak boleh terima. Kalau sudah tidak boleh terima aku akan terima kenyataan dan tetapkan pendirian untuk melayarkan bahtera ke arah dan destinasi lain di bawah pohon cemara.
sufri sufian bertanya…
mana tempat nak re-chrome frame basikal? bajet harga re-chrome?
Cari tempat yang boleh re-chrome bahagian motorsikal. Aku kurang pasti, tetapi awas, krom akan menambahkan berat basikal.
garu bertanya…
antara rempit ampang, kajang, gombak dan puchong, yang mana paling laju?
Rempit Sepang.
noah bertanya…
1. boutique pedals atau yang biasa?
2. apakah loop/delay pedal kegemaran? kenapa?
3. patutkah saya menjual e1 headrush utk tukar ke boss rc-20xl?
4. pendapat tentang offset guitars.
5. mana nak cari analogue systems synth di malaysia? ada tak?
6. what have you been listening to recently? (dah lama tak ada ruangan ‘Lagu Hari Ini’, kinda miss that)
1. Tidak kisah, asalkan boleh mendapatkan bunyi yang unik dan tidak mewarnakan signal asal bunyi gitar aku melebih-lebih.
2. Aku sekarang mengidam Tech21 Boost D.L.A Tap Tempo (sebab ada kombinasi delay dan booster, emulasi bunyi analog dan juga tap tempo. Kualiti pedal Tech21 juga terjamin) dan Digitech JamMan Looper sebab ianya berwarna biru.
3. Simpan Akai itu, dan upgrade ke Headrush versi kedua.
4. Offset versi klasik memang idaman. Aku sendiri menggunakan gitar offset.
5. Ada, tetapi harus pandai cari. Biasanya disimpan oleh seorang wartawan muzik yang bekerja dengan The Star. Sila Google.
6. The Rolling Stones, Led Zeppelin, David Bowie.
Popularity: 28% [?]