Selamat tinggal LX-3.
Popularity: 30% [?]

Tanya jangan tak tanya. Sila kemukakan soalan di dalam ruangan komen nukilan ini (termasuk soalan-soalan lama yang aku tidak sempat jawab bulan lepas) atau emelkan ke mminimalis at gmail dot com.
Tanyalah apa-apa, aku tak peduli, tetapi tidak semestinya aku akan jawab. Lagi bosan soalan kamu, lagi bosan jawapan aku.
Popularity: 31% [?]

(Maaf, kurang sedikit pahala berpuasa bagi mereka yang berpuasa.)
Apa Yang Tidak Kena.
• Tidak silap aku kalau kamu berposing begini, selalunya pakaian tidak diperlukan. Apa matlamat gambar ini sebenarnya? Myspace? Harian Metro? Akutakpeduli.com?
• Orang lelaki tidak patut pakai topi di atas katil. Kalau hendak pakai topi wajib pakai kasut, dan si lelaki tidak berkasut dalam gambar ini.
• Lampu dipasang walaupun hari siang.
• Kenapa kena pegang tangan begitu? Perempuan sedang menonggeng tetapi si lelaki pegang tangan perempuan macam sedang bersiar-siar sampai berpeluh di taman bunga. Apa cer? Patutnya buat aksi sepak punggung, baru kena dengan konsep.
• Dres perempuan terlalu pendek untuk menaiki motorsikal si lelaki. Kecuali itu bukan dres tetapi sebaliknya tank top panjang yang dipakai bersama jeans potongan bootcut.
Ingat, jangan ambil gambar guna kamera telefon bimbit.
Popularity: 90% [?]
Tags: featured
Kalau tidak silap aku, disepanjang hayat aku, aku sudah memiliki 3 hingga 4 pasang kasut but Dr. Martens. Walaupun zaman kejatuhan jenama ini bermula apabila mereka mula mengilangkan kasut yang kurang kualitinya di China, tetapi baru-baru ini kilang yang asli di United Kingdom telah mula mengeluarkan dua versi kasut klasik model 1460 mereka, yang dijual dengan harga premium.
Walaupun pereka fesyen Raf Simons telah pun berkolaborasi dengan Dr. Martens beberapa kali sebelum ini, tetapi rekabentuk sebelum ini biasanya terlalu drastik dan terus terang, buruk. Tetapi bukan kali ini, Raf Simons telah memberikan sentuhan magikalnya kepada satu di antara kasut terkemuka dunia.
Beli di sini jika perasan mampu. Minimalisme itu sememangnya seksi, bukan?
Popularity: 28% [?]
Sangkaan aku meleset. Aku sangkakan versi ‘abang’ siri Panasonic Lumix LX-3 iaitu LX-4 akan keluar awal tahun hadapan dengan lensa format Micro Four Thirds, tetapi nampaknya Panasonic betul-betul ingin melawan Olympus PEN E-P1 dan mengeluarkan kamera mereka lebih awal. Panasonic Lumix GF1 nampaknya menggunakan skema penamaan siri G (seperti Panasonic G1), dan menggunakan lensa format Micro Four Thirds, tetapi secara luarannya tidak banyak berbeza dari Lumix LX-3.
Dan dengan itu aku mengumumkan bahawa aku ingin menjual kamera Lumix LX-3 hitam aku dengan harga RM1200 sahaja, (boleh dirunding.) Baru digunakan dari bulan Mac tahun ini, tidak sampai setahun, dan masih di dalam keadaan baik. Aku akan sertakan segala aksesori (kecuali external flash yang aku ingin simpan). E-mel aku di mminimalis at gmail dot com jika berminat.
Sebagai bonus seperti yang aku sangkakan, aku sertakan gambar kamera Leica yang akan diumumkan pada 9hb ini, iaitu kamera GF-1 versi mereka, Leica M9. Leica X1. Seksi nak mampus.
Popularity: 33% [?]
Kadangkala di sebalik kesejagatan kaum yang kita inginkan akan ada perkara-perkara yang berlaku yang akan buat aku tersentak. Perkara-perkara memalukan yang mungkin juga berlaku akibat usia negara kita yang boleh dikatakan masih muda.
Pada pendapat aku, selagi perkataan toleransi digunakan dan bukan kesefahaman, selagi itu kita akan melihat jiran kita dengan syak wasangka. Kamu tidak sepatutnya toleran tentang mengapa mereka melakukan apa yang mereka lakukan, tetapi sebaliknya faham sebab-sebab yang menjadikan mereka berbeza dengan kamu.
Masalahnya tidak ramai yang mengambil masa untuk faham. Sebab takut itu dan ini. Undang-undang itu serta hukum-hukum ini. Walhal pada aku keinginan untuk belajar dan menuntut ilmu itu lah semulia-mulia perkara yang kamu boleh lakukan. Walaupun nukilan ini dua hari lewat, aku ingin mengucapkan Selamat Hari Merdeka kepada semua pembaca-pembaca aku.
Walaupun kepada mereka yang belum memerdekakan diri masing-masing. :(
Popularity: 35% [?]
Orang kita memang suka berniaga. Asalkan boleh dapat wang ringgit, memang gembira. Jadi di sini aku ingin membincangkan bersama pemerhatian yang aku buat tentang peniaga-peniaga Melayu. ‘Peniaga Melayu’ di sini merujuk kepada perniagaan yang lebih konvensyenal dan umum, bukan pengusaha blogshop misalnya. Aku rasa mungkin aku ada menyentuh tentang kandungan senarai di bawah di dalam nukilan-nukilan lama, tapi tak mengapa, aku senaraikan juga. (Ingat, ini semua subjektif, ya?)
1. Suka Meletakkan ‘De’ atau ‘D’(nama perniagaan)’ Sebagai Nama Perniagaan.
Contohnya Restoran De Kayu, D’Tomyam, Kedai Baju De Murni, Klinik De Mam, Pinjaman Wang De Posit. Paling terkenal mungkin restoran yang dikendalikan FELDA, D’Saji, yang memang terkenal dengan pakej jamuan perkahwinan mereka. Aku tidak faham rasional penamaan sebegini, mungkin untuk kedengaran lebih ‘Perancis’, walhal sebenarnya lebih kepada lebih ‘kampung’. Aku rasa pasaran bidikan mereka mungkin teruja dengan penamaan begini. Pendek kata asal ada unsur Mat Salleh sedikit, boleh jalan.
2. Kejayaan = Kualiti Merundum.
Ini biasa aku lihat, terutamanya dikalangan pengusaha restoran. Bila sudah popular sedikit dan mula berkembang ke premis yang lebih besar misalnya, makanan kegemaran kamu yang kamu selalu pesan apabila bertandang ke restoran tersebut tiba-tiba menjadi kurang enak. Layanan istimewa yang dahulunya diberikan kepada kamu seolah-olah sudah dilupakan. Harga makanan semakin naik, restoran menjadi semakin cerah (akibat jumlah lampu kalimantang yang meningkat) tetapi kualiti dan mutu semakin merundum. Apa cer?
3. Suka Dengki Mendengki.
Apabila perniagaan mendapat kurang sambutan (apabila kualiti makanan merundum, jahitan senget, alat kelamin semakin longgar), mulalah menuduh ada pihak-pihak tertentu yang berhasad dengki, walaupun sebenarnya diri sendiri yang salah. Puuuh kiri, puuuuh kanan, wang ringgit dibazirkan membeli artifak aneh yang kononnya boleh menjadi pendinding. Apabila dapat tahu yang si polan ini yang kononnya mencemburui perniagaannya, mulalah ‘menghantar’ itu dan ini, dan aku tidak maksudkan hadiah-hadiah atau hamper makanan. Apabila peniagaan kurang laku, mulalah cari bomoh Siam yang boleh membekalkan ‘pelaris’ agar perniagaan lebih maju. Jangan hairan kalau jumpa tampon terpakai di dalam kari ayam kamu.
4. Boros/Berlagak Bila Perasan Berjaya.
Apabila mula dapat wang sedikit, mulalah bazir duit. Baru dapat balik kos modal, sudah bertandang ke kedai kereta mencari kereta BMW 5 Series terpakai. Mula pergi bertandang ke blog-blog selebriti tanah air yang penuh dengan gambar artis ‘terlampau’ yang bersosial untuk dijadikan bakal isteri, insyaallah. Memang tanggungjawab kamu yang mampu untuk membimbing artis-artis yang sesat ini, bukan? Memang mudah pun untuk berkawan dengan artis-artis gred B ini, bela misai tebal, bawak kereta separa mewah dan lepak di sekitar kawasan Ampang atau The Curve.
5. Kurang Pandai Berkembang Lebih Maju.
Untuk perniagaan yang ada potensi pula, selalunya tersekat di tahap yang sama. Tidak pandai menggunakan kemudahan yang ada (seperti pinjaman SME, forum serta kaunseling perniagaan) untuk terus maju ke hadapan. Pada mereka jalan yang senang (sehingga boleh mencapai wang berjuta-juta) semuanya terletak di laman-laman web yang menjual maklumat untuk skim-skim Ponzi. Atau main kutu.
6. Tidak Pernah Bersedia.
“Adik, ada duit kecik tak?” Ayat yang memang sebati dengan peniaga Melayu. Kalau aku hendak guna duit kecil aku akan guna vending machine.
7. Melayu Kena Tolong Sama Melayu.
Walaupun motto ini sebenarnya tidak salah, tetapi motto ini mungkin sedikit sebanyak menghadkan kemampuan sebenar mana-mana peniaga. Akibatnya muncullah kronisme. Walaupun ada banyak calon lebih baik dan mampu di luar sana, akibat kronisme, kerja serta kontrak diberikan kepada anak buah atau keluarga terdekat sendiri, walaupun memang sah si ahli keluarga itu kaki joli yang boleh menghabiskan wang RM1 juta dalam 10 hari. (Lihat No. 4) Kalau aku berniaga, aku tidak kisah. Keuntungan dahulu, keluarga kemudian. Kalau aku sudah untung, keluarga aku pun akan untung. Buat apa beri peluang kepada keluarga sendiri yang hanya akan merugikan usaha titik peluh kamu, bukan? Selidik dan kaji dahulu!
8. Suka Taktik Hutang Budi.
Dalam banyak-banyak jenis orang, orang apa yang paling diminati? Orang dalam. Orang dalam yang boleh memudahkan segalanya, dari proses ambil lesen, bayar saman, menang tender, isikan borang dan sebagainya. Aku rasa ini berkaitan dengan senaraian No. 7 di atas, tolong menolong akan sedikit sebanyak membuatkan yang ditolong rasa terhutang budi. Dan orang Melayu memang suka berhutang, dari hutang budi hinggalah ke hutang Courts Mammoth. Lihat sahaja kemelut kerajaan Negeri Selangor, ramai yang ‘nama naik’ akibat hutang budi. Memang senang hendak berjaya dalam perniagaan apabila kamu paksa orang lain untuk berhutang budi dengan kamu. Kalau mereka tidak mahu bayar hutang, sila ungkitkan waktu-waktu kamu ‘cover’ si pemiutang tersebut. Mudah.
9. Perosak Pasaran Iklan.
Impian utama semestinya membuat iklan barangan di televisyen. Lagi-lagu peniaga-peniaga yang mengusahakan kosmetik yang menggunakan nama sendiri sebagai nama produk dan muka sendiri sebagai model layandiri. Muka kapal pecah pun tidak kisah, kita ada Photoshop, bukan? Yang ada belanjawan akan terlebih belanja membuat iklan-iklan gambar soft-focus berambut besar yang penuh dengan muka sendiri terlebih mekap, yang kurang wang akan buat iklan statik yang pastinya akan ada muka sendiri juga. Kalau tidak percaya tonton tv sejurus sebelum waktu berbuka puasa. Ada banyak. Kalau dulu kita ada ikan Kaka, Ding Dang lakonan Mat Sentul yang diterbitkan pengusaha makanan ringan tidak berkualiti, sekarang kita ada pengusaha produk kecantikan.
10. Suka Name Drop.
Aku kurang pasti istilah name drop dalam Bahasa Malaysia, mungkin kita boleh istilahkan sebagai penyalahgunaan nama orang lain. Lagi-lagi yang ada gelaran Datuk dan Tan Sri. Ini tidak termasuk menggunakan gambar ketika bersalam dengan PM apabila terserempak di Pasar Besar Selayang lagi. Baru sekali bersalam dan bergambar sudah rakan sehidup semati kononnya. Tidak boleh maju dengan nama sendiri ke? (Eh boleh, lihat No. 9) Kononya ini kenal ‘orang dalam’ lah. Senang berniaga.
Popularity: 69% [?]
Terbaik. Kualiti rakaman video dan audio teramat memberangsangkan. Memang malang sekali band-band 10-15 tahun lepas tidak mendapat peluang sebegini. Syabas XFM!
Popularity: 29% [?]
Sebentar tadi aku baru sahaja selesai menonton rancangan ‘The Science of Sex Appeal’ di Discovery Channel. Pada aku memang amat menarik, sebab aku memang selalu tertanya-tanya mengapa citarasa seseorang itu berlainan dari citarasa yang seorang lagi di kala mencari pasangan.
Macam aku, aku memang cerewet apabila mencari pasangan. Selain dari rupa fizikal (kamu penipu jika kamu katakan yang kamu tidak memandang luaran sahaja!), aku inginkan seorang yang benar-benar memahami diri aku, sebab aku mengaku, kadang-kadang aku sendiri pun tidak faham diri sendiri. Contohnya tidak semestinya mempunyai minat yang sama, tetapi faham mengapa aku minat sesuatu, misalnya. Faham karenah aku, dan melayan aku sebagaimana aku melayan dia. Misalnya kalau aku benarkan kamu bersukan payung terjun, jadi kamu juga perlu benarkan aku bersukan payung terjun tanpa terlalu bimbangkan aku. Kiranya sama ratalah jika boleh. Mungkin juga si dia harus sayang aku sepertimana aku sayang dia, sama tahapnya, tidak lebih, tidak kurang. Kalau tidak aku akan rimas.
Jadi soalan aku hari ini berbunyi begini, apakah kriteria utama yang kamu cari apabila mencari pasangan? Dipersilakan untuk membuat analisis sosiopolitikal jika perlu. Pasangan di sini tidak semestinya bermaksud isteri/suami, OK?
Popularity: 46% [?]
kurik bertanya…
mm,
what do u think of the hardcore scene here in malaysia? myhc?
Aku tidak fikir apa-apa.
pitery bertanya…
mm,
baju raya tahun nie kaler ape?
thanx..
Sama seperti warna baju raya tahun lepas, dan tahun sebelumnya, dan juga tahun sebelumnya. Secara jujur selain dari makanan, Hari Raya bukan satu hari yang aku tunggu-tunggukan setiap tahun. Banyak sangat soalan dan persoalan.
Jenglot bertanya…
mm ko budak sekolah asrama penuh ke?
Untuk dua tahun sahaja, ya.
hassan bertanya…
macam mana nak hilangkan spare tyre?
Ini cara aku. Semenjak aku mulakan tiga bulan lepas aku rasa perut aku semakin kempis dan menampakkan definisi. Cuba jangan tak cuba. (Ada 5 klip dalam siri ini jadi lihat semua, OK?)
ryurisora bertanya…
mm, kalau darurat H1N1, sume IPT, opis cuti ke?
Tidak. Untuk maklumat lanjut sila cari di The Star Online.
ema bertanya…
1. apakah kepentingan tuisyen kepada pelajar? adakah perlu?
2. adakah air mineral itu betul-betul mempunyai mineral-mineral yang bagus untuk badan?
1. Pada aku tidak perlu kalau terbukti yang guru biasa di sekolah mengajar dengan cara yang betul menurut apa yang disarankan Kementerian Pendidikan. Malangnya tidak semua guru di luar sana yang benar-benar pandai mengajar apa yang patut dipelajari. Terlalu bermotivasikan peperiksaan dan keputusan.
2. Jangan kelirukan air mineral yang dibotolkan dengan air paip yang dibotolkan. Sudah tentu kandungan mineral di dalam air paip kurang dari yang boleh diperolehi dari sumber air mineral sebenar. Let the buyer beware. Buat penyelidikan tentang sumber air sebenar jenis ‘air mineral’ yang kamu minum. Tidak silap aku banyak air yang dibotolkan di Malaysia (dan juga negara lain) hanyalah air paip yang diproses dengan mudah dan dibotolkan.
dewi bertanya…
MM, ape tujuan u idop ?
MM, penah tak tgk org nazak nk mati?
1. Tujuan aku idop ialah untuk menjadi orang yang berguna.
2. Tak.
american express bertanya…
nak tak kalau saya belanja awak makan sambil sembang2 pasal topik yang awak pernah keluarkan sebelum2 ini dan hal2 dunia.saya fikir awak ada pemikiran yang bagus untuk berkongsi maklumat bersama.
E-mel sahaja ke mminimalis at gmail dot com.
mcm2 pe’el bertanya…
1.) ko rase afdlin shauki ngan harith iskander ade persamaan tak dgn jack black dgn kyle gass?
2.) bile agak2nye malaysia boleh keluarkan tv series mcm LOST ?
3.) ko rase bile agaknya team bolasepak malaysia akan masuk World Cup final?
4.) kenape ade SRJK (c), SRJK (t).. tapi takde SRJK (m) ? anak ko masuk SRJK mana?
1. Mungkin ada persamaan. Afdlin boleh menyanyi dan Harith pandai bermain gitar. Tentang pandai berkarya atau tidak Cerita Lain. Tiada komen.
2. Bila jumlah penduduk Malaysia mencapai 304 juta penduduk (seperti Amerika Syarikat) dan pasaran Malaysia mampu menampung kos pembikinan dan pemasaran siri TV yang mampu menelan belanja berjuta-juta ringgit.
3. Bila hanya 32 pasukan dari dunia yang bertanding.
4. Sebab secara teknikalnya sekolah rendah biasa sudah menepati kriteria tersebut. Dia belajar di sekolah agama swasta.
nt bertanya…
God is Time?
crazy_labelle bertanya…
arsenal2… lu sokong fc mne?
Aku tidak minat sukan bolasepak.
ioji ^ ^, ) bertanya…
abang, saya nak tanye pasal seks dengan bomoh.
1. adakah perempuan yang mengamalkan nasi kangkang melakukan seks dengan bomoh?
2. adakaah tok bomoh sendiri yang nakkan seks atau perempuan tu yang nak seks dengan bomoh?
3. Adakah golongan artis/model melakukan seks dengan bomoh?
4. Apakah tujuan atau matlamat seseorang itu melakukan seks dengan bomoh?
1. Bergantung kepada bomoh. Tidak silap aku tidak perlu bomoh untuk memulakan industri nasi kangkang besar-besaran.
2. Bergantung kepada bomoh.
3. Aku tidak hairan jika ada.
4. Untuk ‘berubat’ atau mendapatkan ‘kuasa’ ataupun bertemanlelakikan/bersuamikan bomoh.
suami lalat bertanya…
MM.
1) Siapa Tuhan kamu?
2) Siapa rasul kamu?
3) Apa kitab kamu?
4) di mana kiblat kamu?
Jeng je jeng…
Tidak baca panduan bertanya soalan ke? Jeng je jeng…
Z bertanya…
nasik kangkang sedap dengan lauk apa?
Kari ayam.
dyla R bertanya…
nak tanya jugak. basuh kereta sendiri atau carwash?
Carwash.
astro caj RM12 bertanya…
kau dah mandi wajib ke.
Belum.
jiah bertanya…
camne nak larikan diri dari makcik2 yang annoying?
Laju-laju.
kim bertanya…
arabyrd tu best sangat ke? tak nak buat tafsiran arabyrd ke?
Tak nak.
zoowee bertanya…
perempuan, pakai dress dengan leggings. cantik atau jelik?
Cantik tapi hanya jika memakai leggings panjang hingga ke buku lali, bukan leggings senteng yang sampai tengah betis. Lagi-lagi yang berwarna putih. Memang tidak menarik langsung. Ala-ala fesyen kampung yang ingin nampak urban.
videotape bertanya…
broadband apa terbaik?
Secara jujur buat masa ini broadband terbaik ialah talian Streamyx 4MB. Tidak banyak masalah dan konsisten. Aku tidak sabar menunggu projek High Speed Broadband yang menggunakan kabel optik fiber yang bakal muncul tahun hadapan!
watak lain bertanya…
pendapat mm tentang pemikiran sosialis ‘utopian’ dan Marxis serta membandingkannya dengan sistem pemikiran liberal.
Pada aku lain sama sekali. Sosialisme atau keadilan sama rata dari segi tanggungjawab, tanggungan dan keuntungan sebenarnya tidak liberal langsung. Sosialisme ialah struktur sosio-ekonomi serta politik yang dijanakan oleh pemimpin serta parti politik sosialis dalam sebuah negara. Bezanya dengan pemikiran liberal ialah sosialisme mampu dijalankan tetapi mungkin tidak diterima di peringkat individu. Liberalisme mampu wujud dari peringkat individu, dan mungkin lebih berkesan di peringkat ini. Liberal yang aku maksudkan ialah keterbukaan mentaliti yang mampu menerima (dan kemudian memikirkan secara objektif) idea serta idealisme yang mungkin berlainan dari apa yang ditanam di dalam minda dari kecil, dan mungkin tidak bersangkut paut dengan fahaman politik, perkauman atau agama. Ini pemahaman aku-lah.
Pixie bertanya…
Ais krim ape paling sedap?
Paling sedap bagi perempuan ialah ais krim daging. Mungkin untuk sesetengah lelaki juga.
jalang bertanya…
what is your definition of good sex?
Bila orgasme bersama.
Popularity: 30% [?]
(Gambar curi)
PEMBEBEL SEKSI bertanya…
betul ke melayu mudah lupa?
kat mana nak shopping clothing murah2 area kl/pj/selangor selain bb
1. Pada aku sesiapa pun mudah lupa kalau tidak diingatkan, bukan terhad kepada bangsa-bangsa atau orang-orang tertentu. Kalau kamu mudah lupa cuba amalkan menulis di dalam organizer atau gunakan fungsi peringatan (reminder) di dalam telefon bimbit kamu.
2. Bundle Chow Kit, pemborong sekitar Jalan Kenanga, Uptown Danau Kota.
PakciQue bertanya…
Aku nak tanya lagi. Kali ni banyak.
1. Mana lagi kool. Pakai cermin mata atau kanta lekap?
2. Kamu selesa dengan 16 darjah celsium atau 30 darjah celsium.
1. Cool atau tidak semuanya tidak penting. Janji kamu selesa dan nampak dengan terang. Fesyen datang dan pergi, kalau kamu ingin yang terkini kena rajin-rajinlah buat rujukan dan bersedia untuk berbelanja.
2. Apa itu ‘celsium’?
diloz bertanya…
puasa dah nak dekat,
1.moreh kat mana paling best?
2.tempat buka puasa tetap kau selain rumah. restoran/bazar.
Aku tahu kamu seronok untuk beraya di Malaysia setelah beberapa tahun di perantauan, bukan? Aku selalunya beli makanan di Pasar Ramadhan TTDI dan beli lebih untuk bersahur. Kebiasaannya-lah.
E bertanya…
1. apakah pengaruh epik star wars dlm hidup kau?
2. apakah darkside kau yg kau rasa nak tinggal, tapi x boleh?
3.siapakah kau punya yoda?
1. Banyak gila. Antaranya—
• Perempuan berpakaian putih tanpa coli amat seksi (rujuk Princess Leia dalam Star Wars: A New Hope), tetapi perempuan berpakaian gundik/hamba abdi lagi seksi (rujuk Princess Leia dalam Return of the Jedi).
• Dalam hidup, lebih baik nakal sedikit (Han Solo/Harrison Ford) dari menjadi lurus dan poyo (Luke Skywalker/Mark Hamill).
• Aku sampai sekarang inginkan kostum Stormtrooper. Harga: RM4000+
2. Aku hidup dalam The Dark Side.
3. Cikgu Putih Kamsan.
makcik_cleaner bertanya…
1. Apakah kriteria2 dalam blog yang boleh menghuni kotak Blog Boleh Tahan ko?
2. What makes you feel secure and safe?
1. Penulisan berkualiti. Kalau tidak berkualiti pun sekurang-kurangnya pendapat yang berkualiti. Atau pemilik blog perempuan yang lawa dan seksi. Atau aku kenal pemilik blog secara peribadi. Biasanya perempuan yang lawa dan seksi.
2. Telefon bimbit dan beg duit yang berisi duit. Dan tulang lengkuk pinggul perempuan.
AJIZBERBAKAT bertanya…
allo.
1. antara contract staff yang bergaji tinggi dan memberi banyak pengalaman dan permanent staff yang bergaji rendah dan memberi pengalaman yang minimalis..mana satukah yang patut menjadi pilihan sekiranya kau adalah fresh grad dan grad di zaman yang recession.
2. betulka didier drogba dari chelsea f.c di anggap tuhan di negaranya (ivory coast).tq
1. Hanya jadi staf tetap jika keuntungan yang bakal diperolehi pada jangkamasa panjang adalah berbaloi. Ini termasuk insurans, perlindungan perubatan, dan prospek kerja (dari segi gaji dan pangkat) adalah bagus. Apa-apa pun pilih kerja yang kamu rasa lebih sesuai dengan kamu, tetapi jangan terlampau memilih sangat.
2. Aku tidak minat bolasepak.
d7 bertanya…
holla MM
cam biasa aku ada 3 soalan..
1. adakah ini zaman kejatuhan blog akutakpeduli?
sebab aku tengok makin lama makin kurang responds / comments yang kamu dapat..
2. kamu puasa cukup sebulan tak? selalu pergi terawih?
ok 10q..
slamat berpuasa MM
1. Aku letak gambar kaki dan muka orang yang tersembunyi sahaja bagaimana orang hendak komen, bukan? Turun naik tidak penting. Yang penting masih wujud.
2. Tak.
syakira bertanya…
1. do u think in the end, guys really need a good girl who have at least a basic foundation of religion to be their wife?
2. do u think guys really end up marrying the girl their meet at a club?
3.where is the perfect country for ppl to migrate?
1. Aku rasa ini berdasarkan keinginan masing-masing. Untuk aku, aku perlukan seseorang yang faham tentang kerja dan minat aku, dan ini tidak bermaksud seseorang yang bekerja di dalam bidang yang sama atau meminati benda yang sama dengan aku. Janji dia faham. Dan tidak gempal.
2. Ya. (Ini berdasarkan pengalaman sendiri.) Sama ada berkekalan atau tidak itu Cerita Lain©.
3. Tiada negara yang sempurna. Yang penting kamu mampu mencapai cita-cita kamu (atau sekurang-kurang tidak kantoi melakukan perkara yang kamu suka buat) tidak kisah di mana kamu berada.
Mungkin berkait, tetapi salah satu perkara yang aku paling menjengkelkan aku ialah orang yang mungkin mentalitinya lebih terbuka (atau mungkin lebih liberal) yang mengeluh tinggal di Malaysia dan selalu inginkan kehidupan di negara lain. Pada aku orang-orang beginilah yang diperlukan negara kita agar sedikit sebanyak boleh mempengaruhi mentaliti orang yang tinggal senegara. Anggapkan sebagai ‘tanggungjawab’ sosial yang terselindung. Kita asyik mengeluh tentang Mat Rempit atau rasuah atau pelampau agama tetapi siapa lagi selain dari kamu yang liberal yang boleh menyebabkan anjakan paradigma mentaliti masyarakat secara menyeluruh atau kecil-kecilan?
Azam bertanya…
Dua pilihan. blackberry bold 9000 atau iphone 3G S?
iPhone 3G S sebab tiada butang-butang kecil yang kamu harus picit di dalam tempat yang gelap.
Lopo bertanya…
Soalanya:
1. Boleh terangkan kenapa orang melayu suka sangat santau menyantau ni?
2. Pernah tak MM rasa dendam dengan seseorang? Apa tindakan MM?
3. Kenapa kat Malaysia jarang ada aktiviti crop circle? Dekat Kedahkan ada sawah padi?
4. Mana nak dapat cd atau ep Killeur Calculateur? Tak kira la kat kawasan utara atau selatan.
1. Sebab kita selalu dengkikan kejayaan orang lain dan bukan mengambil iktibar untuk memajukan diri sendiri. Walhal peluang semua ada, cuma terpulang kepada akal sendiri bagaimana untuk mengeksploitnya. Lagipun santau hanya akan berjaya jika kamu percaya. Kalau tidak percaya cubalah santau macam mana pun, tiada akan ada apa-apa kesan. Macam mamat ini.
2. Pernah. Aku beli baju ninja dan berlatih ninjutsu dan seni pedang katana. (Masa ini aku berumur 15 tahun.) Selepas aku rasa bodoh terfikir begitu aku mula kurangkan aktiviti-aktiviti berdendam dan belajar terus-terang dan bersemuka dengan orang-orang yang tidak puaskan hati aku.
3. Aku rasa kita terlalu taksub dengan toyol, jenglot, jin dan Nenek Keropok untuk kisahkan tentang cerita makhluk asing.
4. Tanya Killeur Calculateur sendiri.
James Cameron bertanya…
macam mana nak letak avatar dekat kiri?
Guna Gravatar.
Lontong bertanya…
Soalannya :-
1. Apa pendapat ko tentang dunia anime adakah ianya baik untuk pemikiran bagi orang berimaginasi, apakah ko rasa ia elok untuk pelajar2 muda kitaa, aku tengok banyak juga jalan cerita anime ini tentang persahabatan dan semangat tidak putus asa, apa pendapat ko tentang kebaikan dan kelemahan “Anime” nih.
Aku rasa seperti mana-mana budaya pop yang popular yang penting jangan terlampau obses, tidak kira anime, Akademi Fantasia atau Macam-Macam Aznil. Baik atau buruk aku rasa terpulang kepada individu. Pada aku anime bagus untuk mengembangkan imaginasi dan daya kreativiti, tetapi kurang bagus kerana membuatkan lelaki terimpi-impikan wanita yang mempunyai bentuk badan yang melebih-lebih dan kurang realistik. (Sama seperti komik dari Amerika.) Tetapi aku jumpa ramai perempuan yang berupa macam watak anime. Cuma kena pandai cari.
pleaselah bertanya…
macam mana kau control emosi kau bila orang selalu condemn kau, blog kau dan apa2 saja pasal kau. sebab kau sangat cool walaupun orang sentuh tentang hal peribadi kau. itu satu benda pasal kau yang aku sangat pelik dan kadang2 kagum. kadang2 saja. mungkin kau dah berumur dan lebih matang dari kami2 ini tapi aku sangat pelik juga.
Siapa kutuk aku? Cakap! Cakap! Setakat kutuk mengutuk aku tak rugi, mereka tak untung.
nM bertanya…
apa pendapat kau tentang pembaca kau?
apa yg kau rasa pembaca kau suka di blog kau?
Aku lebih suka pembaca yang benci apa aku tulis dari pembaca yang suka sangat apa aku tulis. Kalau kamu sering marah dengan penulisan aku bermaksud kamu termasuk di dalam target market aku, dan sedikit sebanyak penulisan aku berjaya. Syabas! (Walaupun sebenarnya aku menulis bukan bermotifkan untuk menyinggung mana-mana pihak tertentu. Anggapkan sebagai satira sosial.)
skol bertanya…
mm,since ko tau byk tmpat mkn sedap kn,ko x nk bt ruangan ‘jalan2 cari mkn’ ke??
Tak nak. Ada banyak blog di blogosfera ini yang bertemakan demikian.
juliana bertanya…
pendapat MM tentang inter racial relationship? boleh tahan lama x?
Boleh jika ada sefahaman dan perasan saling hormat menghormati. Dan untuk jangkamasa panjang dan bercadang untuk serius meneruskan perhubungan aku rasa perlu ada lebih pengorbanan. Pada aku cinta (jika wujud) itu buta. Tidak perlu dipisahkan kerana benda-benda remeh seperti bangsa atau adat. Yang penting saling memahami dan sifat saling mempercayai satu sama lain. Dan perasaan yang kamu boleh saling bergantung antara satu sama lain, tidak kisah untuk apa perkara sekalipun.
anipmambo bertanya…
Can you shed some light on the emergence of ‘Bundle’ stores in Malaysia? Not that I patronize these shop, just something that crossed my mind
Kebanyakan kedai bundle di Malaysia mengambil stok dari Jepun. (Walaupun tidak terhad kepada Jepun). Di negara-negara mewah seperti Jepun misalnya, terdapat banyak pakaian-pakaian yang tidak diperlukan lagi dan dibuang. Dan daripada dibuang, terdapat orang-orang pandai berniaga yang mula menjual pakaian-pakaian ini yang dilonggokkan ke dalam kontena dan dihantar ke negara-negara yang mungkin kurang mewah dari Jepun (seperti Malaysia dan Selatan Thailand). Pakaian-pakaian ini akan tiba di pelabuhan-pelabuhan utama negara, dan diasing-asingkan menurut longgokan yang akhirnya dijual menurut berat longgokan tersebut. (Inilah asalnya perkataan ‘bundle’, yang bermaksud longgokan). Terus terang dari semua pakaian yang tiba dari Jepun, kurang 10% yang benar-benar berkualiti. Ini termasuk pakaian berjenama dan pakaian yang benar-benar vintage. Aku kurang pasti bila fenomena ini bermula, mungkin sekitar tahun 80an, yang kebanyakan dimonopoli oleh orang dari Pantai Timur yang mempunyai hubungan dengan peniaga-peniaga pakaian dari Selatan Thailand. Siapa tahu lebih perinci sila tinggalkan komen.
Di Jepun misalnya, pakaian-pakaian bundle diimport dari Amerika Syarikat. Terdapat pasaran yang amat besar untuk pakaian vintage di sana. Cuma bezanya di sana pakaian terpakai ini dibasuh bersih-bersih dan diletakkan di dalam butik pakaian yang ada kelas. Selain dari pakaian terpakai, terdapat juga pakaian lebihan tentera (Army surplus) yang juga popular bukan sahaja di Jepun, juga di Amerika. Malangnya pakaian lebihan tentera ini jarang masuk ke Malaysia. (Mungkin aku salah.)
miszcrowniq bertanya…
hye mR.MM..
1.kampung mR.MM ktne? adakah mR.MM mempunyai kampung?
2.mR.MM xrase hidup mR.MM tu membosankan atau kosong ke?
3.mR.MM kenapa aku rase pic mR.MM kt blog ni dh makin xbest arr..
anyway sowie byk tanye soalan personel..
thanks..
1. Kampung I kat Johor jerk.
2. Tak pun. I ok jerrrrrr. Hidup I banyak stuffs yang I look forward to taaaaau.
3. Tak best jgn datang leeeeer. I ok jeeeerk. Janji I puaaaas hati yo.
fatherhood bertanya…
Apa pendapat kau tentang Najib Razak? Kau suka dia sebagai Perdana Menteri Malaysia tak? (bukan berunsur politik)
Tak. (Jawapan juga tidak berunsur politik.)
king of kings bertanya…
encik MM,
sy ada wang terhimpun berjumlah rm75k skrg ini, asalnya nak ingat nak melabur ke dlm pasaran saham, tapi nampaknya macam tak ok. apa pelaburan alternatif yg boleh sy buat dgn rm75k tersebut? mohon bantuan sebelum sy wakafkan kpd mana2 masjid yg PRnya bagus.
Hmm. Aku tengah mencari pelabur untuk memulakan label pakaian/kasut dengan pereka muda terkenal, haha. Aku tidak tahu sangat tentang pelaburan wang, tetapi kalau aku, aku akan laburkan dalam aset yang aku rasa akan meningkat nilainya, simpan aset tersebut, dan jual ketika perlukan wang. Dan ulang semula sampai duit aku berganda.
Lontong bertanya…
MM Apa maksud, Om nom nom? :p
Nyam nyam.
Izz bertanya…
1.Apa pendapat MM tentang Hanis Zalikha. Pernah jumpa dia tak? Adakah dia seperti model2 lain yang berlagak dan sombong disebabkan mereka ‘model’ la kan!
Tidak kenal secara peribadi. Model-model yang aku kenal secara peribadi sebenarnya tidak berlagak dan tidak sombong. Yang berlagak dan sombong hanya model yang tidak laku atau baru berkecimpung dalam bidang modelling dan tidak tahu selok-belok. Tetapi baik atau buruk keperibadian mereka Cerita Lain, semestinya.
tiputapibenar bertanya…
Apa lauk kegemaran MM bila berbuka puasa dan bersahur dan menu apa yang MM MESTI makan apabila balik beraya di kampung.
Berapakah purata duit raya yang MM peruntukkan untuk anak saudara MM yang berumur :
1 – 12 tahun kebawah
2- 12 hingga 18 tahun.
sekian.
1. Teh Ais kole gelas besar dan buah kurma. Untuk hari raya di rumah aku makan ketupat dengan kuah lodeh, sambal kacang, sambal goreng dan ayam masak kicap (yang dimasukkan bersama kentang goreng). Om nom nom.
2. RM20-50 sahaja.
Yang lain aku akan jawab dalam Episod 2. Pening!
Popularity: 37% [?]
Punya sibuk sampai aku terlupa ruangan ‘Tanya Abang Minimalis’ bulan ini. Kamu semua pun tidak ingatkan aku. Haih.
Seperti biasa, tinggalkan soalan di ruangan komen nukilan ini, atau jika segan e-melkan terus ke mminimalis at gmail dot com. Seperti biasa juga soalan-soalan yang diluar jangkauan kepakaran tidak akan dilayan. Ini termasuk soalan-soalan berkenaan politik, agama, bolasepak, kereta dan racing, belia 4B, motosikal, hal-hal perundangan awam Malaysia, penstrukturan kembali polisi ekonomi mana-mana negara, pelakon-pelakon drama tempatan, lagu-lagu Tamil, senarai nombor ekor, jampi dan yang berkaitan dengannya.
Popularity: 32% [?]